Penerbangan murah ke Medan (MES)

Aktiviti menarik di Medan

Davinci Family Reflexology Medan - Multatuli

RM 39.74
RM 35.40
Kidzlandia Delipark Medan
Kidzlandia Delipark Medan
RM 32.38
RM 30.80
Hairos WaterparkHairos Waterpark
Hairos WaterparkHairos Waterpark
RM 19.14
ZAP Clinic Cemara Asri Medan
ZAP Clinic Cemara Asri Medan
RM 352.38
RM 205.80
Cocoland Xperience Medan Fair
Cocoland Xperience Medan Fair
RM 23.55
Tour Orangutan Bukit Lawang
Tour Orangutan Bukit Lawang
RM 441.58
RM 382.80
Lihat lebih banyak pilihan aktiviti

Tiket Pesawat Murah ke Medan, Indonesia

Dengan mempunyai jumlah penduduk lebih dari 2 juta orang, Medan merupakan bandar keempat yang terbesar di Indonesia selepas Jakarta, Surabaya dan Bandung. Bandar ini terkenal dengan destinasi makanan yang terbaik di Indonesia. Selain itu, ramai pengunjung juga ingin melawat ke Medan kerana ia mempunyai kepelbagaian kaum termasuk orang India, Cina dan Batak. Medan juga merupakan sebuah pusat bagi ekonomi dan komersial. Walau bagaimnapun, ia juga menarik perhatian ramai pengunjung untuk datang ke bandar ini kerana ia mempunyai beberapa tapak warisan, tempat keagamaan, muzium dan restoran yang hebat.

Lapangan Terbang di Medan

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu

Terletak di Deli Serdang Regency, Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu adalah lapangan terbang utama yang beroperasi di Medan. Ia telah mengendalikan berjuta-juta penerbangan antarabangsa dan domestic pada setiap tahun. Antara syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang ini ialah AirAsia, Batik Air, Garuda Indonesia, Jetstar Airways, Malaysia Airlines, Lion Air, Air Wings dan banyak lagi. Terdapat juga syarikat penerbangan kargo seperti Cardig Air yang beroperas di lapangan terbang ini. Jarak antara lapangan terbang ini ke bandar Medan adalah kira-kira 37.7 kilometer. Dengan mengambil teksi, tambang teksi dikenakan sekitar Rp 167214 iaitu berharga dalam RM48.44.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Medan?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Medan. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan kos penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan dyang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik ke Medan.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Medan?

Musim kemuncak di Medan adalah pada musim kering yang berlaku sekitar bulan Mei hingga September. Manakala, pada luar musim kemuncak adalah pada musim hujan yang berlaku selepas bulan September. Waktu terbaik untuk melawat ke Medan adalah pada musim kering. Ia adalah kerana para pengunjung pelawat dapat melawat ke banyak tempat yang menarik dan pergi bersiar-siar dengan mudah. Para pengunjung juga perlu memilih tarikh yang sesuai di luar musim cuti. Ia sangat tidak disyorkan untuk melawat pada musim hujan kerana para pengunjung tidak boleh menikmati keseronokan berjalan-jalan di sekitar bandar. Medan mempunyai iklim hutan hujan tropika. Pada setiap tahun, suhu purata yang paling tertinggi di Medan adalah sekitar 28 darjah Celsius dan suhu paling terendah adalah sekitar 26 darjah Celsius.

Medan terkenal dengan kepelbagaian budaya. Oleh itu, banyak perayaan yang akan disambut oleh penduduk di Medan. Pertama sekali, Tahun Baru Cina. Ramai penduduk tempatan akan pulang ke kampung halaman mereka dan meraikan tahun baru bersama ahli keluarga mereka. Bagi kaum India, mereka akan merayakan Festival Adhi Maha Puja yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun. Para pengunjung dapat melihat orang Hindu bersembahyang dan rmelakukan upacara keagamaan mereka untuk mengucapkan terima kasih dan meminta pengampunan kepada tuhan mereka. Selain itu, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri telah disambut oleh majoriti penduduk Medan yang mengamalkan agama Islam. Hari Raya Aidilfitri adalah sebuah perayaan yang akan disambut selepas berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Di samping itu, para pengunjung boleh menyertai Festival Lake Toba. Dengan majoriti orang Toba adalah dari kaum Batak, para pengunjung dapat menyaksikan persembahan kebudayaan dan menyertai perlumbaan bot menggunaka kanu yang panjang.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Medan?

Medan adalah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi di Indonesia. Ia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk ditawarkan kepada para pengunjung seperti:

1. Istana Maimum- Istana Maimun adalah rumah diraja bagi Kesultanan Deli yang telah dibina pada tahun 1888. Reka bentuk Istana Maimun mempunyai gaya Melayu, Mogul dan Itali. Para pengunjung dapat melihat koleksi barangan antik, senjata api dan gambar keluarga diraja di dalam istana ini. Istana ini juga turut mempamerkan pakaian tradisional Melayu dan koleksi Keris.

2. Masjid Raya Al Mashun- Masjid Raya Al Mashun atau dikenali sebagai “The Great Mosque of Medan” telah dibina pada awal abad ke-19. Seni bina bangunan ini mempunyai gaya Timur Tengah, India dan Sepanyol dan ia dalam berbentuk segi lapan. Kubah masjid ini mempunyai hiasan dalam mengikut gaya Turki dan juga dalam berbentuk segi lapan. Para pelawat juga dapat melihat dinding, siling, tiang dan pemanah yang dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga dan tumbuhan yang cantik.

3. Kampung Keling- Majoriti penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Keling adalah masyarakat India. Para pengunjung boleh melawat ke Kuil Sri Mariamman untuk mempelajari lebih lanjut mengenai agama Hindu dan upacara keagamaan mereka. Selain itu, para pengunjung juga boleh membeli barang kemas India dan sari di kawasan ini. Terdapat juga beberapa restoran yang menyajikan masakan tradisional India yang enak.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved