Penerbangan murah ke Dunedin (DUD)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Dunedin (DUD)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Auckland (AKL) → Dunedin (DUD)
Jetstar
Selasa, 14 Mei 2024
RM 167.84
Auckland (AKL) → Dunedin (DUD)
Air New Zealand
Khamis, 16 Mei 2024
RM 373.88
Sydney (SYD) → Dunedin (DUD)
Qantas
Jumaat, 03 Mei 2024
RM 1,636.39
Phuket (HKT) → Dunedin (DUD)
Penerbangan
Ahad, 28 Apr 2024
RM 2,751.91
Singapura (SIN) → Dunedin (DUD)
Emirates
Ahad, 28 Apr 2024
RM 5,657.90
Singapura (SIN) → Dunedin (DUD)
Penerbangan
Ahad, 28 Apr 2024
RM 9,025.57
Koh Samui (USM) → Dunedin (DUD)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 18,287.67
Phuket (HKT) → Dunedin (DUD)
Penerbangan
Khamis, 25 Apr 2024
RM 18,797.17

Tiket Pesawat Murah ke Dunedin, New Zealand

Dunedin adalah bandar kedua terbesar di Pulau Selatan New Zealand selepas Christchurch. Dunedin juga merupakan bandar utama di wilayah Otago. Namanya berasal dari Dun Eideann, iaitu nama untuk Edinburgh, ibu kota Scotland dalam bahasa Scottish Gaelic. Kawasan bandar Dunedin terletak di Pantai Timur Otago di sekitar Pelabuhan Otago. Pelabuhan dan bukit di sekitar Dunedin adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah hancur. Kawasan luar bandar meluas ke lembah dan bukit-bukit di sekitarnya hingga ke hujung Semenanjung Otago, sepanjang pantai Pelabuhan Otago dan Lautan Pasifik. Dunedin merupakan bandar terbesar di New Zealand mengikut keluasan kawasan tanah wilayah sehingga tahun 2010. Selepas itu, ia gelaran itu digantikan oleh Auckland. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa Maori telah menduduki Dunedin sebelum kedatangan orang Eropah. Dunedin mempunyai sumber ekonomi yang pelbagai termasuk industri pembuatan, penerbitan, teknologi, pendidikan, penyelidikan dan pelancongan. Dunedin juga merupakan rumah kepada University of Otaga, university yang tertua di New Zealand. Pada tahun 2014, Dunedin telah diiktiraf sebagai Bandar Sastera UNESCO.

Lapangan Terbang di Dunedin

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin

Lapangan Terbang Dunedin juga dikenali sebaga Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin secara rasmi. Ia juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Momona. Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin ini merupakan lapangan terbang antarabangsa di rantau Otago di Pulau Selatan New Zealand. Ia berkhidmat untuk bandar Dunedin dan kawasan Otago dan kawasan di Selatan. Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin merupakan salah satu daripada dua lapangan terbang antarabangsa yang ada di Otago. Lapangan terbang antarabangsa yang lain adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Queenstown. Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin ini terletak bersebelahan dengan Kampung Momona di Taieri Plains. Ia terletak kira-kira 22 km Barat Laut pusat bandar Dunedin. Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin ini juga merupakan lapangan terbang keenam tersibuk di New Zealand mengikut jumlah penumpang. Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin mempunyai sebuah landasan berturap yang boleh mengendalikan pesawat seperti Boeing 767. Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin mempunyai satu bangunan terminal dengan lima pintu, dua jambatan, kemudahan kastam dan kemudahan-kemudahan lain. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang membuat penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin seperti Air New Zealand, Air New Zealand Link, Jetstar Airways dan Virgin Australia.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Dunedin?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Dunedin. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Dunedin.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Dunedin?

Waktu puncak dan sibuk di Dunedin adalah pada bulan Mac diikuti dengan bulan Jun dan Julai. Harga hotel dan juga tiket penerbangan akan menjadi lebih mahal daripada bulan-bulan yang lain. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan tawaran yang menarik sekiranya anda menempah tiket penerbangan atau penginapan dengan lebih awal. Bulan yang kurang dengan pelancong adalah pada bulan November. Anda boleh mendapatkan tiket penerbangan dan hotel yang murah sekiranya anda berkunjung ke Dunedin pada bulan itu.

Mengikut klasifikasi iklim oleh Koppen, suhu di Dunedin pada umumnya adalah sederhana. Walau bagaimanapun, bandar ini mempunyai iklim yang berbeza di antara bandar disebabkan oleh susunan topografinya. Dunedin mempunyai iklim lautan. Pada musim panas, suhu di Dunedin boleh mencecah sehingga 30 °C.

Anda boleh melawat Dunedin pada bulan Disember untuk menyambut Hari Natal bersama dengan penduduk di sana.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Dunedin?

1. Istana Larnach - adalah sebuah istana yang terletak di Semenanjung Otago di sempadan bandar Dunedin, New Zealand. Istana ini berada berdekatan dengan penempatan kecil Pukehiki. Ia adalah salah satu dari beberapa rumah yang mempunyai skala seperti ini di New Zealand. Istana itu dibina oleh usahawan terkenal dan ahli politik, William Larnach. Jangan lepaskan peluang untuk melawat ke Istana Larnach ini.

2. Otago Peninsula - Semenanjung Otago adalah tebing yang panjang dan berbukit yang membentuk bahagian timur Dunedin, New Zealand. Ia asalnya merupakan sebuah gunung berapi yang membentuk satu dinding lembah yang kini membentuk Pelabuhan Otago. CNN International telah menamakan Semenanjung Otago salah satu daripada 10 tempat paling romantis di dunia untuk membuat lamaran perkahwinan. Anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat Semenanjung Otago ini.

3. Taiaroa Head - merupakan salah satu tanah besar yang terletak di penghujung Semenanjung Otago di New Zealand. Tempat ini juga menghadap ke Pelabuhan Otago. Taiaroa Head ini terletak di dalam bandar Dunedin. Perkampungan yang terdekat dengan kawasan ini adalah dikenali sebagai Otakou. Ia terletak tiga kilometre ke Selatan. Taiaroa Head ini juga merupakan salah satu destinasi tarikan pelancongan utama di Dunedin. Pastikan anda berkunjung ke sini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved