Penerbangan murah ke Frankfurt (FRA)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Frankfurt (FRA)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Jakarta (CGK) → Frankfurt (FRA)
Penerbangan
Khamis, 21 Mac 2024
RM 2,005.34
Phuket (HKT) → Frankfurt (FRA)
Penerbangan
Ahad, 07 Apr 2024
RM 4,680.99

Tiket Pesawat Murah ke Frankfurt, Hesse, Germany

Dinobatkan sebagai bandaraya alfa di dunia, metropolis Frankfurt merupakan nadi pada globalisasi Jerman dan rangkaian ekonomi yang sangat menakjubkan. Walaupun Frankfurt adalah metropolis yang terkecil di dunia, namun begitu ia tidak pernah berhenti berubah menjadi kota yang berkembang pesat. Lantas, menjadi pusat kewangan yang terkemuka di benua Eropah! Selain itu, ia sentiasa menjadi rumah pada banyak ibu pejabat Eropah yang terkemuka seperti Bank Pusat Eropah, Bank Persekutuan Jerman dan Bank Deutsche bersama-sama dengan bursa saham terbesar di dunia, Bursa Saham Frankfurt. Ia juga telah menjadi magnet yang kuat kepada ribuan para pelancong perniagaan untuk datang dan tinggal di sini. Oleh itu, warga asing termasuk ekspatriat telah menjadi seperempat daripada penduduknya. Secara ringkasnya, Frankfurt menjadi sebuah kota yang diperkaya dengan seni, budaya, bahasa dan pendidikannya yang pelbagai. Menjadi bandar perintis yang membangun dengan pesat, namun pada masa yang sama mengekalkan keindahan Alstadt dari zaman pertengahan, Frankfurt benar-benar luar biasa!

Lapangan Terbang di Frankfurt

1. Lapangan Terbang Frankfurt (CWL)

Dinobatkan sebagai lapangan terbang yang tersibuk di dunia oleh trafik penumpang dan lapangan terbang yang tersibuk oleh trafik kargo di Eropah, Lapangan Terbang Frankfurt adalah pusat trafik antarabangsa yang sangat penting. Dengan hampir 300 destinasi ke seluruh dunia, anda boleh memilih sehingga 100 syarikat penerbangan untuk bersiar-siar! Lapangan terbang ini terletak 12 kilometer barat daya bandar dan mudah diakses dengan kereta, bas atau kereta api. Di samping itu, ada sehingga 170 buah kereta api jarak jauh Inter-City (ICE) yang melalui sini pada setiap hari.

2. Lapangan Terbang Frankfurt Hahn

Lapangan Terbang Frankfurt Hahn merupakan pangkalan utama yang menerima penerbangan kos rendah di Jerman dan di luar negara! Oleh itu, lapangan terbang ini secara beransur-ansur menerima kemasukan penumpang yang tinggi dengan lebih 3.7 juta penumpang dalam setahun. Destinasi utamanya adalah Bandaraya Eropah dan kawasan-kawasan percutian. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 125 kilometer dan boleh dikunjungi dengan kereta atau perkhidmatan bas setiap jam dari Stesen Frankfurt Central. Perjalanan di jalan raya mengambil masa kira-kira 1 jam dan 45 minit.

3. Lapangan Terbang Frankfurt Egelsbach

Terletak 25 minit dari tenggara Lapangan Terbang Frankfurt di Egelsbach, Lapangan Terbang Frankfurt Egelsbach ini adalah lapangan terbang umum yang mengendalikan operasi penerbangan awam untuk bayaran atau sewa. Ia berfungsi untuk penerbangan komersil terutamanya perniagaan.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Frankfurt?

Diprogramkan sebagai mesin pencari untuk para pelancong yang tegar seperti anda, Traveloka adalah tempat yang tepat bagi anda untuk memulakan pencariaan penerbangan termurah ke mana sahaja yang anda idamkan termasuk Frankfurt. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisi butir-butir maklumat asas yang diperlukan. Sejurus kemudian, Traveloka akan memberikan anda akses pada senarai keseluruhan tawaran yang disyorkan megikut kesesuaian anda! Harga penerbangan dari syarikat penerbangan yang dipercayai akan dibandingkan dengan yang esuai dengan bajet peribadi anda. Apa yang lebih baik ialah anda juga boleh menggunakan ciri pemberian harga Traveloka yang sentiasa mengemas kini setiap kali berlakunya penurunan harga! Maka percutian anda akan menjadi lebih baik dengan bajet yang terbaik!

Bila Waktu Terbaik untuk ke Frankfurt?

Frankfurt diberkati dengan iklim laut yang memberikan suhu tahunan sekitar 10.6oC pada puratanya. Oleh itu, menjadikan Frankfurt sangat sesuai untuk dilawati pada bila-bila masa sepanjang tahun bergantung sepenuhnya kepada anda. Sama ada iklim dan cuaca yang anda pilih atau berapa banyak yang anda sanggup belanjakan! Musim bunga tiba di Frankfurt pada bulan Mac dan berakhir pada bulan Mei. Suhunya berkisar antara 9.7oC sehingga paling tinggi 22.6oC. Musim bunga lewat dari April hingga Mei adalah cuaca yang sempurna untuk meneroka bandar dan kehijauannya. Tetapi yang menghairankan, musim bunga merupakan musim pelancongan yang amat perlahan. Jika anda mencari tawaran hebat, sudah tepat pada waktunya!
Sementara itu, musim panas di Frankfurt akan berlangsung pada bulan Jun hingga Ogos. Dengan cuaca cerah dan hangat, ramai mengambil peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai perayaan dan acara luaran yang bakal diadakan. Oleh itu, musim panas adalah musim pelancongan di Frankfurt yang kedua tersibuk. Harga penginapan pada masa ini mungkin dilihat meningkat sedikit. Acara utama yang berlangsung pada bulan-bulan ini ialah Ironman, Festival Utama, Museumsuferfest, Festival Opera dan Festival Wain Apple yang paling terkenal. Tidak seperti perayaan lain, Festival Wain Apple telah menjadi sebahagian daripada identiti terkenal Frankfurt. Nikmati cider mereka yang pelbagai sambil menikmati persembahan artis-artis tempatan mereka.
Pada musim gugur dari September hingga November, cuaca menjadi lebih sejuk berbanding pada musim bunga. Oleh itu, pelancongan agak perlahan dan harga berkemungkinan untuk menjunam. Walau bagaimanapun, musim luruh di Frankfurt tidak begitu membosankan kerana ia dipenuhi dengan perayaan kebangsaan tertua mereka iaitu Dippemess, Festival Seramik. Sejak dari abad ke-14 lamanyna, perayaan indah ini adalah pameran berskala besar yang menjadi tuan rumah pasar tradisional dan pasar Dippe, di mana seramik yang indah dan halus yang berkualiti tinggi dijual. Di samping itu, musim sejuk di Frankfurt merupakan masa paling kemuncak dan paling sesak sepanjang tahun. Walaupun suhu menurun menjadi 3.6oC hingga 9.7oC, kemasukan pelancong masih berlaku. Pengalaman Krismas anda pasti berbeza dengan Pasar Krismas kota Frankfurt! Lebih indah, lebih mempesonakan dan berbeza dari yang lain!
Satu peraturan utama bagi mereka yang lebih sukakan privasi, elakkan musim pameran perdagangan seperti Frankfurt Motor Show pada pertengahan September dan Pameran Buku pada pertengahan Oktober. Mencari penginapan yang berpatutan pada masa ini pasti sukar!

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Frankfurt?

1. Muzium Stadel - Merupakan muzium tertua di Jerman, sejarah Muzium Stadel adalah sejauh abad ke 1815. Pasti menakjubkan, muzium ini telah menjadi rumah pada lebih daripada 3, 100 lukisan, 660 patung, lebih daripada 4, 600 gambar dan lebih daripada 100, 000 lukisan dan cetakan. Apa yang lebih menarik, anda akan dapat menghargai karya seni Abad Pertengahan yang lama hingga hari ini dari Durer yang sangat terkenal, Rembrandt, Rubens, Renoir, Cezanne dan juga Picasso!
2. Frankfurt Cathedral - Anda pasti tidak akan melepaskan dengan melawat katedral berpasir merah tersergam indah di Frankfurt. Sejak dari abad ke-13, katedral ini dibina dan disertakan dengan menara Gothic setinggi 95 meter. Nikmati pemandangan yang indah dari platform observasi katedral Frankfurt. Anda pasti akan berasa kagum!
3. Romerberg - Merupakan tempat yang mesti dilihat ketika anda berada di Frankfurt, Romerberg adalah dataran ikonik yang memberikan anda merasai zaman pertengahan yang indah. Berdiri di tengah-tengah dataran, ia pasti akan memberikan anda perasaan sensasi seperti memasuki set perfileman! Indah sekali! Di samping itu, dataran ini masih menjadi tuan rumah pameran perdagangan skala besar dan pasar Krismas yang menarik ramai pelancong setiap tahun.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka