Penerbangan murah ke Macau (MFM)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Macau (MFM)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Manila (MNL) → Macau (MFM)
Cebu Pacific
Rabu, 10 Apr 2024
RM 233.69
Singapura (SIN) → Macau (MFM)
Penerbangan
Selasa, 26 Mac 2024
RM 626.90
Pulau Pinang (PEN) → Macau (MFM)
Penerbangan
Khamis, 11 Apr 2024
RM 652.50
Kuala Lumpur (KUL) → Macau (MFM)
Penerbangan
Jumaat, 12 Apr 2024
RM 802.13
Pulau Pinang (PEN) → Macau (MFM)
Penerbangan
Selasa, 09 Apr 2024
RM 878.49
Singapura (SIN) → Macau (MFM)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 1,016.00
Clark - Pampanga (CRK) → Macau (MFM)
Penerbangan
Isnin, 25 Mac 2024
RM 1,448.87
Singapura (SIN) → Macau (MFM)
Penerbangan
Rabu, 20 Mac 2024
RM 1,471.53
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Macau (MFM)
Penerbangan
Rabu, 17 Apr 2024
RM 2,320.36

Tiket Pesawat Murah ke Macau, China

Macau adalah destinasi pelancongan unik di mana pelawat dapat mengalami pengalaman gabungan budaya Portugis dan Cina di bandar ini. Macau pernah ditakluki oleh Portugis dan dianggap sebagai wilayah Portugal di luar negara, sebelum diserahkan kepada Republik China pada tahun 1999. Pelancong pasti akan tertarik dengan pelbagai gaya seni bina di seluruh bandar serta masakan tempatan yang dipengaruhi oleh kedua-dua Cina dan Portugis. Sejak pemodenan bandar, Macau juga dikenali sebagai Las Vegas Asia.

Lapangan Terbang di Macau

Lapangan Terbang Antarabangsa Macau

Terletak di hujung timur Pulau Taipa, Lapangan Terbang Antarabangsa Macau adalah satu-satunya lapangan terbang yang berkhidmat untuk bandar ini. Lapangan Terbang Macau sering menjadi lapangan terbang transit untuk mencapai Taiwan dan tanah besar China dari negara-negara lain. Lapangan terbang itu direka untuk mempunyai kapasiti 6 juta penumpang setahun, namun ia telah menampung lebih dari 7 juta penumpang pada tahun 2017. Terdapat hampir 30 syarikat penerbangan yang kini beroperasi di Lapangan Terbang Macau untuk penerbangan berjadual dan penerbangan charter. Penumpang dari Kuala Lumpur tidak perlu bimbang kerana AirAsia menawarkan penerbangan terus ke Macau. Kedai-kedai bebas cukai, lounge lapangan terbang, Wi-Fi percuma, restoran dan perkhidmatan lain boleh didapati di terminal lapangan terbang ini. Dari Lapangan Terbang Macau, penumpang boleh menuju ke pusat bandar dengan mudah melalui pengangkutan tempatan yang terdapat di terminal. Perkhidmatan bas untuk laluan Transmac dan T.C.M. boleh diambil oleh penumpang yang ingin menuju ke Semenanjung Macau. Sebagai alternatif, penumpang juga boleh mengambil teksi untuk sampai ke destinasi anda.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Macau?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Macau. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Macau.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Macau?

Seperti iklim selatan China, Macau mengalami iklim subtropika lembap. Bandar ini mempunyai empat musim dengan musim panas dan musim sejuk yang panjang. Musim panas adalah antara bulan Mei hingga September dengan suhu antara 25 hingga 29 darjah Celcius. Hari paling hangat di musim panas boleh mencapai 32 darjah Celcius. Musim monsum juga berlaku pada musim panas yang membawa hujan dan taufan ke bandar ini. Musim sejuk adalah lebih kering dengan kadar hujan yang rendah pada suhu purata kira-kira 16 darjah Celcius. Untuk menikmati kunjungan anda di Macau dengan selesa, pelawat dinasihatkan untuk melawat Macau semasa musim sejuk.
Sekiranya anda melancong di Macau pada awal tahun, anda mungkin ingin melihat sendiri beberapa perayaan tahunan tempatan. Perayaan yang paling penting di Macau ialah Tahun Baru Cina yang selalunya berlaku pada akhir Januari atau awal bulan Februari. Juga pada bulan Februari adalah Pesta Tou Tei, tuhan bumi, yang diadakan di Kuil Pou Tai Un. Perarakan Kristian Passion of Our Lord juga diadakan pada bulan yang sama. Perayaan tradisional lain di Macau termasuklah Festival A-Ma pada bulan April, Perayaan Drunken Dragon pada bulan Mei, Festival Bot Naga pada bulan Jun, Hungry Ghost Festival pada akhir bulan Ogos atau awal September, dan Solstis Musim Sejuk pada bulan Disember. Kesemua perayaan ini mengikut kalendar lunar Cina. Perayaan moden juga diadakan di Macau seperti Festival Seni Macau pada bulan Mac, Pertandingan Pameran Bunga Api Antarabangsa pada bulan September dan Festival Muzik Antarabangsa sekitar Oktober atau November. Sekarang anda mesti terfikir bilakah waktu yang sesuai untuk pergi ke Macau kerana terdapat banyak kegembiraan yang menanti anda sepanjang tahun!

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Macau?

Macau adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.
Perkampungan Taipa - Perkampungan Taipa adalah salah satu lokasi terbaik bagi anda untuk mempelajari sejarah Macau. Pengunjung boleh mengalami gabungan warisan budaya Cina dan Portugis di perkampungan ini. Antara tarikan yang boleh anda kunjungi ialah Vila de Taipa, Muzium Taipa dan Sejarah Coloane, Our Lady of Carmo Church, Taipa Houses-Museum dan Carmo Garden. Sepanjang perjalanan anda juga boleh menemui Kuil Tin Hau, Kuil Pak Tai, Kuil I Leng dan Kuil Sam Po. Pengunjung juga tidak perlu ketinggalan mencuba hidangan tempatan dan membeli-belah di kedai-kedai tempatan di sini.
Ruins of the Church of St Paul - Salah satu ikon paling penting dan berharga di Macau adalah Ruins of the Church of St Paul. Asalnya dibina oleh pelarian Kristian Jepun dan petukang China pada tahun 1600-an, gereja itu termusnah dalam kebakaran pada tahun 1835 dan meninggalkan dinding dan tangga yang terdiri seperti apa yang dilihat hari ini. Pelawat dapat melihat ukiran berunsur Kristian dan Oriental serta tulisan kanji Jepun. Pusat Bersejarah Macau, di mana Ruins of the Church of St Paul berada, tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Kuil A-Ma - Kuil A-Ma adalah salah satu kuil tertua di Macau dan dikatakan sebagai asal nama Macau. Kuil ini dibina untuk menyembah Mazu, dewi laut Cina. Kuil ini mempunyai enam bahagian utama termasuk bahagian tertua kuil, Hall of Benevolence. Kuil A-Ma juga terletak di Pusat Sejarah Macau.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Aktiviti Menarik di Macau

Xperience Lain di Macau


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka