PromosiSimpanTempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google

Pengesahan Diperlukan

Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:

1
2

Penerbangan murah ke Male (MLE)

flightSearch
tripSearch
airportTransportSearch

Tiket Pesawat Murah ke Male, Maldives

Male adalah bandar yang terletak di negara Republic of Maldives. Ia merupakan ibu kota Republic of Maldives. Male mempunyai penduduk sebanyak 133,412 menjadikan ia sebuah bandar yang paling rami penduduk. Ia mempunyai kawasan seluas 9.27-kilometer persegi dan merupakan salah satu bandar yang terpadat dengan penduduk di dunia. Secara geografi, bandar ini terletak di pinggir Selatan Atol Male Utara. Pada waktu dahulu, ia adalah bandar berdinding yang dikelilingi oleh kubu-kubu dan gerbang. Sebelum ini, Male diperintah oleh kerajaan monarki dan pada tahun 1968 kerajaan tersebut dimansuhkan.


Lapangan Terbang di Male

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Velana

Sebelum ini dikenali sebegai Lapangan Terbang Antarabangsa Ibrahim Nasir dan juga dikenali Lapanangan Terbang Antarabangsa Male. Lapangan Terbang Antarabangsa Velana merupakan lapangan terbang utama di Maldives dan bandar Male. Ia terletak berhampiran pulau Male, di Pulau Hulhule di Utara Atol Male. Lapangan terbang ini dibuka pada 19 Oktober 1960. Pada taun 1972, Maldives dikunjungi oleh ramai pelancong. Jadi, mereka memerlukan lapangan terbang berstandard antarabangsa untuk mengangkut pelancong ke pulau-pulau peranginan. Presiden ke-2 Maladives iaitu Ibrahim Nasir merupakan pengasas lapangan terbang ini.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Male?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Male. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Male.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Male?

Musim puncak di Male berlaku antara bulan Disember hingga Mac. Bulan-bulan ini merupakan musim panas di Male. Antara bulan Disember dan April, pulau ini mempunyai cuaca kering dan sedikit atau tidak hujan langsung pada masa ini. Ini menjadikannya waktu yang ideal bagi pelancong untuk melawat ke Male. Harga penerbangan dan hotel akan menjadi mahal pada bulan-bulan ini. Pada bulan Mei hingga Ogos, pelancong kurang gemar untuk melawat ke Male kerana dianggap musim hujan pada waktu ini.. Bulan-bulan ini menjadikan musim rendah untuk peancongan di Male. Walaubagaimanapun, beberapa pusat peranginan akan menawarkan tawaran hebat pada masa ini bagi pelancong. Kepada sesiapa yang mahu berjimat, musim ini amatlah berbaloi untuk mengunjungi Male. Peluncur ombak akan menikmati bulan-bulan ini kerana gelombang ombak yang besar dan mereka boleh meluncur ombak di situ. Untuk pelancong yang tidak kisah tentang cuaca dan lebih berminat untuk menyaksikan kehidupan laut, Mei dan November dianggap sebagai masa terbaik untuk melawat Male.


Male mempunyai iklim monsun tropika dan mempunyai dua musim iaitu musim kering dan musim hujan. Musim kering mempunyai sedikit hujan dan kelembapan yang lebih rendah yang berlangsung dari bulan Disember hingga April. Musim hujan adalah lebih basah, dicirikan oleh angin dan hujan kuat yang berlangsung dari Mei hingga November. Penduduk di Male dipengaruhi oleh kepercayaan Islam. Male menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Perarakan akan diadakan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri disertai musik. Jika pelawat ingin melihat acara tradisional yang diadakan semasa perayaan ini, tempat ini akan menjadi tempat yang ideal untuk dikunjungi. Selain itu, mereka turut menyambut Hari Lahir Nabi Muhammad. Hari Kebangsaan turut disambuti oleh penduduk Male.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Male?

1. Villingili - Villingili adalah sebuah pulau di Atol Male Utara. Ia dikenali sebagai Villimale dan dianggap sebagai daerah kelima Male, Maldives. Pulau ini terletak kira-kira 2 kiometer Barat pulau Male. Untuk pergi ke pulau tersebut dari Male, anda boleh menaiki feri tempatan yang beroperasi 24 jam. Menjadi tempat tarikan pelancong bagi penduduk Male dan Hulhumale. Liquid Water Sports bertempat di Villingili dan merupakan salah satu daripada beberapa pusat sukan hydro di Maldives.


2. Muzium Negara - muzium negara pertama negara dibuka pada 11 November 1952, oleh Perdana Menteri pada masa itu, Mohamed Amin Didi. Ia turut ditubuhkan pada Hari Kebangsaan Maldvides. Muzium ini mempunyai koleksi artifak sejarah yang banyak. Koleksi ini bermula dari objek batu hingga serpihan barang kuno dari zaman Buddha hingga pemerintahan raja-raja Islam. Waktu Muzium Negara ini buka setiap hari 10 pagi hingga 4 petang kecuali pada hari Jumaat. Bahagian dalam muzium telah dikekalkan dari zaman Kesultanan, termasuk tulisan tangan tulisan Al-Quran yang terukir di dinding bangunan.


3. Hukuru Miskiy – Ia merupakan sebuah masjid dan merupakan salah satu masjid tertua dan paling banyak dihias di bandar Male, Kaafu Atoll, Maldives. Ia juga dikenali sebagai Masjid Jumaat Lama. Masjid ini dibina dari batu-batu karang yang terdapat di seluruh kepulauan itu. Masjid ini ditambah ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2008 sebagai contoh seni bina laut yang unik pada sementara waktu.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
Getting To and From the Airport
Finding a ride to or from the airport in Male can be a challenge. Luckily, now you can book your airport transport in advance with the Traveloka app. Partnering only with trusted transportation providers, we ensure your airport trip to be worry-free. Take a look at our various transport options and find one that best suits your needs.

Ejen terlantik - Allstar Travel & Tours Sdn. Bhd. (510819-T), No. Lesen KPK/LN 4646, Level 14 Tower 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2019 Traveloka
24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?