Penerbangan murah ke Manokwari (MKW)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Manokwari (MKW)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Ambon (AMQ) → Manokwari (MKW)
Penerbangan
Sabtu, 25 Mei 2024
RM 527.66
Ambon (AMQ) → Manokwari (MKW)
Penerbangan
Ahad, 12 Mei 2024
RM 562.00
Singapura (SIN) → Manokwari (MKW)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 1,386.20
Singapura (SIN) → Manokwari (MKW)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 1,683.80
Amsterdam (AMS) → Manokwari (MKW)
Penerbangan
Rabu, 08 Mei 2024
RM 8,379.78
Amsterdam (AMS) → Manokwari (MKW)
Penerbangan
Rabu, 08 Mei 2024
RM 8,388.04

Hotel popular di Manokwari

Swiss-Belhotel Manokwari
Swiss-Belhotel Manokwari
Fajar Roon Hotel
Fajar Roon Hotel
ASTON Niu Manokwari
ASTON Niu Manokwari
Mansinam Beach Hotel
Mansinam Beach Hotel
Valdos Hotel Manokwari
Valdos Hotel Manokwari
Hotel Mulia
Hotel Mulia
Lihat lebih banyak pilihan hotel

Tiket Pesawat Murah ke Manokwari, Indonesia

Manokwari terletak di hujung barat New Guinea, merupakan pusat bagi wilayah Papua Barat dan juga pusat pentadbiran bagi Kabupaten Manokwari. Walaupun status dan kepentingannya boleh dikatakan cukup tinggi, ia adalah sebuah bandar yang tidak memiliki autonomi sendiri, oleh itu urusannya cukup banyak ditentukan oleh pihak kabupaten. Diasaskan sejak 1793 sebagai sebuah penempatan di bawah kawalan British, Manokwari kemudian ditinggalkan sebelum diambil oleh Jepun dan juga tentera Belanda. Dengan sejumlah 136,302 penduduk di kawasan bandar dan 286,079 penduduk di kawasan metro, ekonomi Manokwari kebanyakannya didorong oleh pelancongan, dengan banyak pusat peranginan yang beroperasi di sini. Di samping itu, Manokwari juga merupakan lokasi pelabuhan utama dan pusat kewangan yang penting bagi Papua Barat dan Indonesia Timur.

Lapangan Terbang di Manokwari

Lapangan Terbang Rendani

Lapangan Terbang Rendani ialah lapangan terbang yang bertujuan untuk berkhidmat bagi bandar Manokwari dan kawasannya yang terdekat, memiliki reputasi sebagai lapangan terbang terbesar dan tersibuk di wilayah Papua Barat. Ia adalah lapangan terbang awam yang dimiliki oleh Kerajaan Indonesia dan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan. Berada di ketinggian 4.6 meter di atas paras laut, lapangan terbang ini mempunyai landasan asfalt yang panjangnya sebanyak 2,000 meter. Lapangan terbang ini juga dilengkapi dengan terminal, bangunan kargo dan apron yang lebih besar, kebanyakannya baru sahaja siap dibina sejak tahun 2013. Antara syarikat penerbangan yang beroperasi di sini termasuk Batik Air, Air Express, Nam Air, Sriwijaya Air, Susi Air dan Wings Air untuk destinasi ke dan dari Ambon, Anggi, Babo, Biak, Bintuni, Fakfak, Jakarta, Makassar dan Sorong. Pelancong yang berminat untuk datang ke Manokwari mungkin perlu pergi ke bandar-bandar utama, sama ada Jakarta atau Makassar sebelum memilih untuk mengambil penerbangan tempatan ke Manokwari. Kos ‘connecting flights’ dijangka mencecah sekitar 2,641 ringgit ke 3,261 ringgit.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Manokwari?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Manokwari dan kawasan berdekatan di Bird's Head Peninsula. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Manokwari.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Manokwari?

Musim bukan puncak untuk melawat Manokwari dan juga kawasan berdekatan biasanya sekitar April yang merupakan bulan paling lembap di Manokwari dengan curahan hujan tertinggi. Oleh itu, seseorang boleh mengharapkan kos perjalanan menjadi lebih rendah jika anda ingin pergi ke Manokwari pada bulan ini. Masa puncak untuk melawat Manokwari biasanya sekitar pertengahan Ogos apabila cuaca sudah semakin selesa namun dan tidak terlalu panas untuk keluar, tetapi masih ada kemungkinan hujan akan berlaku. Anda boleh menjangkakan harga tiket dan penginapan untuk naik sekitar masa ini. Sekiranya anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda pasti dapat menjimatkan wang anda kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim puncak ini akan menelan banyak wang.

Manokwari, seperti kawasan lain di sekitar Indonesia dan negara-negara tetangga, mempunyai iklim hutan hujan tropika mana yang musim kering adalah lebih pendek, dan hujan biasanya lebat sepanjang tahun. Maka, musim kering sebenarnya boleh dikatakan tidak wujud di sini. Pemendakan tahunan ialah kira-kira 2,515 milimeter dengan bulan April memiliki taburan hujan tertinggi dengan purata sebanyak 304 mm. Suhu maksimum purata di Manokwari biasanya mencapai sekitar 29 dan 31 darjah Celsius manakala suhu minimum purata akan mencapai sekitar 21 dan 23 darjah Celcius. Perubahan suhu minimum ini selalunya normal dan dijangka berlaku sepanjang tahun. Bulan paling panas biasanya adalah bulan November dengan suhu purata 30.5 darjah Celsius, manakala bulan paling ‘sejuk’ adalah pada bulan Ogos dengan suhu purata 21.6 darjah Celcius.

Apabila di Manokwari, seseorang boleh menjangkakan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai perayaan yang disambut oleh penduduk setempat. Untuk bermula, demografi di sini terdiri daripada penduduk yang mengamalkan agama Kristian. Oleh itu, adalah sesuatu yang semulajadi untuk melihat Hari Natal yang meriah di sini, serta sambutan peristiwa-peristiwa penting Kristian yang lain seperti Hari Paskah dan hari ‘Good Friday’ selain cuti kebangsaan seperti Hari Kemerdekaan, Hari Pancasila dan Hari Buruh.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Manokwari?

Pulau Mansinam - Terletak 6 kilometer jauhnya dari bandar Manokwari, Pulau Mansinam adalah sebahagian daripada Papua Barat dan dianggap sebagai salah satu pulau yang menarik di sekitarnya dengan perairan yang jernih dan pantai yang bersih. Ia paling popular untuk aktiviti pelancongan keagamaan terutama untuk penganut agama Kristian, kerana di sinilah misionaris Jerman mula-mula mendarat pada tahun 1855 untuk memulakan penyebaran agama Kristian ke sekitar kawasan Papua.

Gunung Meja - Terletak betul-betul dekat dengan pusat bandar, Gunung Meja dinamakan sedemikian kerana ianya kelihatan seperti meja jika dilihat dari jauh! Kawasan pergunungan itu sendiri masih subur dan penuh dengan kehijauan meski berada dekat dengan bandar, oleh itu ianya pasti berbaloi diterokai apabila anda berada di bandar Manokwari.

Pantai Bakaro - Terletak hanya 30 minit jauhnya dari pusat bandar dengan memandu, Pantai Bakaro adalah salah satu pantai yang menarik yang terletak berdekatan bandar, dengan banyak resort di sekitar pantai yang membolehkan anda menginap semalaman dan menikmati angin laut. Tidak dapat dinafikan lanskap pantainya indah, dengan pantai berpasir putih dan air laut yang jernih membiru.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved