Penerbangan murah ke Hyderabad (HYD)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Hyderabad (HYD)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Chennai (MAA) → Hyderabad (HYD)
IndiGo
Ahad, 21 Apr 2024
RM 119.94
Singapura (SIN) → Hyderabad (HYD)
Penerbangan
Isnin, 13 Mei 2024
RM 681.54
Jakarta (CGK) → Hyderabad (HYD)
Penerbangan
Khamis, 02 Mei 2024
RM 920.82
Surabaya (SUB) → Hyderabad (HYD)
Penerbangan
Khamis, 02 Mei 2024
RM 953.44
Jakarta (CGK) → Hyderabad (HYD)
Penerbangan
Selasa, 07 Mei 2024
RM 1,308.37
Jakarta (CGK) → Hyderabad (HYD)
Penerbangan
Rabu, 08 Mei 2024
RM 1,542.98
Surabaya (SUB) → Hyderabad (HYD)
Penerbangan
Isnin, 13 Mei 2024
RM 6,186.40

Tiket Pesawat Murah ke Hyderabad, India

Hyderabad adalah ibu kota di negeri Telangana. Telangana terletak di bahagian tengah-selatan semenanjung India. Bandar Hyderabad meliputi kawasan kira-kira 650 kilometer persegi, terletak di sepanjang Sungai Musi. Bandar Hyderabad mempunyai lebih kurang 6.8 juta orang pada tahun 2011. Ia adalah bandar keempat paling padat di India. Dari segi sejarah, bandar ini merupakan sebuah pusat perdagangan untuk mutiara dan berlian. Hari ini, bandar ini dikenali sebagai Lembah Genome India; sebuah daerah perniagaan berteknologi tinggi yang dibangunkan untuk penyelidikan bioperubatan, latihan dan pembuatan.

Lapangan Terbang di Hyderabad

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi

Ini adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa yang melayani bandar Hyderabad, yang terletak hanya 24 kilometer ke selatan. Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi adalah sebuah lapangan terbang yang baharu dibuka, menggantikan Lapangan Terbang Begumpet dan ia dinamakan sempena bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi. Lapangan terbang ini adalah salah satu lapangan terbang paling sibuk di India, berdasarkan jumlah penumpang. Sehingga 2018, Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi telah mengendalikan kira-kira 18.2 juta penumpang. Beberapa buah syarikat penerbangan mempunyai hab mereka di lapangan terbang seperti Alliance Air, IndiGo dan SpiceJet antara lainnya. Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi mempunyai dua buah landasan dan yang utamanya adalah cukup panjang untuk mengendalikan pesawat penumpang terbesar Airbus A380. Lapangan terbang ini juga mengendalikan pesawat kargo ke beberapa destinasi di Asia. Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi disambungkan ke bandar Hyderabad dengan beberapa cara. Melalui jalan raya, lapangan terbang ini disambungkan oleh PV Narasimha Rao Expressway dan juga perkhidmatan pengangkutan bas Pushpak-Lapangan Terbang. Stesen kereta api India Umdanagar adalah yang paling dekat dengan lapangan terbang bagi merekayang ingin menggunakan perkhidmatan kereta api.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Murah ke Hyderabad?

Harga tiket penerbangan ke bandar Hyderabad, India boleh menjadi sangat mahal. Walau bagaimanapun, harga tiket itu boleh berada dalam harga yang terjangkau jika seseorang tahu di mana untuk mencari tawaran terhebat yang terdapat di internet. Traveloka adalah sebuah enjin carian untuk tawaran hotel, tempat penginapan dan juga tiket penerbangan. Traveloka boleh diakses melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alihnya. Ia mempunyai antara muka mesra pengguna yang mudah digunakan. Cukup dengan masukkan kata-kata kunci yang berkaitan ke dalam bar carian, tetapkan tarikh dan juga anggaran harga. Kemudian biarkan laman sesawang ini melakukan kerjanya. Dalam beberapa saat, ia akan menunjukkan semua tawaran terbaik yang terdapat di internet. Jika masih tidak berpuas hati dengan hasilnya, gunakanlah ciri pemberitahuan harga mereka. Ciri ini tersedia pada laman sesawang dan juga aplikasi mudah alih. Ia akan memberitahu pengguna apabila harga jatuh ke dalam anggaran yang dikehendaki.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Hyderabad?

Hyderabad, India mempunyai iklim tropika yang basah dan kering, memberikan bandar dua cuaca yang berbeza; panas dan kering selama setengah tahun dan selebihnya sejuk dan basah. Bulan terbaik untuk melawat Hyderabad adalah dari Oktober hingga Februari di mana cuaca sejuk. Purata suhu adalah sekitar 22 ° Celcius. Walaupun ada hari yang mendung, bulan-bulan ini adalah masa terbaik untuk melawat monumen-monumen dan juga berjalan-jalan di bandar Hyderabad. Bulan-bulan panas bermula dari bulan Mac hingga Mei dengan suhu purata mencapai 33 ° C atau lebih tinggi. Ini akan menjadi bulan-bulan terpanas di Hyderabad dan boleh menjadikan perjalanan sangat tidak selesa. Dari bulan Jun hingga September, akan berlaku hujan lebat dan angin kencang. Kelembapan juga tinggi pada bulan-bulan ini. Bulan-bulan ini juga tidak menjadi pilihan kebanyakkan pelancong. Musim hujan ini sesuai untuk mereka yang lebih suka tidak banyak orang.

Hyderabad mempunyai pelbagai perayaan sepanjang tahun dalam menghormati beberapa agama utama di bandar itu. Para penganut agama Hindu merayakan Depavali, Aidilfitri pula untuk umat Islam dan Krismas untuk mereka yag beragama Kristian. Terdapat juga perayaan lain seperti Festival Deccan yang meraikan kraf, budaya dan masakan Hyderabad.

Apakah 3 Aktiviti Menarik yang boleh Dilakukan di Hyderabad?

1. Kubu Golconda – Tempat yang wajib dilawati ketika berada di Hyderabad. Kubu ini dibina di atas sebuah bukit granit semasa dinasti Kaktiya, sekitar 1163-1323 M. Kubu ini pernah menjadi kubu pertahanan yang kuat untuk bandar Hyderabad dan hari ini, ia menyimpan sejarah dan keajaiban seni bina yang pernah ada di bandar tersebut.

2. Bazar Laad - Ini adalah tempat untuk membeli-belah di Hyderabad terutama bagi mereka yang mencari perhiasan tradisional dan gelang-gelang asli. Bazar Laad juga merupakan tempat yang bagus untuk mencari pakaian tradisional yang cantik untuk para lelaki dan wanita

3. Rock Walks - Keajaiban semula jadi yang dianggarkan berumur sekitar 2.5 juta tahun. Terletak di Dataran Tinggi Decca, terdapat pelbagai bentuk batu granit yang menarik, dengan pelbagai saiz. Terdapat juga aktiviti berjalan kaki yang dilakukan setiap hari Ahad yang ketiga setiap bulan oleh kumpulan 'Save the Rocks Foundation',dan acara ini adalah percuma untuk diikuti.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Hyderabad

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka