PromosiPeti MasukSimpanTempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google

Pengesahan Diperlukan

Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:

1
2

Penerbangan murah ke Kuching (KCH)

Tiket Penerbangan
Penerbangan + Hotel
Pengangkutan L/Terbang

Tiket Pesawat Murah ke Kuching, Malaysia

Sarawak terkenal dengan hutan simpan, beraneka budaya, penduduk-penduduk tempatan yang mesra dan warisan pengembaraannya. Bandar Kuching adalah ibu kota Sarawak dan titik masuk pertama bagi pelancong yang datang dari Semenanjung Malaysia yang ingin melawat Borneo. Walaupun ia merupakan bandar terbesar di Borneo dan bandar keempat terbesar di Malaysia, penduduk tempatan dengan bangganya mengekalkan kebersihan bandar mereka dan mengekalkan suasana bandar kecil di bandaraya ini.


Lapangan Terbang di Kuching


1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH)

KCH adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan ke seluruh kawasan barat daya Sarawak, Malaysia. Ia terletak 11 km selatan pusat bandar Kuching. Lapangan terbang itu merupakan hab kedua untuk Malaysia Airlines dan AirAsia dan mengendalikan sejumlah penerbangan domestik dan antarabangsa. Bandar Kuching adalah sejauh kira-kira 20 minit pemanduan. Bagi mereka yang memerlukan teksi boleh membeli kupon kadar tambang tetap, RM 26, dari kaunter kupon teksi yang berada di luar dewan Ketibaan. Teksi pra-bayar anda boleh membawa anda terus ke hotel atau mana-mana destinasi anda di bandar Kuching. Terdapat Wi-fi percuma di lapangan terbang untuk mereka yang berniat menggunakan perkhidmatan applikasi pengangkutan seperti Grab. Perjalanan ke atau dari lapangan terbang akan dikenakan bayaran antara RM 9-RM 23 bergantung pada masa dan keadaan lalu lintas.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Kuching?


Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Kuching. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Kuching.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Kuching?


Kuching, yang terletak berdekatan dengan garisan khatulistiwa, mengalami iklim tropika di mana ia tidak terlalu panas, berudara lembap dan mengalami musim hujan yang sekali-sekala. Suhu hamper kekal berterusan sepanjang tahun di antara 27-32°C. Walau bagaimanapun, masa terbaik untuk melawat Kuching tidak dapat dinafikan adalah pada musim kemarau iaitu di bulan Jun hingga Ogos. Suhu di Kuching, walaupun udaranya sedikit lembap, cukup menyenangkan untuk bersiar-siar sepanjang hari dan bersantai tanpa perlu bimbang tentang hujan lebat. Pelancong dinasihatkan supaya mengelak melawat Sarawak semasa musim tengkujuh yang bermula dari bulan November hingga Febuari. Pelancong juga perlu mepertimbangkan untuk melawat Sarawak sepanjang bulan Jun dan Julai kerana terdapat beberapa perayaan yang akan berlaku pada masa ini seperti Festival Gawai Dayak (1 & 2 Jun) dan Festival Padawan (akhir Jun hingga awal Julai).


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Kuching?


Kuching sering menarik pelancong-pelancong yang menyukai alam semula jadi di mana mereka akan menggunakan bandar ini sebagai hentian pertama mereka. Pengembara juga sering jatuh cinta dengan suasana bandar kecilnya dan budaya-budaya dan tradisi etnik suku kaum Sarawak yang kaya dan pelbagai. Berikut adalah tiga lokasi yang harus dilawati di Kuching:


1. Kuching Waterfront – Kawasan ini merupakan salah satu kawasan yang paling tenang dan menyegarkan di Kuching. Waterfront ini sebelum ini hanyalah sebuah tebing sungai yang dipenuhi dengan gudang-gudang tua dan bangunan-bangunan usang tetapi kemudiannya dibaikpulih di atas keputusan majlis bandar. Kawasan waterfront itu kini menjadi laluan sepanjang 1km untuk memudahkan pengunjung menghabiskan masa lapang. Ia telah menjadi kawasan yang popular untuk penduduk-penduduk tempatan dan juga pelancong. Pada waktu malam ia dihiasi dengan lampu-lampu ditambah pula dengan udara sejuk yang menyegarkan serta kafe-kafe yang menghidangkan minuman ringan telah membuatkan ia menjadi salah satu destinasi romantis yang paling digemari di Kuching. Selain dari pemandangan malam, para pelancong boleh bersiar-siar dan mengagumi bangunan-bangunan warisan seperti The Steamship Company Sarawak dan Menara Square yang juga menambah daya tarikan lokasi ini.


2. Kampung Budaya Sarawak - Kampung budaya Sarawak terletak sekitar 40 minit di luar Kuching dengan keluasan sekitar 17 ekar di kaki Gunung Santubong. Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup dengan paparan-paparan kebudayaan yang menarik. Terdapat pameran pelbagai gaya kebudayaan di rantau ini berserta pameran rumah-rumah tradisional dan gaya hidup suku-suku kaum berbeza di Sarawak. Pengunjung boleh mengalami intipati setiap budaya dan mendalami gaya hidup di pedalaman. Terdapat juga pertunjukan tarian kebudayaan yang dilakukan oleh pelbagai kaum sambal mempamerkan bakat mereka untuk memberikan gambaran tentang warisan mereka yang kaya. Selain itu terdapat pelbagai koleksi kraftangan yang terdapat di sini seperti Kain Songket, parang Iban, tambok Bidayuh, terandak Melanau, Pua Kumbu (tekstil suri rumah), ukiran kayu Orang Ulu dan banyak lagi.


3. Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh - Pusat ini terletak kira-kira 21-kilometer ke selatan Kuching. Pusat ini menumpukan usaha pemulihan untuk Orangutan dengan menjaga anak-anak orangutan dan orang utan yatim sejak pembukaannya pada tahun 1975. Orangutan berbulu perang boleh kelihatan berkeliaran di kawasan terlindung pusat ini. Pusat ini hanya dibuka selama 4 jam setiap hari dari 8-10 pagi dan 2-4 petang. Walau bagaimanapun, tetamu yang ingin melihat masa makan orangutan-orangutan di sini boleh melawat pusat ini di antara 9-10 pagi atau 3-4 petang. Anda juga boleh bekerja sebagai sukarelawan dan menghabiskan 2 hingga 4 minggu untuk membantu dalam projek pemuliharaan Orangutan di Taman Nasional Kubah.


Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
Getting To and From the Airport
Finding a ride to or from the airport in Kuching can be a challenge. Luckily, now you can book your airport transport in advance with the Traveloka app. Partnering only with trusted transportation providers, we ensure your airport trip to be worry-free. Take a look at our various transport options and find one that best suits your needs.

ALLSTAR TRAVEL & TOURS SDN. BHD. No. Pendaftaran 200001008213 (510819-T), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2019 Traveloka
24 Jam Khidmat Pelanggan+6037 7243 501 atau +6032 1091 800
Perlu Bantuan?