Penerbangan murah ke Jakarta (CGK)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Jakarta (CGK)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Pulau Pinang (PEN) → Jakarta (CGK)
Jetstar Asia Airways
Khamis, 21 Mac 2024
RM 264.14
Kuala Terengganu (TGG) → Jakarta (CGK)
Penerbangan
Sabtu, 23 Mac 2024
RM 406.44
Singapura (SIN) → Jakarta (CGK)
Penerbangan
Rabu, 20 Mac 2024
RM 421.66
Tiruchirappalli (Trichy) (TRZ) → Jakarta (CGK)
Penerbangan
Khamis, 21 Mac 2024
RM 725.72
Hat Yai (HDY) → Jakarta (CGK)
Penerbangan
Rabu, 10 Apr 2024
RM 856.89
Busan (PUS) → Jakarta (CGK)
Penerbangan
Khamis, 28 Mac 2024
RM 952.87
Haikou (HAK) → Jakarta (CGK)
Penerbangan
Jumaat, 12 Apr 2024
RM 1,031.68
Busan (PUS) → Jakarta (CGK)
Penerbangan
Khamis, 11 Apr 2024
RM 1,170.00
Nanning (NNG) → Jakarta (CGK)
Penerbangan
Selasa, 26 Mac 2024
RM 1,397.54

Tiket Pesawat Murah ke Jakarta, Indonesia

Jakarta adalah ibu kota bagi negara Indonesia. Ia merupakan bandar yang terbesar di Indonesia dan disenaraikan sebagai jumlah penduduk kedua terbesar di dunia. Jakarta dikenali sebagai bandar tersibuk di Indonesia kerana ia adalah pusat perniagaan utama dan pusat kerajaan. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai banyak tempat tarikan pelancong seperti tapak bersejarah, warisan budaya, taman dan pusat membeli-belah.

Lapangan Terbang di Jakarta

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno HattaLapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta merupakan lapangan terbang utama yang terletak di kawasan Jakarta. Ia telah menerima beribu-ribu penerbangan antarabangsa dan domestik termasuk Malaysia Airlines, Firefly, Garuda Indonesia, Lion Air dan Jetstar. Perjalanan dari bandar ke lapangan terbang ini mengambil masa dalam 54 minit mengikut keadaan lalu lintas. Bagi para pengunjung yang memilih untuk mengambil teksi untuk sampai ke hotel mereka, tambang teksi akan dikenakan dalam Rp 102097 iaitu dalam duit Malaysia ialah RM 29.96.
2. Lapangan Terbang Antarabangsa Halim PerdanakusumaTerletak di timur Jakarta, Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma digunakan untuk penerbangan peribadi, tentera dan domestik. Terdapat dua terminal di lapangan terbang ini iaitu “Main Terminal” dan “Presidential Terminal”. Bagi “Main Terminal”, ia telah menerima penerbangan domestik termasuk Garuda Indonesia, Batik Air dan Citilink. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 14.8 kilometer dengan pusat bandar. Para pengunjung boleh mengambil teksi yang terdapat di pintu masuk lapangan terbang. Tambang teksi akan dikenakan sekitar Rp 58487 iaitu dalam RM 17.16.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Jakarta?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Jakarta. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi tersebut akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan harga penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan yang anda inginkan untuk mendapatkan kos penerbangan yang terbaik ke Jakarta.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Jakarta?

Musim kemuncak di Jakarta adalah antara bulan Mei hingga September dan waktu yang tak sesuai adalah dari bulan Oktober hingga April. Ramai pengunjung yang akan datang semasa musim kemuncak kerana cuaca panas. Ia memberi kemudahan kepada para pengunjung yang ingin melawat di sekitar bandar. Waktu yang tidak sesuai akan berlaku semasa cuaca sejuk dan basah. Oleh itu, waktu terbaik untuk melawat Jakarta dalam sekitar bulan Mei hingga September.
Walau bagaimanapun, para pengunjung perlu merancang pelancongan mereka dengan baik kerana harga tiket penerbangan dan penginapan tinggi pada masa tersebut. Iklim Jakarta adalah monsun tropika dimana kebanyakan musim hujan akan berlaku pada sepanjang tahun. Hujan lebat akan berlaku dari bulan Oktober hingga April. Manakala pada musim panas adalah dalam bulan Mei hingga September. Suhu purata pada musim hujan adalah dalam 24 hingga 32 darjah Celcius. Manakala, pada musim panas berada di antara 24 hingga 34 darjah Celcius. Pada musim panas di Jakarta, cuacanya panas dan lembap.
Indonesia merupakan salah satu jumlah penduduk beragama Islam yang terbesar di dunia. Para pengunjung boleh menyaksikan sambutan orang Islam iaitu dipanggil sebagai Hari Raya Aidilfitri. Ini adalah perayaan selepas bulan Ramadan di mana umat Islam akan berpuasa selama satu bulan. Terdapat juga beberapa perayaan lain yang akan menarik perhatian ramai pengunjung datang ke Jakarta seperti Festival Budaya Jakarta, Festival Lebaran Betawi dan Festival Jazz Ramadan.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Jakarta?

1. Masjid Istiqlal - Masjid Istiqlal telah dianugerahkan sebagai masjid terbesar di Asia Tenggara. Ia boleh menampung dalam 120000 orang. Ia telah dibina untuk meraikan kemerdekaan Indonesia. Masjid ini mempunyai reka bentuk bangunan yang menakjubkan. Bagi para pengunjung bukan beragama Islam, mereka dialu-alukan untuk melawat masjid ini. Walau bagaimanapun, para pengunjung disarankan untuk memakai pakaian dan tudung yang menutupi aurat sebelum memasuki kawasan masjid ini.
2. Muzium Sejarah Jakarta - Muzium Sejarah Jakarta atau dikenali sebagai Muzium Fatahilah adalah tapak bersejarah yang mempamerkan sejarah pembangunan bandar Jakarta. Para pengunjung boleh melihat lebih daripada 23500 objek termasuk seramik, lukisan dan artifak di dalam muzium ini. Muzium ini juga telah menganjurkan beberapa persembahan kebudayaan seperti tarian Zapin dan tarian singa Cina kepada para pengunjung.
3. Zoo Ragunan - Zoo Ragunan merupakan zoo terbesar di Asia Tenggara. Dengan keluasan 147 hektar, ia telah menempatkan lebih daripada 3000 haiwan bersama 200 spesies. Para pengunjung dapat melihat pelbagai spesies haiwan yang berasal dari negara tempatan dan negara-nagara lain seperti harimau dan gajah Sumatera, ikan arapaima dari Amerika Selatan, singa Afrika dan lain-lain. Terdapat juga pusat bagi gorila, cimpanzi dan orang-utan di tempat ini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka