Penerbangan murah ke Montreal (YUL)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Montreal (YUL)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Cebu (CEB) → Montreal (YUL)
Penerbangan
Ahad, 28 Apr 2024
RM 5,298.37
Manila (MNL) → Montreal (YUL)
Penerbangan
Rabu, 24 Apr 2024
RM 5,464.29
Manila (MNL) → Montreal (YUL)
Penerbangan
Isnin, 22 Apr 2024
RM 5,770.79
Bali / Denpasar (DPS) → Montreal (YUL)
Penerbangan
Sabtu, 11 Mei 2024
RM 6,049.07
Manila (MNL) → Montreal (YUL)
Penerbangan
Rabu, 24 Apr 2024
RM 6,286.93
Bali / Denpasar (DPS) → Montreal (YUL)
Penerbangan
Jumaat, 19 Apr 2024
RM 6,356.53
Phuket (HKT) → Montreal (YUL)
Penerbangan
Jumaat, 03 Mei 2024
RM 6,791.52
Bali / Denpasar (DPS) → Montreal (YUL)
Penerbangan
Jumaat, 19 Apr 2024
RM 7,181.61
Manila (MNL) → Montreal (YUL)
Penerbangan
Isnin, 22 Apr 2024
RM 8,847.95
Phuket (HKT) → Montreal (YUL)
Penerbangan
Jumaat, 03 Mei 2024
RM 17,802.43

Aktiviti menarik di Montreal

Montreal International Airport Plaza Premium Lounge

RM 287.27
Lihat lebih banyak pilihan aktiviti

Tiket Pesawat Murah ke Montreal, Kanada

Montreal merupakan sebuah perbandaran yang paling ramai penduduk di Wilayah Quebec, Kanada. Montreal juga merupakan perbandaran kedua paling ramai di Kanada selepas Toronto. Dahulunya, Kanada disebut sebagai Ville-Maire atau pun Kota Mary. Ia dinamakan sempena Mount Royal iaitu bukit yang mempunyai tiga puncak di tengah-tengah kota. Bandar ini berpusat di tengah Pulau Montreal. Ia mempunyai iklim kontinental empat musim yang berbeza. Pada tahun 2016, bandar Montreal ini mempunyai penduduk seramai 1,704,694. Bahasa rasmi bandar Montreal adalah bahasa Perancis. Ia merupakan bahasa yang paling banyak diucapkan iaitu 49.8% daripada penduduk kota diikuti oleh bahasa Inggeris. Montreal telah menjadi tuan rumah bagi pelbagai persidangan dan acara antarabangsa termasuk Ekspo Antarabangsa dan Universal 1967 dan Sukan Olimpik Musim Panas. Pada tahun 2018, Montreal telah disenaraikan sebagai bandar raya global dunia. Sehingga kini, bandar ini menjadi menganjurkan Grand Prix Kanada Formula Satu dan Festival Jazz Antarabangsa Montreal.

Lapangan Terbang di Montreal

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Montréal-Pierre Elliott Trudeau

Lapangan Terbang Antarabangsa Montréal-Pierre Elliott Trudeau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Montreal-Dorval. Ia adalah lapangan terbang antarabangsa yang berkhidmat di Montreal, Quebec, Kanada. Ia terletak di Pulau Montreal. Lapangan Terbang Antarabangsa Montréal-Pierre Elliott Trudeau ini berada 20 km dari pusat bandar Montreal. Terminal lapangan terbang ini terletak sepenuhnya di pinggir bandar Dorval manakala satu landasan di lapangan terbang ini terletak di daerah Saint-Laurent. Syarikat penerbangan Kanada, Air Canada juga mempunyai kompleks ibu pejabat korporat di Saint-Laurent. Ia berkhidmat untuk kawasan Greater Montreal, kawasan di Quebec, Ontario Timur, negeri Vermont dan Utara New York di Amerika Syarikat. Lapangan terbang ini dinamakan sempena Pierre Elliott Trudeau iaitu Perdana Menteri Kanada ke-15 dan juga bapa kepada Perdana Menteri kini. Lapangan Terbang Antarabangsa Montréal-Pierre Elliott Trudeau merupakan lapangan terbang paling sibuk di Wilayah Quebec dan lapangan terbang ketiga paling sibuk di Kanada mengikut pergerakan trafik penumpang dan pesawat. Ia mengendalikan 19.42 juta penumpang dan 240,159 pergerakan pesawat pada tahun 2018. Lapangan terbang ini merupakan salah satu gerbang utama ke Kanada dengan 12.2 juta atau 63% penumpang di sini adalah penumpang antarabangsa. Lapangan terbang ini merupakan hab kepada Air Canada dan Air Transat. Ia juga merupakan bandar tumpuan bagi Air Inuit, Porter Airlines dan Sunwing Airlines.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Montreal?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Montreal. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Montreal.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Montreal?

Waktu terbaik untuk melawat Montreal adalah pada bulan April hingga September. Pada bulan-bulan ini, pelancong akan membanjiri bandar Montreal. Pastikan anda membuat tempahan penerbangan dan hotel lebih awal untuk mendapatkan tawaran yang menarik. Montreal mempunyai iklim benua lembap. Musim panas di Montreal adalah panas dan lembap dengan purata suhu harian adalah 26°C hingga 27°C. Pada bulan Julai, suhu boleh melebihi dari 30°C. Pada musim sejuk pula, purata suhu di Montreal adalah dari -10.5°C hingga -9°C pada bulan Januari. Angin yang kuat kebiasaannya akan membuat anda berasa lebih sejuk pada waktu itu. Anda boleh berkunjung ke Montreal pada waktu-waktu tertentu untuk menyambut perayaan atau acara yang ada di sana seperti Festival Jazz Antarabangsa pada bulan Julai dan Festival Komedi Just for Laughs pada bulan Julai juga.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Montreal?

1. Notre-Dame Basilica of Montreal – merupkan gereja bersejarah di Montreal, Quebec, Kanada. Gereja ini terletak di 110 Notre-Dame Street West. Ia terletak bersebelahan Seminari Saint-Sulpice dan menghadap dataran Place d’Armes. Gereja ini dibina mengikut gaya revolusi Gothik. Gereja ini dihiasi dengan sangat cantik. Kubah gereja ini berwarna biru dan dihiasi dengan keemasan. Basilika ini menawarkan program muzik seperti pertunjukan koir dan organ. Ia merupakan tradisi dalam kalangan penduduk Montreal. Bagi pengunjung, anda perlu membayar bayaran masuk sebanyak CAD 8 untuk melawat. Anda juga boleh menyaksikan pertunjukan bunyi dan cahaya di basilica ini pada waktu petang bermula hari Selasa hingga Sabtu. Tempoh pertunjukan adalah 45 minit.

2. Mount Royal Park – terletak di sebuah gunung kecil di bandar Montreal. Bukit ini adalah sebahagian daripada Bukit Monteregian yang terletak di antara Laurentians dan Gunung Appalachian. Ia merupakan salah satu kawasan hijau terbesar di Montreal. Taman ini pada asalnya direka oleh Frederick Law Olmsted dan telah dirasmikan pada tahun 1876. Taman ini mempunyai tasik buatan kecil yang dipanggil Tasik Beaver. Pada musim sejuk, anda boleh mencuba aktiviti tiub salji dan toboggan.

3. Montreal Biodome – merupakan satu fasiliti yang terletak di Taman Olimpik. Bangunan ini asalnya dibina untuk Sukan Olimpik 1976 sebagai velodrome. Kini, bangunan ini menjadi sebahagian daripada kompleks muzium sains semula jadi terbesar di Kanada.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka