Penerbangan murah ke Linkoeping (LPI)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Linkoeping (LPI)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Helsinki (HEL) → Linkoeping (LPI)
KLM
Rabu, 29 Mei 2024
RM 968.34
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Linkoeping (LPI)
Air France
Ahad, 26 Mei 2024
RM 4,459.97

Tiket Pesawat Murah ke Linkoeping, Sweden

Linkoeping merupakan sebuah bandar di Selatan Sweden. Mengikut bancian yang dilakukan pada tahun 2018, Linkoeping mempunyai penduduk seramai 158,841 orang. Linkoeping merupakan bandar ketujuh terbesar di Sweden. Linkoeping juga merupakan tempat letaknya ibu kota Wilayah Ostergotland. Linkoeping juga merupakan pusat rantau kebudayaan lama. Linkoeping juga telah merayakan ulang tahunnya untuk kali ke-700 pada tahun 1987. Anda boleh melihat pemandangan kota Linkoeping dari katedral Domkyrka. Kini, Linkoeping dikenali dengan university dan industri teknologi tingginya. Linkoeping juga ingin mewujudkan pembangunan bandar yang mampan dengan merancang untuk menjadi komuniti bebas karbon menjelang tahun 2025. Linkoeping ini terletak di dataran Ostergotland. Linkoeping juga terletak berhampiran dengan Norrkoping yang berada kira-kira 40 km ke Timur berhampiran laut.

Lapangan Terbang di Linkoeping

1. Lapangan Terbang Linkoeping

Lapangan terbang ini merupakan Lapangan Terbang Linkoeping atau pun Lapangan Terbang Saab. Walau bagaimanapun, lapangan terbang ini dijenamakan semula menjadi Lapangan Terbang Linkoeping. Ia terletak di Linkoeping, Sweden. Lapangan terbang ini berkhidmatan untuk Linkoeping, Sweden. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang awam yang dikongsi bersama syarikat Saab. Terdapat penerbangan setiap hari disediakan oleh KLM untuk ke Amsterdam. Tiada penerbangan terus daripada Malaysia untuk ke Linkoeping. Anda perlu menaiki penerbangan untuk ke Amsterdam terlebih dahulu sebelum membuat perjalanan ke Linkoeping.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Linkoeping?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Linkoeping. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Linkoeping.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Linkoeping?

Waktu puncak dan sibuk di Linkoeping adalah pada bulan Ogos diikuti dengan bulan Mei dan Jun. Harga hotel dan juga tiket penerbangan akan menjadi lebih mahal daripada bulan-bulan yang lain. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan tawaran yang menarik sekiranya anda menempah tiket penerbangan atau penginapan dengan lebih awal. Bulan yang kurang dengan pelancong adalah pada bulan Disember. Anda boleh mendapatkan tiket penerbangan dan hotel yang murah sekiranya anda berkunjung ke Linkoeping pada bulan itu.

Linkoeping mempunyai iklim kontinental lembap. Linkoeping mempunyai suhu yang lebih sejuk pada musim panas berbanding kawasan lain yang berhampiran dengan Lembah Malar. Kebiasaannya, suhu pada musim panas di Linkoeping adalah sekitar 20 °C manakala suhu pada musim sejuk kebiasaanya berada di atas paras beku pada waktu siang. Pada waktu malam pula, suhu akan berada di bawah paras beku.

Anda boleh melawat Linkoeping pada bulan Mei untuk menyaksikan Student Orchestra Festival yang dianjurkan pada setiap tahun oleh Linkoping Symphony Orchestra. Anda juga boleh berkunjung ke Linkoeping pada bulan Disember untuk meraikan Hari Natal dan juga sambutan Tahun Baru bersama penduduk tempatan di sana.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Linkoeping?

1. Muzium Tentera Udara Sweden - terletak di Pangkalan Udara di Malmslatt. Ia berada betul-betul di luar Linkoping, Sweden. Malmen adalah lokasi di mana Baron Carl Cederstrom, atau pun dikenali sebagai Flyer Baron mengasaskan sekolah penerbanganya pada tahun 1912. Pangkalan Udara Malmen ini merupakan rumah kepada Royal Swedish Airschool yang mengendalikan pelatih jet SAAB 105. Pada tahun 2010, Muzium Tentera Udara Sweden ini diperkembangkan dan dibina semula. Muzium Tentera Udara Sweden mempunyai kawasan pameran yang dibahagikan mengikut tema yang berbeza. Tema satu adalah perintis dalam penerbangan di mana pameran ini menggambarkan perkembangan awal sejarah penerbangan Sweden. Tema dua pula menggambarkan penubuhan Angkatan Udara Sweden. Anda boleh melihat pelbagai pameran termasuk pesawat yang ditunjukkan di dalam muzium tiga tingkat itu. Anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat muzium ini.

2. Gereja Linkoping - gereja ini berusia kira-kira 800 tahun. Walau bagaimanapun, sejarah gereja ini bermula pada abad ke-11. Gereja ini pada awalnya dibina dengan menggunakan kayu. Pada tahun 1120, gereja ini dibina semula menggunakan batu. Pada tahun 1230, gereja ini perlu dikembangkan untuk menjadi lebih besar. Gereja ini kemudiannya dikembangkan ke Timur. Penambahan gereja ini dibuat berikutan penobatan Raja Valdemar pada tahun 1251. Bangunan utama gereja ini kini mempunyai kepanjangan sepanjang 110 meter dan ketinggian menara setinggi 107 meter. Pada tahun 1546 dan 1567, gereja ini mengalami kebakaran yang merosakkan bumbung menara gereja itu. Kemudian, menara itu dibina semula pada tahun 1747, 1758, 1877 dan 1886 oleh Helgo Zettervall. Bumbung menara itu ditutup dengan kepingan tembaga.

3. Istana Linkoping - anda boleh berkunjung ke Istana Linkoping ketika anda berada di Linkoeping. Istana ini merupakan istana yang terletak di Wilayah Ostergotland, Sweden. Ia terletak betul-betul bersebelahan dengan Gereja Linkoping. Anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat istana yang bersejarah ini ketika anda berada di Linkoeping.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Linkoeping

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved