PromosiPeti MasukSimpanTempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google

Pengesahan Diperlukan

Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:

1
2

Penerbangan murah ke Miri (MYY)

Tiket Penerbangan
Penerbangan + Hotel
Pengangkutan L/Terbang

Tiket Pesawat Murah ke Miri, Malaysia

Miri merupakan sebuah bandar yang mempunyai jumlah penduduk kedua terpadat di Sarawak. Ia terletak berhampiran sempadan Brunei. Miri sentiasa dikenali sebagai negeri yang menghasilkan minyak petroleum. Ia adalah negeri yang pertama untuk menemui tadahan minyak di Malaysia. Selain itu, bandar ini mempunyai banyak tempat tarikan pengunjung yang terkenal seperti taman negara, tapak warisan yang diiktiraf oleh UNESCO, pantai dan pasar tradisional. Para pengunjung boleh membuat lawatan ke tempat menyelam yang terkenal iaitu Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti dan menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan dari Bukit Telaga Minyak.]


Lapangan Terbang di Miri

1. Lapangan Terbang Miri

Lapangan Terbang Miri merupakan sebuah lapangan terbang untuk bandar Miri. Ia adalah pusat bagi penerbangan AirAsia dan MASWings. Lapangan terbang ini telah mengendalikan lebih kurang 1.5 juta penumpang pada setiap tahun. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang ini seperti AirAsia, Malaysia Airlines dan Malaysia Airlines oleh MASWings. Lapangan Terbang Miri terletak hanya 12 minit ke pusat bandar. Dengan mengambil teksi, tambang teksi akan dikenakan sekitar RM 20.54.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Miri?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Miri. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan kos penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan dyang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik ke Miri.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Miri?

Luar pada musim kemuncak di Miri adalah dari bulan Oktober hingga Mac iaitu pada musim hujan. Manakala, pada musim kemuncak adalah dari bulan April hingga September. Ia sangat tidak disarankan untuk melawat ke Miri pada musim hujan kerana para pengunjung akan mengalami kesukaran untuk menerokai bandar ketika cuaca basah. Walau bagaimanapun, kadar hotel dan tiket penerbangan lebih murah berbanding pada musim kemuncak. Musim kemuncak merupakan musim kering di Miri. Miri akan menerima ramai pengunjung dalam tempoh ini, terutamanya pada musim cuti. Pada musim kemuncak, cuaca panas dan lembap serta hujan yang minimum membuatkan para pengunjung lebih mudah untuka melakukan aktiviti luar. Iklim di Miri adalah tropika. Suhu purata tertinggi di Miri adalah dalam 31 darjah Celsius dan suhu purata terendah adalah sekitar 23 darjah Celcius.


Para pengunjung dapat menyaksikan pelbagai perayaan yang akan diadakan di Miri. Penduduk tempatan akan merayakan perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Thaipusam dan Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, terdapat juga Hari Gawai Dayak di Miri. Ia adalah untuk meraikan perpaduan masyarakat Dayak dan hari kesyukuran terhadap hasil penuaian yang berlimpah. Seterusnya ialah Festival Miri Mei. Terdapat beberapa acara yang berlau di festival ini seperti persembahan kebudayaan, acara sukan, acara belia, pameran makanan, aktiviti kanak-kanak dan banyak lagi. Para pengunjung boleh mendapatkan pengalaman dengan menyertai beberapa acara dalam perayaan ini. Miri juga telah meraikan beberapa festival muzik seperti Rocktoberfest Borneo, Festival Muzik Negara Miri dan Festival Jazz Borneo.


Apa 3 Aktiviti yang Menarik yang Boleh Dilakukan di Miri?

Miri mempunyai banyak tempat tarikan pelancong yang disyorkan bagi para pengunjung yang ingin melawat seperti:


1. Taman Negara Niah- Taman Negara Niah mempunyai beberapa gua yang menakjubkan termasuk” The Great Cave”, “Painted Cave” dan “The Large Chamber of Padang”. Para pengunjung akan berjalan di atas papan untuk melalui “The Great Cave”. Para pengunjung dapat melihat pelbagai jenis haiwan seperti cicak, burung, rama-rama dan enggang di dalam gua ini. Di “Painted Cave”, para pengunjung boleh melihat pelbagai lukisan yang diukir di atas dinding dan tapak perkuburan.


2. Taman Negara Gunung Mulu- Taman Negara Gunung Mulu diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2000. Terdapat beberapa gua di taman ini seperti Gua Clearwater, Gua Helang, Gua Rusa dan Gua Angin. Gua Rusa merupakan sebuah gua terbesar di dunia dengan ketinggian 174 meter dan panjangnya 2 kilometer. Para pengunjung dapat melihat berjuta-juta kelawar semasa melalui gua ini. Terdapat juga laluan bagi pendaki dan Canopy Skywalk di taman ini


3. Bukit Telaga Minyak- Bukit Telaga Minyak adalah tempat minyak petroleum yang pertama kali ditemui di Malaysia. Di kawasan ini, para pengunjung boleh melawat ke “Old Grand Lady”. Dengan ketinggian 30 meter, ia adalah telaga pertama yang menerima minyak di Malaysia. Seterusnya ialah Muzium Miri Petroleum. Para pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang sejarah minyak petroleum dan kemajuan teknologi negara. Selain itu, para pengunjung juga dapat menyaksikan pemandangan indah bandar dan Laut China Selatan dari puncak bukit ini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
Getting To and From the Airport
Finding a ride to or from the airport in Miri can be a challenge. Luckily, now you can book your airport transport in advance with the Traveloka app. Partnering only with trusted transportation providers, we ensure your airport trip to be worry-free. Take a look at our various transport options and find one that best suits your needs.

Xperience Lain di Miri

ALLSTAR TRAVEL & TOURS SDN. BHD. No. Pendaftaran 200001008213 (510819-T), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2019 Traveloka
24 Jam Khidmat Pelanggan+6037 7243 501 atau +6032 1091 800
Perlu Bantuan?