Promosi Jadi Rakan KamiSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:

Pengesahan Diperlukan

Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:

1
2

Penerbangan murah ke Moscow (SVO)

Tiket Penerbangan
Penerbangan + Hotel
Pengangkutan L/Terbang

Tiket Pesawat Murah ke Moscow, Russia

Moscow sememangnya terkenal dengan Red Square yang merupakan dataran utama yang terletak di pusat bandar serta tarikannya yang berdekatan seperti Kremlin dan St. Basil’s Cathedral. Moscow adalah ibu kota bagi negara Rusia, yang juga bandar yang paling padat penduduknya di Russia, memegang rekod sebagai kawasan bandaraya besar paling utara dan paling sejuk di planet ini. Ia adalah bandar terbesar di benua Eropah, jauh lebih besar daripada negara-negara Eropah seperti Norway dan Switzerland sendiri. Dianggap sebagai pusat politik, ekonomi, budaya dan saintifik yang utama di Rusia dan benua Eropah Timur, Moscow menduduki bandar kesembilan paling mahal di dunia berdasarkan penarafan daripada Mercer, merupakan salah satu daripada ekonomi bandar terbesar dan sebuah bandar alfa global menurut Globalization and World Cities Research Network, serta menjadi destinasi pelancongan yang paling pantas berkembang di dunia mengikut MasterCard Global Destination Cities Index.


Lapangan Terbang di Moscow

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo

Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo adalah salah satu lapangan terbang utama yang berkhidmat untuk bandar Moscow bersama-sama dengan Lapangan Terbang Moscow Domodedovo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo. Di antara ketiga-tiga lapangan terbang ini, ia adalah lapangan terbang yang paling sibuk di dalam Persekutuan Rusia. Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo terletak di Khimki, Wilayah Moscow, yang berada 29 kilometer dari arah barat laut pusat bandar Moscow. Pada tahun 2018, Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo disenaraikan sebagai lapangan terbang paling menepati waktu oleh Official Aviation Guide dengan prestasi tepat pada masa setinggi 87%. Lapangan terbang ini mempunyai tiga Terminal Utara, iaitu Terminal A, B dan C, serta tiga Terminal Selatan, yang merupakan Terminal D, E dan F. Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo ialah hab bagi syarikat penerbangan Aeroflot, Nordwind Airlines, Royal Flight dan Ural Airlines.


2. Lapangan Terbang Moscow Domodedovo

Dinamakan bersempena bandar Domodedovo yang merupakan lokasi di mana lapangan terbang ini berada, ia adalah salah satu daripada tiga lapangan terbang utama yang berkhidmat untuk bandar Moscow, yang terletak 42 kilometer dari selatan-tenggara dari pusat bandar Moscow. Ia merupakan hab utama untuk syarikat penerbangan Red Wings Airlines, S7 Airlines dan Ural Airlines di samping menjadi bandar tumpuan utama untuk IrAero, Nordavia, NordStar dan Yamal Airlines. Lapangan terbang ini mempunyai satu bangunan terminal dengan kawasan ‘concourse’ berasingan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa serta kedai-kedai bebas cukai, kemudahan hotel dan ruang istirahat. Sehingga tahun 2016, ia adalah lapangan terbang kedua paling sibuk yang berkhidmat untuk bandar Moscow selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Moscow?

Traveloka adalah sebuah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Moscow. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan penerbangan ke julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Moscow.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Moscow?

Masa terbaik untuk melawat Moscow biasanya sekitar bulan-bulan Mei hingga Oktober di mana pada masa ini, suhu lebih panas dan cuaca lebih jelas, menjadikannya masa yang sangat baik untuk bersiar-siar di sekitar bandar dan menikmati tarikannya. Walau bagaimanapun sila jangkakan lebih ramai orang, serta harga penerbangan dan hotel yang akan meningkat sepanjang tempoh ini. Biasanya, bulan Mac akan melihat jumlah pelancong yang lebih rendah di sekitar Moscow. Oleh itu, harga penerbangan dan hotel cenderung untuk turun lebih rendah sekitar tempoh ini. Jika anda tidak keberatan, maka anda boleh menyimpan banyak dengan pergi ke Moscow pada bulan Mac.


Moscow dikatakan mempunyai iklim kontinental lembap mengikut klasifikasi Köppen yang bermaksud musim sejuknya adalah panjang dan sejuk yang biasanya berlaku dari bulan November hingga Mac. Semasa bulan-bulan ini, salji biasanya akan berlaku juga. Bulan-bulan yang lebih panas adalah pada bulan Jun, Julai dan Ogos yang menyumbang dengan banyak sekali kepada jumlah jam pendedahan cahaya matahari di Moscow. Suhu rekod tertinggi adalah pada 39 darjah Celsius pada tahun 2010 manakala suhu terendah pernah dicatatkan pada -42.1 darjah Celsius pada tahun 1940.


Sebagai pusat budaya Rusia, seseorang pasti dapat menjangkakan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai perayaan dan acara di Moscow seperti penduduk tempatan. Untuk bermula, terdapat Krismas Ortodoks Rusia, Hari Tatyana dan Festival Antarabangsa Salji dan Ukiran Ais di bulan Januari. Pada bulan Februari, terdapat Festival Maslenitsa sementara Easter turut disambut sekitar bulan Mac dan April di samping Golden Mask Theatre Festival. White Nights’ Festival pula akan disambut dari bulan Mei hingga Julai, serta banyak acara lain seperti Victory Day, Taste of Moscow, Ivan Kupala Night dan banyak lagi.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Moscow?

Sebagai kerusi utama bagi Kerajaan Rusia, Moscow pasti menawarkan banyak tempat yang menarik, dari seni bina bangunan-bangunan bersejarah yang memukau hingga ke susun atur yang moden di Moscow yang terus berkembang seiring peredaran zaman. Adalah tidak mengejutkan bahawa ia dinilai di antara destinasi pelancongan paling pesat berkembang di dunia.


1. Basil’s Cathedral - Secara rasminya dikenali sebagai Cathedral of Vasily the Blessed, St. Basil's Cathedral adalah salah satu simbol paling terkenal di Rusia, yang dibina dari 1555 hingga 1561 oleh perintah Ivan the Terrible untuk menandakan penangkapan Kazan dan Astrakhan. Ia kini merupakan sebuah muzium, yang merupakan sebahagian daripada the State Historical Museum semenjak proses sekularisasi selesai dengan sepenuhnya pada tahun 1929.


2. Red Square - Merupakan sebuah dataran pusat di Moscow, Red Square memisahkan Kremlin dari Kitai-gorod yang merupakan kawasan perniagaan bersejarah buat para saudagar berniaga. Kebanyakan jalan utama yang menghubungkan ke lebuh raya akan berasal dari dataran ini. Ia mempunyai sejarah yang kaya yang dapat dikesan hingga ke abad ke-18; ini kini dicerminkan dalam lukisan-lukisan oleh Vasily Surikov, Konstantin Yuon dan lain-lain.


3. The Moscow Kremlin - Moscow Kremlin adalah sebuah kompleks kubu yang menghadap Sungai Moskva yang terdapat di pusat bandar Moscow. Sejak selesai pembinaan pada tahun 1482, ia menjadi kediaman para penguasa Moscow, dari zaman Tsardom hingga ke pemerintahan Presiden Persekutuan Rusia pada masa kini. Dengan kremlin, istana, katedral dan Tembok Kremlin, ia juga adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
Getting To and From the Airport
Finding a ride to or from the airport in Moscow can be a challenge. Luckily, now you can book your airport transport in advance with the Traveloka app. Partnering only with trusted transportation providers, we ensure your airport trip to be worry-free. Take a look at our various transport options and find one that best suits your needs.

ALLSTAR TRAVEL & TOURS SDN. BHD. No. Pendaftaran 200001008213 (510819-T), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2021 Traveloka
Perlu Bantuan?