Penerbangan murah ke Copenhagen (CPH)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Copenhagen (CPH)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Boston (BOS) → Copenhagen (CPH)
American Airlines
Isnin, 06 Mei 2024
RM 2,212.24
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Copenhagen (CPH)
Penerbangan
Selasa, 07 Mei 2024
RM 3,686.24
Bali / Denpasar (DPS) → Copenhagen (CPH)
Penerbangan
Sabtu, 18 Mei 2024
RM 3,958.48
Bali / Denpasar (DPS) → Copenhagen (CPH)
Penerbangan
Sabtu, 18 Mei 2024
RM 4,109.52
Bali / Denpasar (DPS) → Copenhagen (CPH)
Penerbangan
Sabtu, 18 Mei 2024
RM 4,751.36
Manado (MDC) → Copenhagen (CPH)
Penerbangan
Khamis, 16 Mei 2024
RM 4,903.40
Bali / Denpasar (DPS) → Copenhagen (CPH)
Penerbangan
Sabtu, 18 Mei 2024
RM 5,379.37
Bali / Denpasar (DPS) → Copenhagen (CPH)
Penerbangan
Sabtu, 18 Mei 2024
RM 6,024.80
Manado (MDC) → Copenhagen (CPH)
Penerbangan
Khamis, 16 Mei 2024
RM 6,627.36

Penerbangan ke Copenhagen

Copenhagen adalah sebuah kisah dongeng yang bersaiz kecil dan pada masa yang sama, adalah hab idea-idea inovatif. Copenhagen adalah bandar yang cukup besar untuk setiap jenis falsafah hidup, tetapi cukup kecil untuk kayuhan basikal dari satu hujung ke satu hujung yang lain iaitu hanya sejauh dua puluh minit. Di sini, terdapat segala-galanya daripada istana dan menara loceng, para artis, rumput hijau, ibu-ibu dengan bayi dalam kereta sorong, sehinggalah putera dan ratu.

Lapangan Kapal Terbang di Copenhagen

1. Lapangan Terbang Copenhagen

Lapangan Terbang Copenhagen terletak hanya lapan kilometer di luar pusat bandar Copenhagen. Dengan 60,000 penumpang setiap hari ia adalah lapangan terbang yang paling sibuk di Scandinavia. Di lapangan terbang ini, anda mempunyai banyak peluang untuk membeli-belah bebas cukai dan makan malam dan minuman sebelum atau selepas penerbangan anda. Lapangan terbang ini mengandungi tiga terminal, yang semuanya adalah bersambungan. Terminal 1 adalah untuk penerbangan domestik. Terminal 2 dan 3 adalah untuk penerbangan laluan antarabangsa ke Greenland dan Kepulauan Faroe. Semua ketibaan antarabangsa adalah di Terminal 3.

Bagaimana untuk Dapatkan Tiket Kapal Terbang Murah untuk ke Copenhagen?

Traveloka adalah sebuah laman sesawang yang ditujukan khas buat pelancong luar dan dalam negara yang mahu mencari tiket kapal terbang dan juga hotel. Dengan menggunakan laman sesawang ini, pelancong juga dapat memperoleh manfaat seperti untuk mendapatkan tawaran tiket kapal terbang yang termurah. Apa yang anda perlu buat ketika melayari laman sesawang ini hanyalah memasukkan maklumat dalam kotak pencarian. Maklumat yang boleh dimasukkan adalah seperti destinasi tujuan, tarikh penerbangan dan juga bilangan penumpang. Apabila anda selesai memasukkan semua maklumat dan tekan cari dan kemudian, laman sesawang ini akan menyenaraikan harga tiket kapal terbang dari yang murah hinggalah yang mahal untuk pilihan anda.

Bilakah Waktu yang Sesuai untuk Terbang ke Copenhagen?

Copenhagen mengalami empat musim berbeza, dan bila masa yang sesuai merupakan faktor utama untuk dipertimbangkan ketika merancang perjalanan ke ibukota Denmark ini. Dengan suhu purata berhampiran 70 darjah Fahrenheit, musim panas adalah masa yang popular untuk melawat Copenhagen. Musim panas adalah musim untuk menikmati tunggangan di Tivoli, bersiar-siar di Nyhavn sambil menyejukkan badan dengan menikmati ais krim yang lazat. Pada musim luruh, suhu menurun, dan daun luruh menjadikan bandar ini lebih cantik lagi. Walaupun musim sejuk mungkin tidak sesuai untuk melawat Tivoli, tidak ada musim yang lebih baik untuk merasai hygge. Februari biasanya bulan paling sejuk. Pada musim bunga, adalah masa yang indah untuk berkelah atau hanya untuk berjalan-jalan di salah satu ruang terbuka di bandar, seperti Fælledparken, yang merupakan taman terbesar

Apa 3 Perkara yang Patut dilakukan Ketika di Copenhagen?

1. Tivoli Gardens adalah sebuah taman hiburan di Copenhagen dan adalah satu kemestian untuk dilawati ketika di bandar, tak kira untuk goiongan muda dan tua. Tivoli terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari City Hall, dan dengan Stesen Copenhagen Central sebagai jiran terdekatnya, oleh itu sangat mudah untuk sampai ke sini. Tivoli Gardens diasaskan pada tahun 1843 dan telah menjadi harta kebangsaan dan tarikan antarabangsa. Penulis dongeng Hans Christian Andersen sering berkunjung ke sini, seperti yang dilakukan oleh Walt Disney yang juga mendapat inspirasi untuk Disney World sendiri di sini. Sebahagian daripada rahsia taman Tivoli adalah bahawa ada sesuatu untuk setiap orang. Pemandangan indah dengan seni bina eksotik, bangunan bersejarah dan taman-taman yang rimbun. Pada waktu malam, beribu-ribu lampu berwarna mencipta suasana dongeng yang unik sekali.

2. Di Langelinje Pier, anda akan melihati salah satu tempat pelancongan yang paling terkenal di Copenhagen: Patung The Little Mermaid. Pada 23 Ogos 2013 patung ini berumur 100 tahun. Diumumkan pada 23 Ogos 1913, The Little Mermaid adalah hadiah dari pembuat bir Denmark, Carl Jacobsen kepada Kota Copenhagen. Patung ini diperbuat daripada gangsa dan granit dan diilhami oleh kisah dongeng Hans Christian Andersen tentang putri duyung yang menyerahkan segalanya untuk bersama dengan putera muda yang tampan di darat. Setiap pagi dan petang dia berenang ke permukaan dari dasar laut dan, bertengger di atas batu di dalam air, dia menatap ke arah ke arah pantai yang berharap dapat melihat sekilas putera tercintanya.

3. Istana Kronborg mungkin merupakan istana Denmark yang paling terkenal, lebih terkenal di seluruh dunia dari Hamlet Shakespeare. Kubu-kubu besar dengan benteng-benteng digunakan untuk melindungi tanah Denmark dari penjajah yang tidak diingini dan menjadi rumah kepada keluarga diraja hingga akhir tahun 1600. Lawatan akan membawa anda melalui bilik-bilik yang indah dihiasi dengan hiasan dalaman yang mendedahkan gaya hidup dahulu. Antara tarikan utama adalah ballroom Frederik II dan patung Ogier the Dane, seorang pahlawan nasional mitos.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka