Laman Utama
/
Penerbangan
/
Ho Chi Minh City

Penerbangan murah ke Ho Chi Minh City (SGN)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Ho Chi Minh City (SGN)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Seoul (ICN) → Bandar Ho Chi Minh (SGN)
Sichuan Airlines
Khamis, 21 Mac 2024
RM 399.83
Kuala Lumpur (KUL) → Bandar Ho Chi Minh (SGN)
Penerbangan
Rabu, 10 Apr 2024
RM 458.74
Singapura (SIN) → Bandar Ho Chi Minh (SGN)
Penerbangan
Ahad, 14 Apr 2024
RM 530.22
Singapura (SIN) → Bandar Ho Chi Minh (SGN)
Penerbangan
Jumaat, 12 Apr 2024
RM 812.74
Kunming (KMG) → Bandar Ho Chi Minh (SGN)
Penerbangan
Rabu, 20 Mac 2024
RM 828.42
Pulau Pinang (PEN) → Bandar Ho Chi Minh (SGN)
Penerbangan
Khamis, 21 Mac 2024
RM 862.94
Hong Kong (HKG) → Bandar Ho Chi Minh (SGN)
Penerbangan
Khamis, 21 Mac 2024
RM 925.04
Harbin (HRB) → Bandar Ho Chi Minh (SGN)
Penerbangan
Jumaat, 22 Mac 2024
RM 930.32
Okinawa (OKA) → Bandar Ho Chi Minh (SGN)
Penerbangan
Ahad, 07 Apr 2024
RM 1,806.54
Wuxi (WUX) → Bandar Ho Chi Minh (SGN)
Penerbangan
Isnin, 15 Apr 2024
RM 2,306.56

Tiket Pesawat Murah ke Ho Chi Minh, Vietnam

Bandar Raya Ho Chi Minh, atau Saigon, adalah bandar terbesar dan paling sibuk di Vietnam. Ia pernah diberi gelaran sebagai "Pearl of the Orient" di mana pelancong ke Ho Chi Minh boleh menikmati senibina-senibina Barat, landskap seulajadi yang mengagumkan, pusat-pusat membeli-belah moden serta hidangan tempatan yang lazat. Ia juga merupakan lokasi yang hebat untuk mendalami budaya tempatan. Tidak ada dua daerah yang sama di bandaraya Ho Chi Minh dan terdapat banyak pagoda-pagoda dan kuil-kuil Buddha yang menarik untuk dilawati. Kawasan-kawasan di sekitar bandar ini juga mempamerkan landskap yang menarik dan unik seperti perairan laut tropika yang mempesona di luar Mui Ne.

Lapangan Terbang di Ho Chi Minh

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat (SGN) Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat adalah lapangan terbang terbesar di Vietnam. Ia terletak 6 km di utara pusat bandar Ho Chi Minh. Ia adalah hab bagi pesawat-pesawat Jetstar Pacific Airlines, VASCO, VietJet Air dan Vietnam Airlines. Lapangan terbang ini mempunyai satu bangunan terminal unik yang dibahagikan kepada terminal Domestik dan Antarabangsa, menempatkan banyak syarikat penerbangan, akses pengangkutan dan banyak perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan lain untuk penumpangnya. Terdapat banyak pilihan pengangkutan dari lapangan terbang ke bandar seperti bas dan teksi yang mudah dijumpai di luar dewan Ketibaan. Perjalanan bas akan menelan belanja VND10000 dengan perjalanan selama 45 minit. Teksi ke pusat bandar pula akan menelan kos sekitar VND130000 dengan waktu perjalanan yang akan mengambil masa 15 minit jika keadaan lalu lintas lancar.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Ho Chi Minh?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Ho Chi Minh. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Ho Chi Minh.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Ho Chi Minh?

Ho Chi Minh diberkati dengan iklim yang menyenangkan sepanjang tahun namun bandar ini juga mengalami dua musim yang sangat berbeza pada setiap tahun. Musim tengkujuh biasanya berlaku pada bulan Mei hingga November manakala musim kemarau adalah pada bulan Disember hingga April. Suhu di Ho Chi Minh akan berada di tahap tertinggi pada bulan Mac hingga Mei. Adalah dicadangkan agar anda membuat lawatan ke bandar Ho Chi Minh pada musim kemarau kerana bukan sahaja anda dapat menghindari hujan yang kerap kali berlaku pada musim hujan tetapi ia juga merupakan tempoh ketika festival yang paling berwarna-warni akan mula berlaku di seluruh negara, termasuk Krismas, Tahun Baru dan "percutian Tet". Pada musim-musim percutian ini, jalan-jalan dan hotel-hotel di pusat bandar akan dipenuhi dengan hiasan berwarna-warni, pameran bunga api, penduduk-penduduk serta pelancong-pelancong yang bersantai dan jualan besar yang berlaku di kebanyakan kedai. Walau bagaimanapun, pada waktu ini juga merupakan tempoh di mana harga penerbangan dan harga hotel akan melonjak naik.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Ho Chi Minh?

Bandar Ho Chi Minh adalah hab komersil dan bandar terbesar di Vietnam. Ia adalah tempat di mana yang lama dan yang baru ditempatkan bersama di dalam kontras yang luar biasa. Kuil-kuil akan kelihatan di tengah-tengah pencakar langit dan kedai-kedai berjenama, penduduk tempatan dilihat melemparkan batang pancing buluh ke dalam Sungai Saigon yang tenang dan di tempat-tempat tertentu di bandar ini mempamerkan suasana seolah-olah di Eropah. Kawasan-kawasan ini dipenuhi dengan seni bina penjajah Perancis yang elegan dan luas dan taman-taman yang dipenuhi pokok dan tumbuh-tumbuhan.
1. Teater Boneka Air Golden Dragon - Teater Boneka Air Golden Dragon sangat sesuai untuk pelancong dengan anak-anak kecil dan sesiapa sahaja yang menikmati hiburan tradisional. Seni boneka air ini berasal dari kampung pedalaman di delta Sungai Merah dan telah dipersembahkan di Vietnam lebih dari 1,000 tahun. Pertunjukan 50 minit yang menawan ini memberi penonton sekilas pandang ke dalam budaya negara Vietnam. Ia dipersembahkan dalam bahasa Vietnam, namun kekuatan persembahan watak boneka, samada watak manusia atau haiwan, melangkaui penghalang bahasa. Muzik yang dimainkan secara langsung meningkatkan pengalaman unik ini dan pemuzik berbakat akan memainkan instrumen tradisional seperti seruling buluh dan biola dua tali. Teater ini berhawa dingin dan jika anda duduk di barisan hadapan, bersiap sedia untuk merasa sedikit percikan air.
2. Katedral Notre Dame Basilika Saigon dan Pejabat Pos Pusat Saigon - Katedral Notre Dame Basilika Saigon, boleh dikatakan mercu tanda yang paling terkenal di bandar Ho Chi Minh. Katedral itu pada asalnya dibina di antara tahun 1863 dan 1880 dan dibina di sebuah tapak di mana sebuah pagoda Vietnam pernah terdiri. Bertahun-tahun ia dikenali sebagai Gereja Saigon, tetapi pada tahun 1962, struktur itu dinaiktaraf menjadi basilika. Namanya juga diubah menjadi Katedral Notre Dame Basilika Saigon dan ia menjadi katedral utama di Vietnam. Di sebelah katedral ini terletak Pejabat Pos Pusat Saigon. Pejabat Pos Pusat Saigon bukan sahaja sebuah bangunan yang menakjubkan; ia juga merupakan salah satu struktur tertua di Ho Chi Minh. Bangunan itu direka oleh Gustave Eiffel, lelaki yang sama yang telah membina menara Eiffel di Paris. Terdapat beberapa lukisan peta dan juga mozek bekas presiden negara Vietnam, Ho Chi Minh di tingkat bawah bangunan ini. Bangunan yang mempunyai siling berkubah tinggi yang elegan, lantai berjubin yang cantik dan pondok-pondok telefon lama ini berfungsi sebagai pejabat pos utama di Ho Chi Minh dan boleh dikunjungi pada bila-bila masa.
3. Pasar Ben Thanh - Pasar Ben Thanh dipenuhi dengan sebilangan besar gerai-gerai di mana para pengunjung boleh membeli cenderahati dengan murah dan juga kraftangan tempatan. Tetapi pasar yang sibuk ini bukan hanya untuk pelancong. Ia juga di mana penduduk-penduduk tempatan datang untuk mendapatkan keperluan harian mereka. Barang-barang yang dijual di sini termasuk bahan-bahan mentah, kopi dan pakaian. Namun untuk mendapatkan tawaran terbaik adalah amat penting bagi pengunjung untuk membandingkan harga dan juga tawar-menawar dengan penjual sebelum membeli barangan. Pasar Ben Thanh yang dibina pada tahun 1870 ini, juga merupakan tempat yang sangat baik untuk menikmati makanan jalanan tempatan di Vietnam. Pada waktu malam, gerai-gerai dalaman di pasar Ben Thanh akan ditutup, akan tetapi kawasan disekitarnya akan memberi laluan kepada pasar malam terkenal Ho Chi Minh.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka