Penerbangan murah ke Kagoshima (KOJ)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Kagoshima (KOJ)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Tokyo (HND) → Kagoshima (KOJ)
Solaseed Air
Rabu, 17 Apr 2024
RM 300.31
Manila (MNL) → Kagoshima (KOJ)
Penerbangan
Jumaat, 12 Apr 2024
RM 1,623.99
Manila (MNL) → Kagoshima (KOJ)
Penerbangan
Sabtu, 13 Apr 2024
RM 1,657.97
Hanoi (HAN) → Kagoshima (KOJ)
Penerbangan
Ahad, 31 Mac 2024
RM 2,050.83
Bangkok (BKK) → Kagoshima (KOJ)
Penerbangan
Sabtu, 30 Mac 2024
RM 3,143.20
Bali / Denpasar (DPS) → Kagoshima (KOJ)
Penerbangan
Sabtu, 06 Apr 2024
RM 3,806.48
Pekanbaru (PKU) → Kagoshima (KOJ)
Penerbangan
Sabtu, 13 Apr 2024
RM 4,151.04

Tiket Pesawat Murah ke Kagoshima, Jepun

Kagoshima adalah sebuah bandar tepi pantai di Pulau Kyushu, Jepun. Kagoshima adalah ibu kota Wilayah Kagoshima. Ia terkenal dengan Sakurajima, gunung berapi aktif yang menghadap Kinko Bay. Bandar ini secara rasminya ditubuhkan pada 1 April 1889. Ia adalah bandar pelabuhan politik dan komersil yang sibuk sepanjang zaman pertengahan dan ke zaman Edo (1603-1868). Kagoshima adalah tempat kelahiran dan tempat terakhir Saigo Takamori berada. Saigo Takamori merupakan seorang tokoh legenda di Meiji Era Japan pada tahun 1877 pada akhir pemberontakan Satsuma. Kagoshima mempunyai kira-kira penduduk sebanyak 606,624 pada pada 1 januari 2015. Kagoshima terletak kira-kira 40 minit dari Lapangan Terbang Kagoshima.

Lapangan Terbang di Kagoshima

1. Lapangan Terbang Kagoshima

Lapangan Terbang Kagoshima terletak di Kirishima, Kagoshima, Jepun. Ia terletak 29.6 km Timur Laut Stesen Kagoshima-Chuo di Bandar Kagoshima. Lapangan Terbang Kagoshima merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di Kyushu selepas Lapangan Terbang Fukuoka. Lapangan ini dibuka untuk menggantikan lapangan terbang Tentera Laut Japan di Kamoike berhampiran pusat bandar. Lapangan terbang ini dibuka pada tahun 1972. Lapangan terbang ini mempunyai landasan sepanjang 2,500 m dan diperluaskan kepada 3,000 m pada tahun 1980. Terminal antarabangsa pula dibuka pada tahun 1982 dan terminal kargo dibuka pada tahun 1987. Lapangan terbang ini mempunyai satu pintu gerbang untuk terminal antarabangsa dan Sembilan pintu gerbang untuk terminal domestic.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Kagoshima?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Kagoshima. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Kagoshima.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Kagoshima?

Musim tersibuk untuk pelancongan di Kagoshima adalah pada bulan Jun hingga Ogos. Musim kemuncak berlaku pada musim panas. Jadi anda perlu membuat tempahan awal untuk penginapan dan penerbangan bagi menjimat duit anda. Pada musim ini, kos penginapan dan penerbangan amat mahal berbanding waktu lain. Bulan Oktober merupakan bulan yang kurang pelancong datang melawat Kagoshima. Mereka yang bersedia untuk melawat pada bulan ini mungkin akan mendapati kos penginapan dan penerbangan lebih murah berbanding bulan lain. Ini berlaku kerana musim yang kurang menyenangkan kepada pelancong. Musim terbaik untuk melawat Kagoshima mengikut musim adalah Spring yang berlaku pada bulan April hingga Mei. Musim luruh adalah musim terbaik untuk menikmati makanan. Jika anda seorang pencinta sukan laut, Kagoshima Summer pasti yang terbaik.
Kagoshima mempunyai iklim sub-tropika. Kagoshima mempunyai cuaca panas dan suhu yang lebih tinggi secara purata daripada seluruh Jepun. Kagoshima pada dasarnya mempunyai kelembapan yang tinggi pada musim panas dari bulan Jun hingga akhir September sama seperti seluruh bandar di Jepun Barat. Musim sejuk di Kagoshima adalah tetapi salji hanya berlaku beberapa kali setahun.
Pelancong boleh melihat festival Ogionsa di Kagoshima. Festival ini lebih dikenali sebagai Gion Matsuri yang merupakan perayaan tradisional di seluruh Jepun sejak zaman Edo. Perayaan ini berlangsung selama 2 hari. Perarakan Hon-matsuri terdiri daripada sekitar 3000 orang yang berarak sekitar 2km di sekitar pusat bandar. Anda boleh mengalami dan kemeriahan musim panas di Kagoshima. Selain itu, Ohara Matsuri yang diadakan di pusat bandar Kagoshima. Ohara Matsuri merupakan sebuah festival tarian yang disertai seramai 20,000 orang. Ohara Matsuri merupakan salah satu perayaan terbesar di Kyushu Selatan. Jadi, para pelancong perlulah melawat pada waktu – waktu tertentu untuk merasai festival- festival yang ada di Kagoshima.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Kagoshima?

1. Sakurajima - Adalah gunung berapi komposit yang terletak di Prefektur Kagoshima di Kyushu, Jepun. Letusan yang berlaku pada tahun 1914, telah menghubungkan Sakurajima dengan Semenanjung Osumi apabila aliran lava telah keras. Ia adalah gunung berapi yang paling aktif di Jepun.
2. Mount Shiroyama - Ia terletak di Kagoshima, Prefektur Kagoshima, Jepun. Gunung ini mempunyai ketinggian 107 m. Nama asalnya gunung ialah Tsuru ga mine. Gunung ini terkenal sebagai tapak Pertempuran Shiroyama pada tahun 1877. Dari dek pemerhatian anda dapat melihat Sakurajima, Kanie Bay dan kawasan bandar Kagoshima, dan pada hari yang cerah anda dapat melihat Kamijima dan Ibusuki
3. Kagoshima Castle - Istana ini dibina oleh Shimazu Iehisa pada tahun 1601. Oleh sebab kekalahan dan ketegangan politik yang teruk dengan Ieyasu, istana ini dibina. Istana ini terkenal dengan kualiti kecil dan berkualiti rendah yang menjadi istana utama salah satu daimyo terkaya di Jepun. Istana dibina dalam keadaan ini keraena Shimazu takut memberi alasan kepada Tokugawa untuk menyerang wilayah Shimazu apabila membuat istana yang besar.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Kagoshima


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka