Penerbangan murah ke London (LHR)

Cari dan tempah penerbangan murah ke London (LHR)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Mumbai (BOM) → London (LHR)
IndiGo
Rabu, 27 Mac 2024
RM 1,543.07
Pulau Pinang (PEN) → London (LHR)
Penerbangan
Jumaat, 05 Apr 2024
RM 2,565.96
Phuket (HKT) → London (LHR)
Penerbangan
Khamis, 11 Apr 2024
RM 4,432.84
Bali / Denpasar (DPS) → London (LHR)
Penerbangan
Selasa, 09 Apr 2024
RM 6,694.44

Tiket Pesawat Murah ke London, England

London adalah kota terbesar dan merupakan ibukota England. London dinamakan bandar paling kuat di dunia, paling dikehendaki, paling berpengaruh, paling mahal, inovatif, lestari, paling mesra pelaburan, yang paling popular untuk kerja dan bandar paling mesra vegetarian di dunia. Terdapat empat Tapak Warisan Dunia di London. London mempunyai keretapi bawah tanah yang tertua di dunia iaitu Underground London. London pernah dilanda kebakaran yang sangat besar yang dikenali sebagai The Great Fire of London. Kebakaran itu berlaku dari hari Ahad, 2 September hingga Khamis, 6 Semptember 1666.

Lapangan Terbang di London

1. Lapangan Terbang HeathrowLapangan terbang ini adalah lapangan terbang antarabangsa utama yang berhampiran London, United Kingdom. Diiktiraf sebagai lapangan terbang kedua paling sibuk di dunia berdasarkan trafik penumpang antarabangsa serta lapangan terbang paling sibuk di Eropah berdasarkan trafik penumpang dan lapangan terbang ketujuh paling sibuk di dunia berdasarkan jumlah keseluruhan trafik penumpang. British Airways menjadikan Lapangan Terbang Hearhrow sebagai hab utamanya. Lapangan Terbang Heathrow ini terletak 23 km di Barat London. Ia mempunyai dua landasan dan empat terminal operasi yang meliputi keluasan sebanyak 12.27 km persegi. Lapangan terbang ini dimiliki dan dikendalikan oleh Heathrow Airport Holdings.
2. Lapangan Terbang GatwickLapangan terbang antarabangsa yang utama berdekatan Crawley di Wesr Sussex, Tenggara England, 47.5 km di Selatan Pusat Bandar London. Di United Kingdom, ia merupakan lapangan terbang yang kedua sibuk, manakala di Eropah, Lapangan Terbang Gatwick menjadi lapangan terbang kelapan tersibuk. Lapangan terbang ini mempunyai dua terminal, Selatan dan Utara. Kedua-dua terminal mempunyai kedai dan restoran. Semua tempat tersebut boleh diakses oleh penumpang yang kurang upaya. Terminal Selatan dan Utara dihubungkan untuk memudahkan penumpang di lapangan terbang tersebut. Lapangan Terbang Gatwick ini menjadi hab bagi British Airways. Ia juga menjadi hab bagi penerbangan EasyJet, Norwegian Air Shuttle, Thomas Cook Airlines, TUI Airways dan Virgin Atlantic.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke London?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke London. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke London.

Bila Waktu Terbaik untuk ke London?

Pertengahan September hingga November dan Mac hingga April merupakan “Shoulder Season”. Pada musim luruh, ramai pelancong akan datang melancong bandar London, walaupun bandar ini tidak akan panas seperti pada musim panas. Lebih mudah untuk mendapatkan tempahan hotel dan teater dan tambang penerbangan jatuh ke harga yang sangat berbaloi. Pada bulan Januari dan Febuari, suhu sejuk dan hujan lebat berlaku pada bulan-bulan ini, pelancong yang datang akan berkurangan. Mereka yang tidak keberatan dengan lembap dan dingin boleh mendapatkan tawaran hebat untuk harga tiket penerbangan dan hotel.
London mempunyai iklim lautan yang sederhana. Suhu panas di London boleh mencecah sampai 38.1 degree Celsius, manakala suhu sejuk boleh cecah ke -16.1 degree Celsius. Purata suhu London ialah 25 degree Celsius. Musim luruh dan musim bunga di London amat menyenangkan.
Kepada sesiapa yang meminati musik, London adalah tempat di mana kumpulan The Beatles merekodkan banyak muzik hits mereka. Bebrapa festival music diadakan seperti South West Four, Lovebox dan banyak lagi. Selain itu, perayaan Notting Hill Carnival juga boleh dinikmati oleh pelancong yang melawat ke London. Perayaan ini merupakan perayaan jalanan yang terbesar di Eropah. Anda boleh melihat perarakan berwarna-warni yang berarak di jalan di Barat London.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di London?

1. Coca-Cola London Eye – Pernah menjadi roda Ferris tertinggi pada tahun 1999. The London Eye adalah roda pemerhatian terletak di Bank Selatan Sungai Thames di London. Ia adalah roda pemerhatian tertinggi di Eropah, menjadi tarikan pelancong yang paling popular di United Kingdom. London Eye mempunyai ketinggian 135-meter dan roda mempunyai diameter selebar 120 meter. Mengambil masa setahun untuk membina roda Ferris tersebut dari tahun 1998 ke tahun 1999 dan dibuka untuk orang ramai pada tahun 2000.
2. Istana Buckingham – Sebuah tempat kediaman dan ibu pejabat pentadbiran raja United Kingdom. Bangunan ini terletak di Kota Westminster, selalu dijadikan tempat majlis. Sebelum ini dikenali sebagai Buckingham House. Kemudian kediaman itu dibeli oleh Raja George untuk dijadikan kediaman peribadi Permaisuri Charlotte dan dikenali sebaggai The Queen’s House.
3. The National Gallery – Sebuah muzium seni yang terletak di Trafalgar Square di Kota Westminster. Muzium ini, menempatkan koleksi lebih daripda 2,300 lukisan yang berasal dari pertengahan abad ke-13 hingga 1900. Muzium seni yang paling banyak dikunjungi di dunia. Koleksi lukisan ini hak milik kerajaan British.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka