Penerbangan murah ke Hangzhou (HGH)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Hangzhou (HGH)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Chongqing (CKG) → Hangzhou (HGH)
Sichuan Airlines
Selasa, 26 Mac 2024
RM 463.76
Pulau Pinang (PEN) → Hangzhou (HGH)
Penerbangan
Isnin, 15 Apr 2024
RM 783.88
Singapura (SIN) → Hangzhou (HGH)
Penerbangan
Rabu, 03 Apr 2024
RM 921.71
Pulau Pinang (PEN) → Hangzhou (HGH)
Penerbangan
Isnin, 15 Apr 2024
RM 1,273.87
Singapura (SIN) → Hangzhou (HGH)
Penerbangan
Jumaat, 22 Mac 2024
RM 1,359.42
Phuket (HKT) → Hangzhou (HGH)
Penerbangan
Selasa, 16 Apr 2024
RM 2,013.57
Bali / Denpasar (DPS) → Hangzhou (HGH)
Penerbangan
Isnin, 15 Apr 2024
RM 2,350.02
Phuket (HKT) → Hangzhou (HGH)
Penerbangan
Selasa, 16 Apr 2024
RM 2,919.21
Phuket (HKT) → Hangzhou (HGH)
Penerbangan
Selasa, 16 Apr 2024
RM 11,723.14
Phuket (HKT) → Hangzhou (HGH)
Penerbangan
Selasa, 16 Apr 2024
RM 21,095.59

Tiket Pesawat Murah ke Hangzhou, Zhejiang, Poeple’s Republic of China

Kota Hangzhou sememangnya terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang mempesonakan dan mampu menarik 20 juta lebih pelancong tempatan dan antarabangsa pada setiap tahun! Ibukota ini selalu menjadi nadi tunggak bagi Provinsi Zhejiang, dari segi politik provinsi hingga ke pertumbuhan ekonominya dan dari pendidikan hingga ke aspek budayanya. Namun, apa yang benar-benar membuatkan para pelancong untuk kembali buat kedua kalinya adalah kerana landskap semula jadi Hangzhou yang sangat unik dan memukaukan! Anda sudah pasti akan terpesona! Selain itu, Hangzhou juga merupakan pusat bagi penggemar masakan tempatan serta hiburan malam. Anda boleh menikmati perlbagai tarikan hanya dalam satu kota yang sama, bukankah ianya menakjubkan?

Lapangan Terbang di Hangzhou

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan

Dinobatkan sebagai 10 lapangan terbang teratas dalam kepadatan trafik penumpang di China, Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan menerima kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa. Beberapa destinasi antarabangsa yang terpilih serta mempunyai penerbangan terus ke destinasi ialah Thailand, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Vietnam, Singapura, Taiwan, Belanda, Qatar, Portugal dan Amerika Syarikat. Dan tidak lupa juga, destinasi laluan serantau iaitu Hong Kong dan Macau. Lapangan terbang ini terletak di pinggir bandar, khususnya di Daerah XIaoshan.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Hangzhou?

Dibangunkan sebagai mesin pencari untuk para pelancong yang tegar seperti anda, Traveloka adalah tempat yang tepat bagi anda untuk memulakan pencariaan penerbangan termurah ke mana sahaja yang anda idamkan termasuklah Hangzhou. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisi butir-butir maklumat asas yang diperlukan. Sejurus kemudian, Traveloka akan memberikan anda akses pada senarai keseluruhan tawaran yang disyorkan megikut kesesuaian anda! Harga penerbangan dari syarikat penerbangan yang dipercayai akan dibandingkan dengan yang esuai dengan bajet peribadi anda. Apa yang lebih baik ialah anda juga boleh menggunakan ciri pemberian harga Traveloka yang sentiasa mengemas kini setiap kali berlakunya penurunan harga! Maka percutian anda akan menjadi lebih baik dengan bajet yang terbaik!

Bila Waktu Terbaik untuk ke Hangzhou?

Hangzhou diberkati dengan iklim monsun subtropika yang mempunyai suhu purata tahunan serendah 17oC. Pada umumnya, suhu Hangzhou yang paling sejuk adalah pada bulan Januari dengan suhu mencecah 8oC, sementara bulan Julai merupakan bulan paling panas dengan purata harian setinggi 34oC. Selain itu, bulan-bulan yang paling kering dan hujan adalah bulan Disember dan Jun. Hangzhou sememangnya sangat sesuai untuk dikunjungi pada bila-bila masa sepanjang tahun! Tinggal lagi, ia hanya bergantung kepada anda sama ada mempunyai toleransi pada orang ramai yang bersesak-sesakan, pilihan peribadi, musim kegemaran dan yang paling penting bajet anda! Berapa banyak yang anda sanggupp belanjakan? Jadi, apa yang masih anda tunggu lagi?
Musim bunga tiba seawal Mac sehinggalah Mei. Pada musim ini, anda dapat menyaksikan pemandangan yang paling indah di bandar. Dengan bunga-bunga primroses yang akan mulai mekar satu demi satu, memberikan anda satu pemandangan latar belakang yang menakjubkan yang dipenuhi dengan warna-warna cerah putih, merah jambu, merah dan hijau. Kehangatan pada musim bunga ini menjanjikan anda, cucaca yang sesuai untuk berjalan-jalan di Tasik Barat mereka yang terkenal. Jangan lupa untuk turut melihat dengan sendiri kecantikan bunga bunga pic mekar di sepanjang Tambak Su.
Sementara itu, musim panas Hangzhou adalah antara Jun dan September yang akan mulai menjadi lebih panas. Akan tetapi, masih tetap akan hujan juga. Suhu purata boleh mencecah sehingga 34oC dan boleh mencapai jauh lebih tinggi sehingga 40oC. Perlu diingatkan bahawa cuti sekolah di China bermula pada bulan Julai dan Ogos. Oleh itu, fikirkan dan tempahlah tiket dan hotel terlebih dahulu untuk mengelakkan giliran yang lama dan pembaziran masa! Musim kemuncak untuk para pelancong ini, sudah pastinya akan dilihat harga-harga tiket dan tempat penginapan yang mencakar tinggi. Sekiranya anda sedang berjalan-jalan ke Tasik Barat pada musim panas, anda pastinya akan dapat melihat keindahan bunga-bunga teratai. Jangan lupa untuk turut melawat bandar air yang berhampiran seperti Nanxun, Xitang dan Wuzhen. Turut menjadi tarikan adalah Festival Pertengahan Musim Luruh China yang berlangsung setiap bulan September di mana osmanthus mekar dengan cantik dan melepaskan bau yang wangi di seberang tasik! Festival Perahu Naga juga sangat terkenal pada musim ini!
Seterusnya, musim luruh di sini adalah pendek. Namun cuacannya yang menyenangkan dan sejuk menjadikan ia masa yang terbaik untuk melawat Hangzhou. Musim luruh akan berlangsung dari bulan September sehingga November. Pada masa ini, Hangzhou pasti akan menjadi lebih indah untuk mereka yang gemar menikmati pemandangan alam semula jadi. Berjalan-jalan bersama yang tersayang sambil menikmati pemandangan tasik yang indah dan aroma wangi dari bunga-bunga Osmanthus. Jangan lepaskan peluang untuk menyambut Festival Pertengahan Musim Luruh dan tempat menonton bulan klasik No.1 di seluruh China yang dipanggil "Tiga Pools Mirroring the Moon". Akhirnya, musim sejuk adalah di antara Disember dan Februari di mana Hangzhou kurang menjadi tumpuan orang ramai. Sekiranya anda lebih suka akan suasana yang lebih tenang, maka ini adalah masa yang sesuai untuk berkunjung! Dan kota Hangzhou juga tidak sesejuk seperti bandar-bandar utara China yang lain. Hanya satu peraturan yang perul diingatkan adalah jangan berkunjung ke sini semasa sekolah sekolah dan cuti umum.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Hangzhou?

1. Tasik Barat/West Lake - Perjalanan anda ke Hangzhou pasti tidak lengkap jika anda tidak berkunjung ke Tasik Barat yang sangat memukaukan. Dari bukit-bukit hijau yang indah hingga ke perairan yang dipenuhi willow yang tenang, semuanya akan menjadikan anda terpesona! Selain itu, tasik ini juga menjadi tuan rumah ‘Impression West Lake-the Night Show’ dan ‘Muzic Fountain Show’. Nota sampingan, datang berkunjung ke sini terutamanya pada waktu senja ketika matahari terbenam hampir terbenam. Satu kenangan yang pasti anda tidak boleh lupakan!
2. Tokong Lingyin - Dibina sekitar di abad 326 lamaya, Tokong Lingyin adalah Tokong Buddha yang paling terkenal dan paling kaya di Hangzhou. Nama Lingyin itu sendiri sangat unik. Ia bermaksud tokong-tokong yang menjadi tempat untuk jiwa berlindung. Tokong ini juga memperlihatkan patung tinggi Siddhartha Gautama setinggi 20 meter di ruang Great Hall yang menjadi kebangaan mereka beserta dengan banyak lagi patung-patung kecil lain. Luangkan waktu untuk berkunjung dan menerokai keindahan budaya mereka!
3. Kampung Dragon Well Tea - Jika anda ingin melarikan diri dari kesibukan kota Hangzhou, datang ke Kampung Dragon Well Tea yang indah ini. Anda boleh nikmati kehangatan secawan teh yang mempunyai warna daun, kekuatan aroma dan bahkan ke rasa manisnya yang unik dan berbeza dengan teh-teh lain. Seambil menghirup teh, anda juga boleh menikmati pemandangan panorama hijau yang mengasyikkan. Oh tidak lupa juga bahawa mereka menawarkan para pengunjung lawatan ke ladang-ladang teh mereka serta melakukan kerja-kerja memilih dan memetik sendiri daun-daun teh! Menarik bukan?

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka