PromosiSimpanTempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google

Pengesahan Diperlukan

Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:

1
2

Penerbangan murah ke Melbourne (MEL)

flightSearch
tripSearch
airportTransportSearch

Tiket Pesawat Murah ke Melbourne, Australia

Melbourne adalah bandar kedua terpadat selepas Sydney di Australia. Ramai pengunjung asing yang ingin datang ke bandar ini dan juga majoriti daripada mereka berhijrah ke bandar ini. Bandar ini telah dipilih sebagai bandar yang senang untuk didiami di dunia. Ia mempunyai kepelbagaian budaya, beberapa taman botani, pilihan tempat makan yang menarik dan seni jalanan ditawarkan kepada para pengunjung.


Lapangan Terbang di Melbourne


1. Lapangan Terbang Melbourne

Lapangan Terbang Melbourne adalah lapangan terbang utama di bandar Melbourne. Ia telah mengambil alih Lapangan Terbang Essendon pada tahun 1970 dan kini, ia merupakan lapangan terbang kedua paling tersibuk di Australia. Lapangan terbang ini mempunyai empat terminal. Antaranya adalah satu terminal antarabangsa, dua terminal domestik dan satu terminal domestik bajet. Ia terletak kira-kira 24 minit dengan menaiki teksi ke pusat bandar. Bagi para pengunjung yang memilih untuk mengambil teksi, tambang teksi akan dikenakan di antara A$ 55 dan A$ 65 iaitu di sekitar RM 163.30 hingga RM 192.99.


2. Lapangan Terbang Avalon

Lapangan Terbang Avalon juga merupakan lapangan terbang antarabangsa selain Lapangan Terbang Melbourne. Lapangan terbang ini telah menerima penerbangan antarabangsa dan domestik seperti Jetstar Airways dan AirAsia X. Jarak antara Lapangan Terbang Avalon dengan bandar adalah dalam 55.4 kilometer. Para pengunjung boleh mendapatkan teksi dengan mudah di pintu masuk lapangan terbang. Dengan menaiki teksi, perjalanannya akan mengambil masa dalam 45 minit mengikut keadaan lalu lintas. Tambang teksi akan dikenakan dalam A$ 70 iaitu duit Malaysia ialah RM 207.84.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Melbourne?


Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Mebourne. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi tersebut akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan kos penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik ke Melbourne.


Bilakah Waktu Terbaik untuk ke Melbourne?


Musim Kemuncak berlaku di Melbourne pada musim panas dari bulan Disember hingga Mac, pada musim bunga dari bulan September hingga November dan pada musim luruh dari bulan Mac hingga Mei. Waktu yang tidak sesuai untuk melawat Melbourne adalah sekitar bulan Jun hingga Ogos yang merupakan pada musim sejuk. Melbourne tidak menerima ramai pengunjung pada musim sejuk kerana sukar bagi para pengunjung untuk melakukan lawatan di sekitar bandar Melbourne. Para pengunjung lebih suka melawat pada musim kemuncak tetapi para pengunjung perlu mengetahui bahawa kos penginapan dan tiket penerbangan adalah mahal ketika itu. Walau bagaimanapun, para pengunjung boleh melawat ke banyak tempat banyak tempat menarik pada musim panas. Para pengunjung juga boleh melawat pada musim bunga atau musim luruh kerana cuaca ketika itu sangat menyenangkan. Iklim di Melbourne adalah iklim lautan yang sederhana iaitu cuaca di Melbourne akan sentiasa berubah. Hujan lebat dan suhu akan jatuh sedikit pada waktu tersebut.


Melbourne meraikan perayaan yang berbilang kaum seperti Tahun Baru Cina, Hari Buddha, Festival Mexico, Festival Musim Panas Jepun dan banyak lagi. Para pengunjung boleh menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan. Para pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti ritual yang dilakukan oleh para penduduk di Melbourne.


Apakah 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Melbourne?


1. Royal Botanic Gardens Victoria - Royal Botanic Gardens Victoria adalah salah satu destinasi popular yang harus dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pengunjung negara asing. Ia telah menerima lebih daripada 1800000 pengunjung pada setiap tahun. Keluasan taman ini lebih daripada 36 hektar dan ia telah menempatkan lebih daripada 50000 spesies tumbuhan yang unik dan berbahaya. Terdapat juga Children’s Garden di mana kanak-kanak boleh merangkak di bawah terowong tumbuhan, memanjat batu dan bermain di hutan buluh. Selain itu, taman ini boleh dijadikan sebagai tempat untuk majlis perkahwinan dan acara luaran.


2. Queen Victoria Market - Queen Victoria Market adalah sebuah pasar yang terbesar di Melbourne. Ia telah mula beroperasi sejak abad ke-19. Terdapat lebih daripada 700 gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. Antaranya adalah makanan segar, baju, kraftangan dan cenderahati. Para pengunjung dinasihatkan untuk mengambil Tour Ultimate Foodie. Terdapat juga pemandu pelancong yang akan membawa para pengunjung menerokai pasar tersebut sambil menceritakan tentang sejarah pasar dan mencari bahan masakan yang unik.


3. National Gallery of Victoria - National Gallery of Victoria merupakan muzium tertua di Australia. Ia juga merupakan muzium seni yang paling banyak dikunjungi di kalangan muzium seni yang lain di Australia. Para pengunjung dapat melihat koleksi seni Eropah, Amerika, Asia dan Oceanik yang dipamerkan oleh muzium ini. Muzium ini juga turut menganjurkan beberapa pameran, program kanak-kanak, persembahan dan banyak lagi kepada para pengunjung.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
Getting To and From the Airport
Finding a ride to or from the airport in Melbourne can be a challenge. Luckily, now you can book your airport transport in advance with the Traveloka app. Partnering only with trusted transportation providers, we ensure your airport trip to be worry-free. Take a look at our various transport options and find one that best suits your needs.

Ejen terlantik - Allstar Travel & Tours Sdn. Bhd. (510819-T), No. Lesen KPK/LN 4646, Level 14 Tower 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2019 Traveloka
24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?