Penerbangan murah ke Mamuju (MJU)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Mamuju (MJU)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Kuala Lumpur (KUL) → Mamuju (MJU)
Penerbangan
Ahad, 31 Mac 2024
RM 802.78
Singapura (SIN) → Mamuju (MJU)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 1,038.63
Singapura (SIN) → Mamuju (MJU)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 1,149.59
Singapura (SIN) → Mamuju (MJU)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 1,285.52
Singapura (SIN) → Mamuju (MJU)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 1,338.66
Seoul (ICN) → Mamuju (MJU)
Penerbangan
Rabu, 03 Apr 2024
RM 1,603.36

Tiket Pesawat Murah ke Mamuju, Indonesia

Mamuju atau juga dikenali sebagai Kota Mamuju terletak di wilayah Sulawesi Barat, Indonesia, dan turut berfungsi sebagai pusat pentadbiran bagi Kabupaten Mamuju. Walaupun merupakan pusat pentadbiran, ia adalah sebuah bandar yang tidak mempunyai autonomi. Oleh itu, hal ehwalnya banyak ditentukan oleh Kabupaten Mamuju sendiri. Sebelum ini, Mamuju adalah sebahagian dari wilayah Sulawesi Selatan. Dengan sejumlah 107,864 orang penduduk, ekonomi Mamuju kebanyakannya didorong oleh aktiviti pertanian, dengan hasil utamanya adalah nangka, rambutan, pisang dan juga nasi. Diasaskan sejak tahun 1540, demografi penduduk di sini terdiri daripada orang-orang Mandar yang merupakan majoriti di sini, bersama-sama subetnik yang lebih kecil seperti orang-orang Bugis, Toraja, Makassar dan Jawa.

Lapangan Terbang di Mamuju

Lapangan Terbang Tampa Padang

Lapangan Terbang Tampa Padang adalah lapangan terbang utama yang bertujuan untuk berkhidmat bagi kawasan Kabupaten Mamuju serta daerah-daerah dan bandar-bandar terdekat. Ia adalah lapangan terbang awam yang dimiliki oleh Kerajaan Indonesia dan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan. Berada di ketinggian 2 meter di atas paras laut, lapangan terbang itu mempunyai landasan asfalt dengan kepanjangan 2,050 meter serta kemudahan lapangan terbang asas yang lain. Antara syarikat penerbangan yang dikendalikan oleh lapangan terbang ini termasuk Garuda Indonesia, Sriwijaya Air dan Wings Air ke destinasi penerbangan seperti Balikpapan dan Makassar antara lainnya. Pelancong yang berminat untuk datang ke Mamuju mungkin perlu pergi ke Balikpapan atau Makassar terlebih dahulu sebelum memilih untuk mengambil penerbangan tempatan ke Mamuju. Kos tiket untuk ‘connecting flight’ dijangka sekitar 1,287 ringgit ke 2,630 ringgit.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Mamuju?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Mamuju dan wilayah Sulawesi Barat yang berdekatan. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Mamuju.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Mamuju?

Musim bukan puncak untuk berkunjung ke Mamuju serta kawasan berdekatan biasanya sekitar bulan Disember hingga Februari yang sangat menyulitkan jika anda bercadang untuk melawat taman negara. Namun begitu, seseorang boleh mengharapkan kos perjalanan menjadi lebih rendah jika anda melakukan perjalanan pada bulan ini. Masa puncak untuk melawat Mamuju biasanya sekitar April hingga Mei atau Oktober hingga November apabila cuaca lebih cerah, oleh itu anda boleh menjangkakan harga tiket dan penginapan akan meningkat pada masa ini. Sekiranya anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda pasti dapat menjimatkan wang anda kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim puncak pastinya akan menelan banyak wang.

Mamuju, sama sahaja seperti kawasan-kawasan lain di sekitar Indonesia dan negara-negara tetangga, mempunyai iklim hutan hujan tropika yang mana musim kering lebih pendek, dan hujan biasanya lebat sepanjang tahun. Suhu maksimum purata di Mamuju biasanya boleh mencecah sekitar 32 dan 35 darjah Celsius manakala suhu minimum purata akan mencecah serendah 23.4 dan 24.4 darjah Celcius. Bulan-bulan yang paling panas biasanya sekitar April, Mei dan Jun. Mamuju juga mempunyai kelembapan yang tinggi dengan beberapa bulan yang lebih lembap berbanding yang lain dengan kemungkinan hujan yang akan berlaku sepanjang tahun.

Apabila anda sampai ke Mamuju di salah satu kunjungan anda, anda pasti akan berharap untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang dianjurkan di sini sama seperti penduduk setempat. Memandangkan Mamuju terdiri dari berbagai etnik seperti Bugis, Jawa, Makassar, Mandar, Toraja dan banyak lagi yang mengamalkan agama yang berbeza seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha, sebagian besar acara dan perayaan di sini didasarkan pada perayaan tradisional kumpulan etnik ini serta cuti kebangsaan seperti Hari Kemerdekaan. Selain itu, bandar ini juga menyambut beberapa peristiwa yang diraikan di peringkat kebangsaan, seperti Eid Fitri, Krismas dan Tahun Baru.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Mamuju?

Pusat pentadbiran Kabupaten Mamuju ini ternyata memiliki tarikan pelancongannya yang tersendiri, terutamanya yang berkaitan dengan-tarikan semulajadi yang sememangnya hampir tak disentuh oleh aktiviti pembangunan.

Pulau Karampuang - Terletak benar-benar berhampiran dengan bandar, Pulau Karampuang adalah merupakan salah satu pulau yang indah dengan lautan biru mempesona yang sangat bagus untuk aktiviti snorkeling. Airnya bersih dan membolehkan penglihatan yang tinggi ke dalamnya, yang mana pelbagai spesies ikan dan dilihat dengan mudah dari permukaan laut. Walau bagaimanapun, ia masih belum berkembang dan dimajukan sepenuhnya, namun ini menyebabkan kos untuk snorkeling di sini lebih murah.

Bukit Jati Gentungan - Merupakan salah satu daya tarikan semula jadi yang dapat ditemui di bandar ini, bukit ini menawarkan pemandangan yang memukau dan udara segar tidak seperti di kawasan yang lain. Diuruskan oleh UPTD Wisata Gentungan, anda tidak perlu risau tentang kekurangan kemudahan kerana ianya sudah disediakan dengan baik di sini, dengan kolam renang besar, gelanggang badminton, karaoke, gelanggang futsal dan banyak lagi.

Pantai Dato - Sebuah tarikan yang agak jauh dari bandar namun masih boleh diakses dengan pengangkutan tertentu, Pantai Dato terkenal dengan pembentukan batu yang mengagumkan yang menghiasi pantai berpasir putih. Ia cukup terpencil, jadi ia boleh menawarkan pengalaman santai di pantai yang cukup menenangkan untuk kumpulan rakan-rakan dan keluarga.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka