Laman Utama
/
Penerbangan
/
Dallas-fort Worth

Penerbangan murah ke Dallas-fort Worth (DFW)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Dallas-fort Worth (DFW)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Manila (MNL) → Dallas-fort Worth (DFW)
Penerbangan
Khamis, 16 Mei 2024
RM 3,489.46
Jakarta (CGK) → Dallas-fort Worth (DFW)
Penerbangan
Rabu, 08 Mei 2024
RM 4,986.77
Cebu (CEB) → Dallas-fort Worth (DFW)
Penerbangan
Jumaat, 03 Mei 2024
RM 5,084.61
Manila (MNL) → Dallas-fort Worth (DFW)
Penerbangan
Rabu, 24 Apr 2024
RM 5,162.23
Manila (MNL) → Dallas-fort Worth (DFW)
Penerbangan
Rabu, 24 Apr 2024
RM 5,217.15
Singapura (SIN) → Dallas-fort Worth (DFW)
Penerbangan
Isnin, 06 Mei 2024
RM 5,365.22
Manila (MNL) → Dallas-fort Worth (DFW)
Penerbangan
Khamis, 16 Mei 2024
RM 7,733.92
Nha Trang (CXR) → Dallas-fort Worth (DFW)
Penerbangan
Rabu, 24 Apr 2024
RM 7,868.06
Bangkok (BKK) → Dallas-fort Worth (DFW)
Penerbangan
Jumaat, 10 Mei 2024
RM 12,759.53

Aktiviti menarik di Dallas-fort Worth

Dallas Fort Worth International Airport Plaza Premium Lounge

RM 242.63
Lihat lebih banyak pilihan aktiviti

Tiket Pesawat Murah ke Dallas-Fort Worth, Texas

Dallas terletak di Texas Utara. Ia merupakan bandar ketiga paling ramai penduduk di Texas selepas San Antonio dan Houston. Menurut statistik pada 2017, Dallas mempunyai jumlah penduduk sebanyak 1.3 juta orang. Bandar ini dikenali dengan mempunyai seni bina yang hebat, tapak bersejarah dan hidangan yang menakjubkan. Di samping itu, ia juga dikenali dengan mempunyai kepelbagaian budaya yang terdiri daripada orang Eropah, Afrika-Amerika dan Hispanik. Ramai pengunjung mula berkunjung ke bandar ini selepas menonton satu siri televisyen terkenal yang dipanggil Dallas.

Lapangan Terbang di Dallas

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/ Fort Worth

Lapangan Terbang Dallas adalah lapangan terbang utama yang beroperasi untuk kawasan Dallas-Fort Worth. Lapangan terbang ini telah mengendalikan beribu-ribu penerbangan antarabangsa dan domestik pada setiap tahun termasuk American Airlines, Air Canada Express, Air France dan banyak lagi. Ia juga beroperasi bagi penerbangan kargo antarabangsa dan domestik. Lapangan terbang ini terletak hanya 31.4 kilometer dari bandar. Para pengunjung yang memilih untuk mengambil teksi, harga teksi akan dikenakan dalam $ 45 iaitu RM 183.70.

2. Lapangan Terbang Dallas Love Field

Lapangan Terbang Dallas Love Field adalah bekas lapangan terbang utama untuk Dallas. Kini, ia hanya mengendalikan beberapa penerbangan seperti Delta Airlines, Southwest Airlines dan Alaska Airlines. Lapangan terbang ini menyediakan perkhidmatan penerbangan dan perkhidmatan pembaikan kapal terbang. Jarak antara lapangan terbang ini dan bandar Dallas adalah sekitar 12.7 kilometer. Tambang teksi dikenakan dalam $ 22.94 iaitu RM 93.65.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Dallas?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Dallas. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi tersebut akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan harga penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan yang anda inginkan untuk mendapatkan kos penerbangan yang terbaik ke Dallas.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Dallas?

Musim luar kemuncak di Dallas adalah pada musim panas dari bulan Jun hingga Ogos. Musim kemuncak di Dallas adalah dari bulan September hingga November iaitu pada musim luruh. Musim luruh dan musim bunga adalah masa yang sesuai untuk berkunjung ke Dallas. Cuaca yang sederhana membuatkan para pengunjung berasa lebih selesa untuk melawat ke beberapa tempat yang menarik. Bagi para pengunjung yang ingin bercuti di Dallas tanpa menghadapi ramai orang, para pengunjung boleh melawat pada musim bunga iaitu dari bulan Mac hingga Mei. Musim panas sangat tidak sesuai untuk bercuti di Dallas kerana cuacanya sangat panas dan lembap. Dallas mempunyai iklim subtropika. Suhu purata tertinggi di Dallas ialah 36 darjah Celsius dan paling rendah dalam sekitar 4 darjah Celcius.

Dallas mempunyai beberapa festival yang disambut oleh penduduk tempatan. Pertama, Hari Martin Luther King Jr. Ini adalah perayaan untuk menghormati Martin Luther King Jr. Para pengunjung boleh menyaksikan perarakan yang terdiri daripada kumpulan pancaragam, persembahan tarian, pasukan gerudi dan banyak lagi. Seterusnya ialah Savour Dallas. Perayaan ini dianjurkan untuk mempromosikan wain asli Dallas dan festival makanan. Para pengunjung dapat mengambil peluang untuk merasa hidangan hebat yang dibuat oleh tukang masak Dallas. Bagi Festival Irish Texas Utara, ia adalah perayaan untuk budaya Ireland di Texas. Para pengunjung boleh menyertai beberapa aktiviti dan menonton persembahan nyanyian dan tarian dari artis Ireland.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Dallas?

1. Muzium Seni Dallas - Muzium Seni Dallas dalah salah satu muzium yang terbesar di Amerika Syarikat. Muzium ini telah menempatkan lebih daripada 24000 karya seni. Para pengunjung dapat melihat pameran seni dan menonton persembahan di muzium ini. Terdapat juga beberapa program seperti kuliah dan bacaan sastera, program untuk orang kurang upaya dan aktiviti kanak-kanak telah dijalankan oleh muzium ini.

2. Akuarium Dallas World - Akuarium Dallas World adalah sebuah zoo dan akuarium yang telah menempatkan pelbagai jenis spesies haiwan. Para pengunjung dapat melihat burung eksotik, buaya, monyet dan helang di muzium ini. Selain itu, para pengunjung juga dapat menemui ubur-ubur, penguin, jerung dan kehidupan laut yang lain yang diletakkan di bahagian hidupan laut. Semua haiwan di tempat ini merupakan sebahagian daripada projek pemuliharaan Akuarium Dallas World.

3. Taman Botani dan Arboretum Dallas - Arboretum dan Botanical Garden Dallas merupaka salak satu destinasi yang cantik di Dallas. Ia mempunyai keluasan 66 ekar. Para pengunjung dapat melihat koleksi bunga, pokok dan tumbuhan yang indah di tempat ini. Taman ini adalah tempat yang sesuai untuk membuat beberapa majlis seperti majlis perkahwinan, majlis makan malam, bengkel dan majilis yang lain. Selain itu, ramai pengunjung berkunjung ke taman ini untuk meraikan Festival Spring Blooms Dallas.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka