Penerbangan murah ke Guilin (KWL)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Guilin (KWL)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Taiyuan (TYN) → Guilin (KWL)
Sichuan Airlines
Jumaat, 17 Mei 2024
RM 673.87
Singapura (SIN) → Guilin (KWL)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 1,024.38
Bangkok (DMK) → Guilin (KWL)
Penerbangan
Sabtu, 11 Mei 2024
RM 2,137.43
Singapura (SIN) → Guilin (KWL)
Penerbangan
Selasa, 07 Mei 2024
RM 2,405.21
Kuala Lumpur (KUL) → Guilin (KWL)
Penerbangan
Rabu, 01 Mei 2024
RM 4,346.52
Phuket (HKT) → Guilin (KWL)
Penerbangan
Jumaat, 17 Mei 2024
RM 10,236.90

Aktiviti menarik di Guilin

Guilin Four lakes night cruise with the English speaking driver from Guilin hotel

RM 353.08
Guilin Private day Tour of Longji Terrace and Dazhai Village

RM 293.88
4-Day Guilin Private tour to  Elephant Trunk Hill,  Moon Hill, West Street

RM 928.01
Guilin Yangshuo Private Day Tour Including Li River and West Street

RM 456.61
RM 456.60
Guilin Tour Guide
Guilin Tour Guide
RM 134.52
Day trip for Li river cruise and the Impression San Jie Liu show in Yangshuo

RM 698.70
Lihat lebih banyak pilihan aktiviti

Tiket Pesawat Murah ke Guilin, China

Guilin terkenal kerana merupakan destinasi pelancongan paling indah di seluruh China dan terutama sekali dikenali untuk Guilin Elephant Trunk Hill yang merupakan puncak bukit yang kelihatan seperti gajah. Merupakan bandar peringkat wilayah yang ditemui di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, ia terletak di tebing barat Sungai Li dan bersempadan dengan Hunan di utara. Walaupun Guilin telah didiami beribu tahun yang lalu, bandar ini hanya ditubuhkan sekitar tahun 1940. Topografi kawasan itu ditandai dengan pembentukan karst yang turut menjadi bahagian penting daripada pemandangan indah di sekitar kawasan tersebut. Terdapat kira-kira enam etnik penduduk yang berbeza yang tinggal di sini, iaitu orang-orang Zhuang, Yao, Hui, Miao, Han dan Dong. Anda sudah pasti akan menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika datang ke sini dalam lawatan seterusnya ke China.

Lapangan Terbang di Guilin

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Guilin Liangjiang

Lapangan Terbang Antarabangsa Guilin Liangjiang adalah lapangan terbang terbesar yang berkhidmat untuk bandar Guilin di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, yang merupakan lapangan terbang ke-33 tersibuk di China dengan trafik setinggi 4 juta orang penumpang setiap tahun. Ia terletak di Liangjiang, Daerah Lingui yang berada kira-kira 28 kilometer dari barat daya pusat bandar Guilin. Ia dibina untuk menggantikan Lapangan Terbang Guilin Qifengling pada tahun 1993 dengan kos sebanyak 1.85 bilion yuan. Lapangan terbang ini mempunyai dua terminal utama iaitu Terminal 1 dan Terminal 2. Terminal 1 ditutup sementara untuk tujuan pengubahsuaian, oleh itu semua penerbangan kini telah beralih ke Terminal 2 yang baru dibuka sejak 30 September 2018. Lapangan terbang ini merupakan hab operasi utama untuk Air Guilin yang merupakan usahasama antara Kerajaan Perbandaran Guilin dan Kumpulan HNA.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Guilin?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Guilin. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk diberitahu tentang penerbangan di lingkungan harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Guilin.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Guilin?

Walaupun Guilin adalah destinasi yang sesuai untuk dilawati sepanjang tahun, musim bukan puncak adalah dari Disember hingga Mac kerana suhu yang lebih rendah. Ini boleh menjadi masa yang baik untuk mendapatkan tawaran yang berbaloi dengan harga yang lebih murah. Ia adalah berita gembira kerana jika anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda boleh menyimpan wang anda kerana harga untuk hotel dan penerbangan semasa musim puncak akan menjadi lebih tinggi. Walau bagaimanapun, jika anda ingin datang apabila orang sedang ramai, musim puncak di Guilin adalah semasa bulan April hingga Oktober yang pada ketika itu, musim bunga dan musim panas sedang berlangsung. Masa terbaik untuk melawat Guilin pastinya dalam tempoh ini kerana cuaca yang lebih baik yang sesuai untuk keluar.

Guilin mempunyai iklim subtropika lembap yang dipengaruhi monsun yang mana ini bermaksud musim sejuk yang pendek, yang cenderung untuk menjadi kering pada awalnya sebelum menjadi lembap secara beransur-ansur dan musim panas yang panas dan lembap serta diselang-seli dengan hujan. Perkara yang sama berlaku pada musim bunga, sementara musim gugur adalah satu-satunya musim yang cerah dan cukup kering berbanding dengan musim-musim lain. Suhu purata adalah dari 8.1 darjah Celsius pada musim sejuk pada bulan Januari hingga 28.2 darjah Celcius pada musim panas pada bulan Julai. Sementara itu, jumlah hujan tahunan adalah sekitar 1,888 mm di mana separuh daripada taburan tersebut terdapat dalam hujan lebat yang biasanya dijangka berlaku dari bulan April hingga Jun.

Terdapat banyak perayaan yang anda boleh ambil bahagian apabila berada di Guilin sepanjang tahun, yang memberi tumpuan kepada perayaan etnik tradisional yang mempunyai sejarah yang kaya. Terdapat Longji Terraced Fields Plowing Festival pada bulan Mei yang diadakan oleh penduduk Longji Ancient Zhuang Village untuk memulakan pengairan sawah mereka di kawasan pergunungan. Selain itu, terdapat Ziyuan Traditional Ethnic River Lantern Song Festival yang biasanya diadakan berdekatan dengan perairan Sungai Zijiang yang mempunya akar umbi dari Dinasti Qing, memberikan peluang keemasan untuk para pengunjung untuk menikmati budaya etnik serta seni Miao dan Yao yang unik, di samping pemandangan semulajadi yang menarik. Dong Nationality Fireworks Festival dianjurkan oleh orang-orang Dong yang membolehkan seseorang untuk mencuba adat minoriti Dong yang diadakan pada hari ketiga pada bulan lunar ketiga. Perayaan lain termasuk Festival Jin Feng, Festival Lagu Kebangsaan Zhuang, Festival Pakaian Merah Longsheng Kebangsaan Yao dan banyak lagi.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Guilin?

1. Guilin Elephant Trunk Hill – Guilin Elephant Trunk Hill adalah bukit, mercu tanda dan tarikan pelancong yang terkenal di Guilin, serta simbol bagi bandar ini. Bukit itu dinamakan sedemikian kerana ia kelihatan seperti gajah yang sedang minum. Ia adalah berketinggian 200 meter di atas paras laut di pertemuan Sungai Taohua dan Sungai Li dengan tarikan yang berdekatan seperti Pagoda Puxian, Tokong Yunfeng dan Sarira Dagoba.

2. West Street, Yangshuo – West Street Yangshuo merupakan ciri paling luar biasa di Yangshuo, yang merupakan jalan tertua di bandar ini dengan sejarah lebih daripada 1,400 tahun. Ia adalah tempat di mana budaya timur dan barat bergabung secara harmoni dan juga kawasan yang paling makmur di seluruh Yangshuo dengan banyak kedai-kedai dan restoran yang boleh didapati di sini.

3. Reed Flute Cave – Merupakan salah satu mercu tanda yang indah yang terdapat di Guilin, Reed Flute Cave juga dikenali sebagai Istana Seni Semula Jadi, yang merupakan gua batu kapur semula jadi dengan pencahayaan berwarna-warni yang tersendiri. Gua ini dinamakan dari sejenis tumbuhan ‘reed’ yang tumbuh di luar yang membentuk susunannya yang tersendiri.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved