Penerbangan murah ke Lianyungang (LYG)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Lianyungang (LYG)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Kuala Lumpur (KUL) → Lianyungang (LYG)
China Southern Airlines
Khamis, 25 Apr 2024
RM 766.62
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Lianyungang (LYG)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 1,909.01
Guangzhou (CAN) → Lianyungang (LYG)
Sichuan Airlines
Khamis, 23 Mei 2024
RM 4,598.02
Hanoi (HAN) → Lianyungang (LYG)
Penerbangan
Sabtu, 11 Mei 2024
RM 8,438.16

Tiket Pesawat Murah ke Lianyungang, China

Lianyungang adalah sebuah bandar peringkat wilayah yang terletak di Daerah Jiangsu, China. Bandar ini menghadap Laut Kuning, bersempadan dengan Semenanjung Korea dan Jepun. Bagi mereka yang mengetahui cerita novel klasik Journey to the West, Raja Monyet dinyatakan berasal dari bandar bergunung ini. Oleh kerana lokasinya yang strategik, Lianyungang aktif dalam aktiviti ekonomi, budaya dan pelancongan.

Lapangan Terbang di Lianyungang

Lapangan Terbang Lianyungang Baitabu

Lapangan Terbang Lianyungang Baitabu adalah lapangan terbang utama yang berkhidmat untuk Lianyungang. Lapangan terbang ini mempunyai dua kegunaan isitu untuk perkhidmatan awam dan juga tentera. Pada tahun 2018, lapangan terbang itu berkhidmat untuk kira-kira 1.5 juta penumpang. Sehingga kini, terdapat 14 syarikat penerbangan tempatan yang beroperasi di Lapangan Terbang Lianyungang untuk destinasi domestik sahaja. Syarikat penerbangan yang beroperasi di sini termasuk Air China, China Eastern Airlines, China Southern Airlines, China United Airlines, Hebei Airlines, Okay Airways dan XiamenAir. Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Lianyungang, tetapi anda tidak perlu risau. Pelawat dari Kuala Lumpur boleh mengambil penerbangan transit untuk sampai ke bandar ini. Sebaik sahaja anda tiba di Lapangan Terbang Lianyungang, anda boleh mengambil pengangkutan tempatan untuk menuju ke pusat bandar.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Lianyungang?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Lianyungang. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Lianyungang.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Lianyungang?

Lianyungang mempunyai iklim hangat subtropika yang dipengaruhi oleh laut. Musim sejuk di Lianyungang adalah kering dengan purata suhu sekitar 9 darjah Celsius. Hari paling sejuk pada musim sejuk biasanya berlaku pada bulan Januari dengan suhu serendah -3 darjah Celcius. Musim panas adalah panas dan lembap dengan suhu maksimum 33 darjah Celsius. Cuaca hujan dan berangin juga biasanya berlaku pada musim panas, terutamanya sekitar bulan Julai dan Ogos. Untuk keselesaan perjalanan anda, musim bunga atau musim luruh merupakan masa yang terbaik untuk melawat Lianyungang kerana cuaca adalah lebih sederhana dalam tempoh ini.

Perayaan di Lianyungang disambut mengikut kalendar Lunar Cina. Seperti bandar-bandar lain di China, Lianyungang merayakan Festival Tahun Baru Cina dan Festival Tanglung yang berlaku pada bulan lunar pertama dengan tarian singa berwarna-warni dan paparan cahaya tanglung yang besar. Pesta kebudayaan Journey to the West juga terkenal di sini, disambut di Gunung Huaguo pada akhir bulan September. Festival ini termasuk pameran Journey to the West, pameran puisi, fotografi dan lukisan. Perayaan Magnolia juga dirayakan di Lianyungang setiap 10 hingga 14 April di kawasan indah daerah Donglei di mana pameran seni dan budaya bertemakan pokok magnolia dapat dilihat oleh para pengunjung. Lianyungang juga menganjurkan Festival Layang-Layang Antarabangsa di mana pelbagai jenis layang-layang termasuk layang-layang naga diterbangkan di langit. Festival ini turut menampilkan persembahan oleh seniman dan akrobat tempatan untuk menghiburkan para pengunjung.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Lianyungang?

Lianyungang adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di China. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

Huaguoshan - Huaguoshan atau Gunung Huaguo bermakna kaya dengan bunga dan buah-buahan dalam bahasa Cina. Terletak hanya 9 kilometer dari pusat bandar, pengunjung boleh melawat lebih dari 100 kawasan pemandangan indah yang berkaitan dengan Raja Monyet dari cerita Journey to the West. Antara pemandangan menakjubkan yang boleh dilihat di sini adalah di Gua Tirai Air, Gerbang Langit Selatan, Yixiantian dan Pagoda Asoka. Kemasukan ke kawasan ini berharga CNY 100 (RM 60).

Pulau Lian - Pulau Lian adalah pulau berhutan yang terletak di dalam Teluk Haizhou di Laut Kuning. Di antara pulau dan tanah besar adalah tambak laut terpanjang di China pada 6.7 kilometer. Pulau Lian sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pemandangan alam yang tenang. Di sini, anda boleh berehat di pantai Dashawan yang dikenali sebagai salah satu pantai terbaik di China. Pelawat berpasangan juga kerap melawat Taman Semulajadi Sumawan untuk mengambil gambar romantis yang berhadapan dengan pantai yang indah.

Kawasan Indah Yuwan - Satu lagi pemandangan alam semulajadi yang indah dapat dilihat di Lianyungang adalah di Kawasan Pemandangan Yuwan. Anda pasti akan menikmati pemandangan air terjun dan formasi batuan di sini. Bayaran kemasukan ke kawasan indah ini hanya berharga CNY 40 (RM 24).

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved