Penerbangan murah ke Melak (MLK)

Tiket Penerbangan Murah ke Melak, Indonesia

Melak adalah sebuah pekan yang terletak di daerah Kutai Barat yang terdapat di wilayah Kalimantan Timur di Indonesia. Ini adalah titik masuk utama jika seseorang tiba di daerah Kutai Barat, baik dari udara dan darat yang disebabkan oleh Melak yang bersempadan dengan Sungai Mahakam yang merupakan sungai besar dengan kepanjangan sebanyak 920 kilometer. Oleh itu, adalah mudah untuk datang ke Melak dan juga tinggal beberapa lama di sini sebelum meneruskan perjalanan anda untuk meneroka keseluruhan daerah Kutai Barat yang lain. Dengan saiz 287.87 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 11,087 orang, Melak mempunyai salah satu kepadatan penduduk terkecil dibandingkan dengan kawasan lain di daerah Kutai Barat. Ini adalah kelebihan yang besar kerana pekan ini menjadi sebuah pekan kecil yang aman dan damai dengan kehidupan bermasyarakat yang kuat. Melak bersempadan dengan daerah Barong Tongkok di utara, Barong Tongkok dan Sekolak Darat di sebelah barat, Damai, Muara Lawa dan Muara Pahu di selatan dan Mook Manor Bulatn di sebelah timur.

Lapangan Terbang di Melak

1. Lapangan Terbang Kutai Barat Melalan

Lapangan Terbang Kutai Barat Melalan merupakan lapangan terbang utama yang berfungsi untuk berkhidmat bagi Melak dan kawasan sekitarnya yang lain, terletak 28 kilometer jauhnya dari kawasan pekan ini. Ia adalah lapangan terbang awam yang boleh mengendalikan penerbangan menuju ke beberapa destinasi di sekitarnya dan di dalam Indonesia seperti Datadawai dan Samarinda yang dikendalikan oleh Susi Air. Di samping itu, ia juga boleh mengendalikan penerbangan antarabangsa, walaupun dengan kapasiti yang tidak sebesar lapangan terbang lain yang jauh lebih besar. Ia terletak pada ketinggian 100.5 meter di atas paras laut dengan satu landasan berukuran 900 hingga 30 meter. Ia adalah gerbang utama kepada pekan Melak serta seluruh daerah Kutai Barat melalui jalan udara.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Melak?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Melak dan Daerah Kutai Barat yang berdekatan. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan maklumat yang penting dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan merentasi beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik untuk Melak.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Melak?

Musim bukan puncak untuk berkunjung ke Melak serta kawasan berdekatan biasanya pada bulan Februari yang merupakan bulan paling lembab di Melak. Oleh itu, seseorang boleh mengharapkan kos perjalanan menjadi lebih rendah jika anda melakukan perjalanan pada bulan ini. Masa puncak untuk melawat Melak biasanya sekitar November hingga Januari, oleh itu anda boleh menjangkakan harga penerbangan dan penginapan akan meningkat pada masa ini. Sekiranya anda merancang lawatan anda dengan baik, anda pasti dapat menjimatkan wang anda kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim puncak akan meningkat dan seterusnya memerlukan banyak wang.

Melak, seperti kawasan lain di sekitar Indonesia dan negara-negara sekitar terutama di sekitar wilayah Borneo, mempunyai iklim hutan hujan tropika yang mana musim keringnya lebih pendek dan hujan biasanya lebat sentiasa sepanjang tahun. Suhu maksimum purata di Melak biasanya mencapai angka antara 32 dan 35 darjah Celcius manakala purata minimum akan mencapai angka antara 23.4 dan 24.4 darjah Celcius. Bulan paling panas biasanya sekitar April, Mei dan Jun. Melak juga mempunyai kelembapan yang tinggi dengan beberapa bulan lebih lembap daripada yang lain dengan kemungkinan hujan yang biasanya berlaku sepanjang tahun.

Apabila anda sampai ke Melak, anda boleh menjangkakan untuk berpeluang mengambil bahagian dalam beberapa acara dan festival yang dianjurkan di sini sepertimana yang dilakukan penduduk setempat. Melak terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik seperti Dayak, Kutai, Jawa, Banjar, Bugis dan banyak lagi, kebanyakan acara dan perayaan di sini adalah berdasarkan pada perayaan-perayaan tradisional kumpulan etnik yang unik ini. Di samping itu, rantau ini juga menyambut pelbagai perayaan yang turut disambut di peringkat kebangsaan, seperti Krismas dan Tahun Baru.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Melak?

Walaupun Melak mungkin sebuah pekan kecil, masih terdapat beberapa tarikan yang boleh dipertimbangkan untuk dikunjungi ketika berada di sini.

1. Eheng - Antara salah satu mercu tanda yang dapat dilihat di Melak yang boleh ditemukan kira-kira 30 kilometer di barat daya pekan Melak, Eheng adalah rumah panjang bagi suku kaum Dayak Benauq yang diperbuat daripada kayu dan rotan. Para pelawat dialu-alukan untuk menyaksikan sendiri cara hidup penduduk tempatan serta membeli pelbagai kraftangan, gelang tangan atau Mandau yang diukir sebagai hiasan.

2. Kersik Luway - Merupakan rizab alam semula jadi yang terletak kira-kira 16 kilometer jauhnya dari pekan Melak, seseorang perlu mengakses Kersik Luway melalui jalan-jalan tanah yang berdebu jika anda datang melalui jalan darat. Kersik Luway adalah kawasan pemeliharaan yang kaya dengan keluasan sebanyak 17.5 hektar yang mempunyai 57 spesies orkid yang berlainan di sini, yang merupakan tarikan utama di sini.

3. Muzium Etnografi Sendawar - Sebuah tarikan yang mudah dijumpai di sepanjang jalan menuju rumah panjang Eheng, Muzium Etnografi Sendawar adalah salah satu tarikan baru yang boleh ditemui di kawasan tersebut. Secara keseluruhan, muzium ini sebenarnya merupakan sebuah kampung kebudayaan yang terdiri daripada 7 bangunan utama dari pelbagai kumpulan etnik seperti rumah Melayu, rumah Kenyah, rumah Aoheng, rumah Bahau, rumah Benuaq dan akhir sekali adalah rumah Tonyooi.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka