Penerbangan murah ke Lima (LIM)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Lima (LIM)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Miami (MIA) → Lima (LIM)
American Airlines
Isnin, 06 Mei 2024
RM 1,276.90
Madrid (MAD) → Lima (LIM)
Air France
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 2,800.46
Paris (CDG) → Lima (LIM)
Penerbangan
Jumaat, 26 Apr 2024
RM 8,255.93
Bali / Denpasar (DPS) → Lima (LIM)
Penerbangan
Selasa, 30 Apr 2024
RM 8,592.38
Madrid (MAD) → Lima (LIM)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 14,655.54

Tiket Pesawat Murah ke Lima, Peru

Lima terkenal dengan Historic Center yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1988 berikutan banyaknya bangunan kolonial yang telah ada sejak zaman penjajahan Sepanyol lagi. Berbagai-bagai bangunan bersejarah di sini telah dibina pada hari-hari awal pembukaan bandar Lima dan terletak berdekatan satu sama lain, yang membolehkan akses mudah untuk menerokai kesemua bangunan tersebut. Terletak di lembah-lembah sungai Chillón, Rímac dan Lurín, ibu negara Peru ini adalah kawasan metropolitan yang paling ramai penduduk di seluruh negara serta yang ketiga terbesar di kawasan Amerika. Sejak penubuhannya pada tahun 1535, Lima telah menjadi pusat politik, budaya, kewangan dan perdagangan Peru, oleh itu, ianya tidak menghairankan apabila Lima disenaraikan sebagai bandar tahap "beta".

Lapangan Terbang di Lima

Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chávez

Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chávez atau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Lima-Callao adalah lapangan terbang antarabangsa dan domestik utama bagi Peru. Terletak di Callao yang berada kira-kira 11 kilometer jauhnya dari pusat bandar Lima, nama lapangan terbang yang sekarang adalah berdasarkan pelopor penerbangan Peru yang bernama Jorge Chávez. Berada di ketinggian 34 meter, lapangan terbang itu mempunyai landasan yang panjangnya 3,507 meter dan diperbuat daripada asfalt. Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chávez juga mempunyai terminal utama yang diperluas yang terdiri daripada 28 buah pintu, dengan terminal kedua sedang dirancang untuk dibangunkan. Di samping itu, ia mempunyai lounge premium, salun eksklusif dan sambungan mudah ke Lima Metro manakala bas-bas disediakan oleh Airport Express Lima. Sebagai Lapangan Terbang Terbaik di Amerika Selatan dari tahun 2010 hingga 2012, ia merupakan hab utama untuk Avianca Peru, LATAM Perú, Peruvian Airlines, Sky Airline, Star Perú dan Viva Air Perú. Ia juga berkhidmat untuk pelbagai syarikat penerbangan antarabangsa lain, termasuk American Airlines, British Airways dan KLM untuk penerbangan penumpang ke dan dari Kuala Lumpur dengan anggaran bajet berkisar sekitar 6,004 ringgit ke 6,300 ringgit.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Lima?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Lima. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk diberitahu tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Lima.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Lima?

Musim bukan puncak di Lima adalah sekitar musim panas yang kebiasannya berlangsung dari bulan Disember hingga Mac kerana peningkatan hujan. Walaupun ini boleh menjadi masalah bagi sesetengah orang, jika anda tidak kisah tentang hujan, ini boleh menjadi masa yang tepat untuk mendapatkan tawaran yang baik dan melawat tempat-tempat tarikan pelancong dengan jumlah orang ramai yang berkurangan. Ini bermakna anda boleh menjimatkan wang anda kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim puncak akan selalu menelan belanja yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, jika anda berniat untuk datang pada waktu terbaik, musim puncak di Lima adalah dari Mei hingga September semasa musim sejuk di mana ia lebih kering dan cuacanya juga lebih menyenangkan.

Lima mempunyai iklim padang pasir, tetapi suhunya kebiasaannya akan berada hampir dengan iklim subtropika kerana jarak yang berdekatan dengan Lautan Pasifik. Hujan biasanya berkisar antara 640 milimeter setahun dengan bulan-bulan Julai dan Ogos yang mempunyai kadar hujan tertinggi. Semasa musim panas, kemungkinan suhu mencecah setinggi 33.4 darjah Celcius, manakala semasa musim sejuk, suhu akan turun sehingga serendah 8.4 darjah Celsius. Kelembapan relatif selalunya adalah tinggi, iaitu sekitar 80% ke atas, manakala jam cahaya matahari selama setahun adalah sekitar 1284 jam. Selain musim panas, kejadian El Niño juga akan mencetuskan peningkatan suhu.

Sebagai Ibukota Gastronomi Amerika, Lima pastinya mempunyai cara sendiri untuk meraikan makanan. Perayaan makanan utama di sini yang anda boleh sertai untuk melihat dan menikmati masakan Peru yang asli adalah Festival Mistura yang melibatkan kira-kira 200 vendor dari seluruh negara. Ia diadakan setiap tahun pada bulan September. Terdapat juga beberapa acara lain yang diadakan di Lima setiap tahun seperti Adoración de Reyes Magos, Carnaval, Semana Santa, Lima Marathon dan banyak lagi.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Lima?

Sebagai ibu negara Peru yang mempunyai sejarah yang kaya terutamanya ketika di bawah penjajahan Sepanyol, Lima pasti mempunyai banyak tempat menarik dan bersejarah yang boleh ditawarkan kepada para pelancong yang ingin meneroka bandar ini.

Main Square of Lima – Main Square Lima atau juga dikenali sebagai Plaza Mayor atau Plaza de Armas Lima adalah dataran penting di Lima, kerana di sinilah bandar Lima dilahirkan. Malahan pada hari-hari awal Lima, perancangan bandar dibuat untuk mengikuti kawasan yang berpusat di sekitar plaza ini. Ianya berbaloi untuk diterokai dan dilawati untuk mengamati sejarah Lima.

Historic Center of Lima – Terletak di pusat bandar, Historic Center of Lima terdiri daripada beberapa buah bangunan yang telah didirikan semasa permulaan Lima sebagai sebuah bandar, seperti Archbishop Palace, Museum of Italian Art Basilica Cathedral, Government Palace dan banyak lagi. Reka bentuk bangunan-bangunan ini yang mengagumkan telah menarik banyak pengunjung pada hari ini.

Cathedral of Lima – Juga dikenali sebagai Lima Cathedral, katedral Roman Katolik ini telah beroperasi sejak tahun 1649, dan telahpun bertahan dengan pelbagai aktiviti pembinaan semula dan transformasi yang masih mengekalkan sebahagian besar struktur dan fasad kolonialnya. Didedikasikan kepada St John, Apostle dan Evangelist, ia masih aktif sehingga hari ini dengan kepimpinan yang ditempatkan di bawah Uskup Agung Lima.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved