Penerbangan murah ke Kuala Lumpur (KUL)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Kuala Lumpur (KUL)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Jakarta (CGK) → Kuala Lumpur (KUL)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 423.81
Solo (SOC) → Kuala Lumpur (KUL)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 621.82
Hat Yai (HDY) → Kuala Lumpur (KUL)
Penerbangan
Selasa, 16 Apr 2024
RM 642.14
Chennai (MAA) → Kuala Lumpur (KUL)
Penerbangan
Selasa, 09 Apr 2024
RM 714.49
Seoul (ICN) → Kuala Lumpur (KUL)
Penerbangan
Rabu, 10 Apr 2024
RM 805.26
Nanning (NNG) → Kuala Lumpur (KUL)
Penerbangan
Jumaat, 29 Mac 2024
RM 895.88
Nanchang (KHN) → Kuala Lumpur (KUL)
Penerbangan
Khamis, 04 Apr 2024
RM 1,489.79
Nagoya (NGO) → Kuala Lumpur (KUL)
Penerbangan
Rabu, 20 Mac 2024
RM 1,765.30

Tiket Pesawat Murah ke Kuala Lumpur, Malaysia

Kuala Lumpur terkenal dengan Menara Berkembar Petronas yang merupakan bangunan pencakar langit dan simbol ikonik Malaysia. Menara Berkembar Petronas adalah menara berkembar tertinggi di dunia. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, yang dikenali sebagai KL dan mempunyai bandar terbesar di Malaysia. UNESCO telah menamakan Kuala Lumpur sebagai World Book Capital 2020. Sebuah bukan organisasi antarabangsa telah memuji Kuala Lumpur sebagai salah satu daripada Tujuh Bandar Ajaib Baharu.

Lapangan Terbang di Kuala Lumpur

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah lapangan terbang utama di Malaysia dan antara lapangan terbang yang terpenting di Tenggara dan seluruh dunia. Ia terletak di Sepang, Selangor. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 45 kilometer dari selatan pusat bandar Kuala Lumpur. KLIA adalah lapangan terbang terbesar dan paling sibuk di Malaysia. Ia mempunyai dua terminal di mana salah satu daripadanya dikenali sebagai KLIA dan satu lagi dikenali sebagai KLIA2. Di Terminal Terminal A, terdapat banyak kedai-kedai bebas cukai dan laluan rekreasi di dalam bangunan. Sementara KLIA2 mempunyai kompleks membeli-belah bersepadu yang dikenali sebagai Gateway @ KLIA2. Untuk sampai ke lapangan terbang adalah mudah kerana terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam untuk ke sana.
2. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz ShahOrang tempatan sering memanggil tempat ini sebagai Lapangan Terbang Subang. Lapangan Terbang Subang pernah menjadi lapangan terbang utama di Malaysia dari tahun 1965 hingga 1998 sehingga ia digantikan dengan KLIA. Lapangan terbang ini terletak di Subang, daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Ia menyediakan perkhidmatan penerbangan umum, domestik dan antarabangsa. Lapangan terbang ini mendapat nama daripada Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesebelas dan Sultan Selangor yang kelapan. Firefly, Malindo Air, Berjaya Air dan Raya Airways menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub mereka. Pengangkutan awam boleh digunakan untuk pergi ke Lapangan Terbang Subang bagi pengujung yang tidak mahu memandu sendiri.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Kuala Lumpur?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Kuala Lumpur. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Kuala Lumpur.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Kuala Lumpur?

Waktu yang tidak sesuai adalah sekitar bulan Mac hingga April dan September hingga November kerana hujan yang lebat. Sementara itu, waktu kemuncak untuk melawat Kuala Lumpur pula adalah sekitar bulan Jun, Julai dan Ogos. Sekiranya anda merancang perjalanan dengan baik, anda boleh menjimatkan banyak wang kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim kemuncak adalah agak tinggi. Masa terbaik untuk melawat Kuala Lumpur adalah sekitar bulan Mei hingga Julai kerana pada masa tersebut, Malaysia mempunyai cuaca yang sekata di seluruh negara. Musim kering pada waktu ini akan menyebabkan langit yang cerah dan amat sesuai untuk melakukan banyak aktiviti luar.
Kuala Lumpur mempunyai iklim hutan hujan tropika iaitu musim kering yang lebih pendek dan taburan hujan biasanya banyak sepanjang tahun. Kebiasaannya, ia akan menjadi hangat dan cerah kecuali semasa musim monsun timur laut dari bulan Oktober hingga Mac dengan penerimaan hujan sepanjang hari. Suhu adalah lembap dan panas tetapi ia seimbang semasa hujan. Suhu maksimum purata di Kuala Lumpur adalah sekitar 32 hingga 35 darjah Celcius, manakala purata minimum adalah sekitar 23.4 hingga 24.6 darjah Celcius. Kuala Lumpur mengalami musim monsun. Semasa sekitar bulan Mac hingga September, cuaca akan menjadi panasdan ia merupakan bulan paling hangat sepanjang tahun.
Di Kuala Lumpur, anda boleh menikmati pelbagai perayaan kerana Malaysia merupakan sebuah negara multikultural yang terdiri daripada bangsa Melayu, India, Cina, Eurasia, kumpulan pribumi semenanjung dan Borneo Utara. Semasa Tahun Baru Cina, anda harus berkunjung ke Jalan Petaling untuk menonton tarian singa yang terkenal. Semasa perayaan Thaipusam, anda dapat melihat aktiviti keagamaan yang dilakukan semasa perayaan ini. Hari Raya Aidilfitri pula merupakan perayaan yang dirayakan oleh orang Islam setelah berpuasa selama satu bulan pada bulan Ramadan. Pada masa ini, rumah terbuka diadakan untuk menjemput orang ramai bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan tetamu. Hari Kebangsaan pula di mana semua rakyat Malaysia akan merayakan hari ini kerana mengingati Hari Kemerdekaan Malaysia yang bebas daripada pemerintahan British. Oleh itu, jika anda berada di Kuala Lumpur pada masa-masa tersebut, jangan lepaskan peluang untuk merayakan perayaan-perayaan ini.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Kuala Lumpur?

1. Menara Berkembar Petronas - Menara kembar adalah salah satu mercu tanda Kuala Lumpur. Pada tingkat 41 dan 42 terdapat jambatan yang menghubungkan dua menara ini. Pada tingkat bawah menara, terdapat Suria KLCC. Suria KLCC adalah pusat membeli-belah yang mempunyai banyak tarikan termasuk galeri seni, akuarium bawah air dan juga pusat Sains. Berhampiran Petronas Towers terdapat Taman KLCC yang dibina untuk memberikan suasana kehijauan pada Menara Berkembar Petronas ini.
2. Taman Eko KL - Taman ini terletak di tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan ia sangat kecil yang padat. Untuk pelancong yang ingin menikmati pengalaman hutan hujan tanpa keluar dari Kuala Lumpur, Taman Eko KL adalah destinasi yang sesuai. Jika anda ingin menikmati masa anda di sana, anda boleh mencuba berjalan di atas kanopi untuk menuju ke Menara KL. Pengalaman ini pasti sangat menyeronokkan.
3. Dataran Merdeka – Dataran Merdeka adalah tempat di mana bendera Malaysia mula-mula dikibarkan. Tempat ini mempunyai salah satu tiang bendera yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 95 meter. Perayaan Hari Kemerdekaan dan perarakan sering diraikan di sini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka