Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Ia merupakan ibu negeri kepada Sabah, Malaysia. Ia juga merupakan ibu negeri kepada bahagian Pantai Barat Sabah. Kota Kinabalu ini terletak di Pantai Barat Laut Borneo yang menghadap Laut China Selatan. Kota Kinabalu mempunyai seramai 452,058 penduduk pada tahun 2010. Apabila daerah Penampang dan Putatan dimasukkan ke Kota Kinabalu, kawasan metro itu mempunyai penduduk gabungan seramai 628,725. Kota Kinabalu sering dikenali sebagai KK di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Ia adalah destinasi pelancongan utama dan gerbang yang popular untuk pelancong yang ingin melawat Sabah dan Borneo. Taman Kinabalu terletak kira-kira 90 km dari bandar dan terdapat banyak tarikan pelancong lain di dalam dan di sekitar bandar Kota Kinabalu. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu pusat industry dan komersil utama di Malaysia Timur.
Lapangan Terbang di Kota Kinabalu
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota KinabaluLapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Kota Kinabalu. Ia terletak di ibu negeri Sabah. Ia berada kira-kira 8 km Barat Daya dari pusat bandar Kota Kinabalu. 8 juta penumpang telah menggunakan lapangan terbang itu pada tahun 2017 dan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai lapangan terbang kedua tersibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah lapangan terbang bersaiz sederhana yang mempunyai sambungan yang baik ke kebanyakan hab penerbangan utama di rantau Asia Pasifik. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mempunyai dua terminal iaitu terminal 1 dan terminal 2. Terminal 1 merupakan terminal yang terbaru dan merupakan terminal utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu manakala terminal 2 merupakan terminal utama yang lama. Kini, terminal 2 beroperasi sebagai terminal tambang murah. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan hab kepada AirAsia, Malaysia Airlines, MASWings dan Malindo Air.
Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Kota Kinabalu?
Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Kota Kinabalu. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Kota Kinabalu.
Bila Waktu Terbaik untuk ke Kota Kinabalu?
Musim puncak di Kota Kinabalu adalah pada bulan Mac hingga Oktober. Ini kerana pada bulan-bulan tersebut, hujan tidak akan turun dengan kerap. Kota Kinabalu akan mempunyai cuaca yang kering dan membuatkan ia masa yang sesuai untuk berjalan-jalan. Pada waktu ini, harga-harga hotel kemungkinan akan meningkat sedikit berbanding bulan-bulan lain. Jadi, buatlah tempahan awal untuk mendapatkan harga yang murah. Musim bukan puncak di Kota Kinabalu ialah pada bulan Disember hingga Januari kerana pada waktu ini, ia merupakan musim hujan. Hujan akan turun dengan lebih kerap dan air laut juga bergelora.Kota Kinabalu mempunyai iklim monsum tropika dengan suhu tinggi yang berterusan, hujan dan kelembapan yang tinggi sepanjang tahun. Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya mencirikan iklim di Kota Kinabalu ini. Monsun Timur Laut berlaku antara bulan November dan Mac manakala Monsun Barat Daya berlaku antara bulan Mei dan September. Suhu purata Kota Kinabalu adalah dari 26 ° C sehingga 31 ° C. Bulan yang paling panas adalah pada bulan April dan Mei. Bulan yang paling sejuk adalah pada bulan Januari. Purata hujan tahunan adalah sekitar 2,400 milimeter.Anda juga boleh berkunjung ke Kota Kinabalu ketika musim perayaan. Kota Kinabalu mempunyai pelbagai sambutan perayaan seperti Pesta Keaamatan, Hari Raya Aidilfitri dan juga Tahun Baru Cina. Pesta Keaamatan adalah satu bentuk pesta yang disambut setiap tahun di negeri Sabah. Ia biasanya disambut oleh etnik Kadazan Dusun serta oleh kumpulan etnik lain di negeri ini. Ia berlangsung selama satu bulan pada bulan Mei. Ia akan berakhir dengan cuti umum kemudiannya. Ia juga dikenali sebagai perayaan menuai. Hari Raya Aidilfitri pula merupakan perayaan yang disambut oleh semua rakyat Malaysia terutamanya mereka yang beragama Islam pada bulan Syawal mengikut kalendar Hijrah. Tahun Baru Cina pula biasanya disambut pada bulan Februari mengikut kalendar Lunar.
Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Kota Kinabalu?
1. Gunung Kinabalu – Anda boleh berkunjung ke Gunung Kinabalu untuk membuat aktiviti memanjat gunung. Ia merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia. Gunung Kinabalu ini merupakan puncak tertinggi di banjaran Crocker dan merupakan gunung tertinggi di Kepulauan Melayu.2. Filipino Market – Anda boleh berkunjung ke Filipino Market sementara berada di Kota Kinabalu. Filipino market ini merupakan pasar kraftangan. Pasar ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong dan juga penduduk tempatan. Anda boleh mendapatkan barangan kraftangan dan barangan lain di pasar itu.3. Taman Negara Tunku Abdul Rahman – Ia merangkumi 5 kumpulan pulau yang terletak di antara 3 hingga 8 km luar dari Kota Kinabalu. Anda boleh berkunjung ke pulau-pulau yang ada untuk menikmati keindahannya.
Rakan Penerbangan
Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!
Rakan Pembayaran
Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia