Penerbangan murah ke Dalian (DLC)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Dalian (DLC)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Dalian (DLC)
Sichuan Airlines
Rabu, 10 Apr 2024
RM 622.11
Singapura (SIN) → Dalian (DLC)
Penerbangan
Jumaat, 26 Apr 2024
RM 1,274.02
Singapura (SIN) → Dalian (DLC)
Penerbangan
Sabtu, 30 Mac 2024
RM 1,421.03
Singapura (SIN) → Dalian (DLC)
Penerbangan
Ahad, 31 Mac 2024
RM 1,626.92
Singapura (SIN) → Dalian (DLC)
Penerbangan
Sabtu, 13 Apr 2024
RM 1,690.31
Bangkok (BKK) → Dalian (DLC)
Penerbangan
Khamis, 18 Apr 2024
RM 2,858.69
Jakarta (CGK) → Dalian (DLC)
Penerbangan
Sabtu, 20 Apr 2024
RM 3,021.48
Jakarta (CGK) → Dalian (DLC)
Penerbangan
Sabtu, 20 Apr 2024
RM 3,667.51
Bangkok (BKK) → Dalian (DLC)
Penerbangan
Selasa, 16 Apr 2024
RM 10,671.35

Tiket Penerbangan Murah ke Dalian, China

Dalian sebagai sebuah bandar telahpun menjadi pelabuhan penting selama berabad-abad lamanya, yang terkenal dengan Dataran Zhongshan yang direka oleh Rusia dengan beberapa bangunan klasik yang dibina oleh Jepun semasa tempoh penguasaan kolonial mereka ke atas bandar ini. Ia mempunyai sejarah yang unik yang mana kuasa asing seringkali berminat dengan bandar ini untuk pelabuhannya terutamanya bagi negara seperti Rusia dan Jepun. Ia tidak menghairankan, memandangkan bahawa Dalian terletak di bahagian selatan Semenanjung Liaodong, yang mana Semenanjung Shandong boleh ditemukan secara strategik di bahagian barat daya merentasi Selat Bohai, manakala wilayah Korea pula hanya berada di seberang Laut Kuning ke arah timur. Ia adalah bandar kedua terbesar di Wilayah Liaonong dengan status pentadbiran sebagai sebuah sub-wilayah. Sekarang Dalian merupakan pusat kewangan, perkapalan dan logistik yang utama di rantau Asia Timur Laut dan dinamakan sebagai bandar yang paling seronok diduduki di China oleh China Daily. Dalian juga menduduki kedudukan 50 teratas bagi Global Financial Centers Index dan 100 teratas bagi Global City Competitiveness Index.

Lapangan Terbang di Dalian

Lapangan Terbang Antarabangsa Dalian Zhoushuizi

Lapangan Terbang Antarabangsa Dalian Zhoushuizi merupakan lapangan terbang yang bertujuan untuk berkhidmat bagi bandar Dalian di wilayah Liaoning, yang merupakan lapangan terbang ke-24 paling sibuk di China dan yang juga yang tersibuk di bahagian Timur Laut China dengan hampir 18.76 juta orang penumpang yang dilayani saban tahun. Ia terletak di daerah Ganjingzi iaitu kira-kira 10 kilometer dari arah barat laut pusat bandar Dalian. Pada asalnya dikenali sebagai lapangan udara Zhoushuizi yang banyak digunakan untuk tujuan ketenteraan sejak penubuhannya pada tahun 1927, lapangan ini kemudiannya diubah menjadi lapangan terbang awam sekitar 1973 dan trafik segera meningkat dengan laju pada tahun-tahun 1980-an dan kemudian 1990-an, menyebabkannya empat kali kerja renovasi dan pengembangan lapangan terbang yang berlaku hingga ke hari ini. Pada masa kini, lapangan terbang itu mempunyai bangunan terminal yang bersaiz 71,000 meter persegi yang baru sahaja selesai dibina pada tahun 2011. Lapangan terbang itu adalah bandar tumpuan China Southern Airlines yang mengendalikan banyak destinasi Jepun bagi syarikat penerbangan itu. Terdapat beberapa penerbangan bersambung ke dan dari Kuala Lumpur melalui syarikat penerbangan seperti Asiana, Korean Air, Malaysia Airlines, Shanghai Airlines dan Xiamen melalui bandar-bandar Fuzhou, Guangzhou, Shanghai dan juga Seoul dengan harga sekitar 1,000 ringgit.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Dalian?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Dalian. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk hanya memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi tersebut akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Dalian.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Dalian?

Waktu bukan puncak untuk melawat Dalian adalah sekitar musim panas secara umum dan khususnya pada bulan Julai kerana suhu yang lebih tinggi serta pemendakan yang lebih kerap yang boleh membuat keadaan menjadi kurang selesa untuk keluar meneroka bandar Dalian. Namun begitu, ini boleh menjadi masa yang sesuai untuk mendapatkan tawaran yang baik dengan harga yang lebih murah. Oleh itu, ianya adalah berita yang baik kerana jika anda mampu merancang perjalanan anda, maka anda boleh menjimatkan wang anda kerana harga untuk hotel dan penerbangan semasa musim puncak akan menjadi lebih tinggi. Walau bagaimanapun, jika anda ingin datang ketika ada orang ramai, waktu puncak untuk berkunjung ke Dalian adalah pada permulaan musim bunga dan luruh iaitu semasa bulan Mac, April dan September. Masa yang terbaik untuk melawat Dalian pastinya sekitar tempoh ini kerana cuaca yang lebih baik dan suasana selesa yang sesuai untuk bersiar-siar.

Dalian mempunyai iklim benua yang dipengaruhi oleh monsun yang mana ini bermaksud musim panas yang hangat dan lembap yang selalunya dipengaruhi oleh monsun Asia Timur dan musim sejuk, berangin dan kering yang selalunya dipengaruhi oleh antisiklon Siberia. Memandangkan kedudukannya di Semenanjung Liaodong, Dalian hampir selalu akan mengalami ‘lag’ bermusim hingga satu bulan lamanya, kecuali bagi musim sejuk. Suhu purata adalah dari -3.6 darjah Celsius pada musim sejuk dalam bulan Januari hingga 23.7 darjah Celsius pada musim panas dalam bulan Julai. Sementara itu, curahan hujan tahunan adalah sekitar 1,888 mm di mana sebahagian besar hujan akan berlaku pada musim panas. Suhu paling sejuk yang pernah dicapai adalah sehingga -21.1 darjah Celsius pada bulan Januari 1970 manakala suhu terpanas yang pernah dicapai ialah 36.6 darjah Celsius pada bulan Julai 2015.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Dalian?

Dalian sebagai sebuah bandar telah mengekalkan banyak tempat warisannya sambil menambah tarikan-tarikan moden yang tidak kurang menarik untuk dikunjungi. Oleh itu, terdapat banyak tempat yang boleh dilawati di sekitar bandar apabila anda tiba di Dalian.

Zhongshan Square – Asalnya dibina sebagai Nikolayevskaya Square pada tahun 1898, namanya kini diberikan sebagai menghormati Sun Zhongshan yang merupakan presiden pertama Republik China. Ia adalah dataran yang paling bersejarah dan penting di bandar ini dengan diameter 213 meter, yang kini digunakan sebagai daerah perniagaan pusat bagi bandar Dailan bersama-sama jalan Zhongshan dan Renmin yang bersebelahan dataran ini.

Dalian Forest Zoo – Dalian Forest Zoo adalah zoo tempatan Dalian yang telah dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1997, meliputi kawasan seluas 7.2 kilometer persegi. Ia mempunyai lebih daripada 150 spesies haiwan dan dibahagikan kepada beberapa zon yang disambungkan oleh tiga buah jambatan. Terdapat juga sebuah kereta persiaran yang akan bergerak sejauh satu kilometer yang membolehkan para pelawat melihat zoo dan juga bandar Dalian tanpa berjalan kaki pada ketinggian 259.6 meter.

Dalian Discovery Kingdom – Dibuka sejak tahun 2006, Dalian Discovery Kingdom dapat ditemui di Jinshitan National Holiday Resort di daerah Jinzhou. Taman tema ini dibahagikan kepada enam buah kawasan bertema, iaitu Crazy Town, Mysterious Desert, Metal Factory, Magic Forest, Legend Castle and Wedding Palace, serta merupakan yang terbesar seumpamanya di Liaoning.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka