Penerbangan murah ke Kaili (KJH)

Tiket Pesawat Murah ke Kaili, China

Kaili terkenal sebagai bandar bagi orang-orang Miao, yang paling dikenali kerana Langde Miao Ethnic Minority Village serta Xijiang Qianhu Miao Village yang merupakan kampung-kampung dan penempatan utama bagi penduduk Miao. Merupakan sebuah bandar raya peringkat daerah yang ditadbir di bawah Qiandongnan Miao dan Dong Autonomous Prefecture, ia terletak di bahagian selatan Guizhou yang bersempadan dengan Hunan di timur dan Guangxi di selatan. Nama bandar iaitu "Kaili" adalah berasal daripada perkataan dalam bahasa Hmu Miao yang bermaksud tanah yang baru dituai. Sebagai pengeluar utama beras, Kaili juga diiktiraf untuk hasil seni dan kraf yang termasuk perhiasan, sulaman, brokat, batik, dan pemotongan kertas antara lainnya. Demografi utama penduduk di sini terdiri daripada orang-orang Miao dan Gejia, walaupun mereka juga secara rasminya dikenali sebagai orang Miao. Ia dibahagikan kepada 7 buah daerah, 9 buah bandar dan 2 buah perbandaran dengan Daishizi menjadi pusat bandar Kaili.

Lapangan Terbang di Kaili

1. Lapangan Terbang Kaili Huangping

Lapangan Terbang Kaili Huangping adalah lapangan terbang yang berkhidmat khusus untuk bandar Kaili, yakni kerusi Qiandongnan Miao and Dong Autonomous Prefecture di Wilayah Guizhou. Ia terletak di Huangpin County yang berada kira-kira 12 kilometer dari arah timur laut pusat daerah serta 54 kilometer jauhnya dari pusat bandar Kaili. Ia dibina pada tahun 2010 dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 2013 dengan kos sebanyak 870 juta yuan. Lapangan terbang ini mempunyai bangunan terminal seluas 3,500 meter persegi dan landasan yang panjangnya 2,600 meter dan lebar 45 meter. Dijangka akan mengendalikan 200,00 orang penumpang menjelang tahun 2020, lapangan terbang ini melayani syarikat penerbangan seperti Loong Air ke destinasi seperti Chengdu dan Huangzhou.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Kaili?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Kaili. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik untuk ke Kaili.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Kaili?

Walaupun Kaili adalah destinasi yang sesuai untuk lawatan sepanjang tahun, musim bukan puncak adalah dari Disember hingga Mac kerana suhu yang lebih rendah dan sejuk. Ini boleh menjadi masa yang hebat untuk mendapatkan tawaran yang baik dengan harga yang lebih murah. Ia adalah berita baik kerana jika anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda boleh menjimatkan wang anda kerana harga untuk hotel dan penerbangan semasa musim puncak akan menjadi lebih tinggi dan meningkatkan kos anda serta menelan banyak wang. Walau bagaimanapun, jika anda ingin datang apabila orang sedang ramai berkunjung, musim puncak di Kaili adalah pada bulan April hingga Oktober yang mana ketika inimusim bunga dan musim panas sedang berlangsung. Masa terbaik untuk melawat Kaili pastinya sekitar tempoh ini kerana cuaca yang lebih baik yang sesuai untuk keluar.

Kaili, seperti rantau lain yang sewaktu dengannya di China mempunyai iklim subtropika lembap yang dipengaruhi monsun yang bermaksud musim sejuk yang cenderung untuk kering pada awalnya sebelum menjadi lebih basah secara beransur-ansur, dan musim panas yang panas dan lembap yang juga diselangi hujan. Perkara yang sama turut berlaku ketika musim bunga, sementara musim gugur adalah satu-satunya musim yang cerah dan cukup kering berbanding dengan musim-musim lain. Suhu purata adalah dari 4.8 darjah Celsius pada musim sejuk pada bulan Januari hingga 25.6 darjah Celsius pada musim panas pada bulan Julai. Sementara itu, taburan hujan tahunan adalah sekitar 1,179 mm di mana separuh daripadanya disumbang oleh hujan lebat dari bulan April hingga Ogos.

Terdapat banyak perayaan yang anda boleh jangkakan untuk sertai di Kaili sepanjang tahun, yang memberi tumpuan kepada perayaan etnik tradisional orang Miao. Adalah dikatakan setiap tahun terdapat 120 festival yang dianjurkan di sini, dengan acara-acara penting termasuk Festival Sisters Meals yang merupakan "Hari Valentine" tertua di China, Festival Lusheng yang mana kaum lelaki akan memainkan alat tradisional reed Cina di Stadium Lushen, Festival Kanu Naga dengan acara besar-besaran seperti perlumbaan bot naga dan bot kanu serta Tahun Baru Miao yang diraikan selepas musim menuai padi yang berbeza dengan Tahun Baru Cina yang biasa. Selain acara-acara utama ini, perayaan-perayaan lain yang juga disambut secara meluas di sini seperti Pesta Pendakian, Siyueba, Tiaohuapo, Festival Tiaochang dan banyak lagi.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Kaili

Kaili adalah antara tarikan pelancongan yang tidak kurang menariknya di China kerana ia menjadi pusat kebudayaan orang Miao. Oleh itu, seseorang boleh menjangkakan untuk melawat pelbagai daya tarikan yang boleh didapati di sini apabila berada di Kaili.

1. Langde Miao Village Kaili - Langde Miao Village Kaili iadalah kampung budaya yang sangat dikenali di Bandar Kaili berbanding kampung-kampung budaya yang lain. Kampung ini terdiri daripada Langde Shang Village dan Langde Xia Village atau juga dikenali sebagai Miao's Ethnic Village Museum dengan pelbagai jenis rumah Miao. Pengunjung biasanya akan datang ke sini untuk melihat perhiasan perak, pakaian sulaman dan muzik lusheng tempatan dan persembahan tarian.

2. Sunday Market - Apakah cara yang lebih baik untuk mendekatkan diri dengan budaya tempatan selain daripada melawat pusat perdagangannya yang utama? Sunday Market ini pastinya adalah tempat di mana kebanyakan orang Miao dan Dong dari kampung berdekatan akan datang untuk menjual makanan segar, sayur-sayuran, buah-buahan, sutera sulaman, barangan perak, anting-anting, hiasan, ubat-ubatan herba dan hasil kraf tangan.

3. Flying Clouds Cliff - Merupakan salah satu tapak kuno utama yang boleh didapati di Kaili, Flying Clouds Cliff menggabungkan pemandangan indah dan memukau dengan bangunan-bangunan dan runtuhan bersejarah yang telahpun dibina sejak dinasti Ming lagi. Kawasan ini terdiri daripada Moon Pond Temple, Moon Pond Palace dan Fostering Cloud Pavilion dengan seni bina berunsurkan keagamaan dan berkonsep terbuka yang unik.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved