Promosi Jadi Rakan KamiSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:

Pengesahan Diperlukan

Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:

1
2

Penerbangan murah ke Moscow (DME)

Tiket Penerbangan
Penerbangan + Hotel
Pengangkutan L/Terbang

Tiket Pesawat Murah ke Moscow, Russia

Moscow merupakan bandar di Rusia. Ia juga merupakan ibu kota bagi negara Rusia. Bandar Moscow mempunyai 13.2 juta penduduk manakala kawasan metropolitan Moscow mempunyai 20 juta penduduk. Bandar Moscow juga merupakan pusat politik, ekonomi dan budaya di Rusia. Bandar Moscow juga adalah antara bandar terbesar di dunia. Moscow telah disenaraikan sebagai bandar kesembilan termahal di dunia oleh Forbes pada tahun 2013. Bandar Moscow juga merupakan salah satu daripada bandar global alfa.


Lapangan Terbang di Moscow

Lapangan Terbang Moscow Domodedovo

Lapangan Terbang Moscow Domodedovo merupakan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang berkhidmat untuk bandar Moscow. Lapangan Terbang Moscow Domodedovo ini juga antara salah satu daripada empat lapangan terbang yang menyediakan perkhidmatan bagi Moscow. Lapangan Terbang Moscow Domodedovo ini terletak 42 km dari pusat bandar Moscow. Ia juga merupakan salah satu lapangan terbang yang terbesar di Rusia. Lapangan Terbang Moscow Domodedovo telah mengendalikan seramai 30,700,000 penumpang pada tahun 2016. Lapangan Terbang Moscow Domodedovo juga merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di Rusia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo. Lapangan terbang ini juga merupakan hab bagi Red Wings Airlines, S7 Airlines, Smartavia dan Ural Airlines. IrAero, NordStar dan Yamal Airlines juga menjadikan lapangan terbang ini sebagai lapangan terbang tumpuan.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Moscow?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Moscow. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Moscow.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Moscow?

Waktu puncak dan sibuk di Moscow adalah pada bulan Mei diikuti dengan bulan Mac dan Februari. Harga hotel dan juga tiket penerbangan akan menjadi lebih mahal daripada bulan-bulan yang lain. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan tawaran yang menarik sekiranya anda menempah tiket penerbangan atau penginapan dengan lebih awal. Bulan yang kurang dengan pelancong adalah pada bulan Disember. Anda boleh mendapatkan tiket penerbangan dan hotel yang murah sekiranya anda berkunjung ke Moscow pada bulan itu.


Mengikut klasifikasi iklim oleh Koppen, Moscow mempunyai iklim kontinental lembap dengan musim sejuk yang panjang. Musim sejuk di Moscow kebiasaanya berlaku pada pertengahan bulan November hingga akhir bulan Mac. Moscow juga mempunyai musim panas yang sangat panas. Pada musim sejuk, cuaca di Moscow boleh mencecah -25 °C di bandar dan -30 °C di pinggir bandar Moscow. Pada musim panas pula, suhu boleh mencecah 35 °C di Moscow. Bulan-bulan yang panas di Moscow adalah pada bulan Jun, Julai dan Ogos yang di mana suhu kebiasaanya sekita 20 °C hingga 26 °C.


Anda boleh merancang percutian anda ke Moscow untuk meraikan perayaan yang disambut di Moscow bersama penduduk tempatan di sini. Pada setiap bulan April, Moscow akan mengadakan Festival Filem Antarabangsa Moscow. Selain itu, anda juga boleh meraikan Tahun Baru dan juga Hari Natal di Moscow.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Moscow?

Red Square - tempat ini termasuk dalam 10 tempat pelancongan yang terkenal di Moscow. Kebanyakan penduduk yang berkunjung ke Moscow pastinya akan berkunjung ke Red Square ini. Red Square ini terletak di bandar Moscow. Ia dibuka setiap hari kecuali pada hari cuti. Anda pastinya tidak boleh melepaskan peluang untuk mengambil gambar di Red Square ini.


Gereja St. Basil - sekiranya anda melawat Kremlin, anda pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk melawat gereja ini. Gereja ini terletak berhampiran dengan Kremlin. Gereja ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia juga merupakan sebuah senibina yang sangat cantik. Gereja ini juga menjadi tapak warisan dunia UNESCO. Seni binanya yang sangat unik seperti api yang terbakar. Pembinaan gereja ini sebagai bentuk penghormatan kepada Ivan Tribble yang telah mengalahkan Khan Kazan. Persiapkan diri anda dengan kamera kerana anda pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini.


Kremlin - bagi anda yang sukakan sejarah, anda pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Kremlin ini. Kremlin ini merupakan sebuah kubu yang digunakan sebagai benteng pertahanan terhadap musuh semasa peperangan. Kini, Kremlin ditukar menjadi pejabat presiden dan pusat. Di dalam kompleks Kremlin ini terdapat banyak bangunan dan gereja. Di sini juga, ia menjadi tempat penyimpanan berlian 190 karat.


Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
Getting To and From the Airport
Finding a ride to or from the airport in Moscow can be a challenge. Luckily, now you can book your airport transport in advance with the Traveloka app. Partnering only with trusted transportation providers, we ensure your airport trip to be worry-free. Take a look at our various transport options and find one that best suits your needs.

ALLSTAR TRAVEL & TOURS SDN. BHD. No. Pendaftaran 200001008213 (510819-T), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2021 Traveloka
Perlu Bantuan?