Penerbangan murah ke Mumbai (BOM)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Mumbai (BOM)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Varanasi (VNS) → Mumbai (BOM)
IndiGo
Isnin, 01 Apr 2024
RM 483.95
Surabaya (SUB) → Mumbai (BOM)
Penerbangan
Rabu, 17 Apr 2024
RM 1,177.22
Surabaya (SUB) → Mumbai (BOM)
Penerbangan
Rabu, 17 Apr 2024
RM 1,255.47
Phuket (HKT) → Mumbai (BOM)
Penerbangan
Khamis, 18 Apr 2024
RM 1,861.81
Yogyakarta (YIA) → Mumbai (BOM)
Penerbangan
Rabu, 03 Apr 2024
RM 2,235.34
Pulau Pinang (PEN) → Mumbai (BOM)
Penerbangan
Selasa, 19 Mac 2024
RM 2,273.67
Yogyakarta (YIA) → Mumbai (BOM)
Penerbangan
Rabu, 03 Apr 2024
RM 20,976.79

Tiket Pesawat Murah ke Mumbai, India

Mumbai atau dahulunya lebih dikenali sebagai Bombay, merupakan antara bandar yang paling besar dan bertenaga di India. Mumbai terkenal dengan kepadatan penduduk dan jalan yang sesak dikelilingi gerai-gerai dan peniaga jalanan yang menjual pelbagai jenis barangan dari cenderamata yang unik hinggalah kepada hidangan tempatan yang enak dengan harga yang sangat berpatutan. Anda boleh merasai pengalaman seperti berada di dalam filem Bollywood, Bersama orang yang tersayang apabila anda melawat Marine Drive dan melihan matahari terbenam di sana. Jika anda mahukan ketenangan, Mumbai juga mempunyai banyak tarikan seperti rumah-rumah ibadat, tasik-tasik serta taman yang cantic. Tambahan pula, di Mumbai terdapat tiga tapak warisan dunia yang diwartakan oleh UNESCO seperti Gua Elephanta, Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus dan bangunan-bangunan yang menyerupai senibina Victoria.

Lapangan Terbang di Mumbai

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj, Mumbai

Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj adalah lapangan terbang utama di Mumbai. Lapangan terbang ini terletak di Andheri, 8km dari utara pusat bandar Mumbai. Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj adalah lapangan terbang yang kedua tersibuk di India selepas Lapangan terbang Delhi. Ia mempunyai dua terminal di mana salah satu daripadanya dikenali sebagai Terminal 1 dan satu lagi dikenali sebagai Terminal 2. Terminal Terminal 1 digunakan untuk penerbangan domestic manakala Terminal 2 digunakan untuk penerbangan domestic dan antarabangsa. Untuk sampai ke lapangan terbang ini adalah mudah kerana terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam untuk ke sana.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Mumbai?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Mumbai. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Mumbai.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Mumbai?

Waktu yang tidak sesuai adalah sekitar bulan Jun hingga Oktober kerana hujan yang lebat sehingga menyebabkan kesukaran untuk pergi ke tempat-tempat yang menarik melalui jalan darat. Sementara itu, waktu kemuncak untuk melawat Mumbai pula adalah sekitar bulan Disember, januari dan Febuari. Sekiranya anda merancang perjalanan dengan baik, anda boleh menjimatkan banyak wang kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim kemuncak adalah agak tinggi. Masa terbaik untuk melawat Mumbai adalah sekitar bulan November hingga Febuari kerana pada masa tersebut, Mumbai mengalami musim sejuk. Ketika musim sejuk, cuaca di Mumbai boleh turun sehingga 10 darjah Celcius minimum. Cuaca yang sedikit sejuk ini sangat menyegarkan dan merupakan waktu yang sesuai untuk bersiar-siar dan menikmati pemandangan indah di Mumbai. Jangan lupa untuk membawa baju sejuk jika anda merancang untuk melawat pada musim tersebut.
Mumbai mempunyai iklim monsoon. Kebiasaanya cuaca di Mumbai akan menjadi hangat dan cerah kecuali semasa musim monsun timur laut dari bulan Jun hingga Oktober dengan penerimaan hujan sepanjang hari. Suhu adalah lembap dan panas tetapi ia seimbang semasa hujan. Suhu maksimum purata di Mumbai adalah sekitar 32 darjah Celcius pada musim panas dan 30 darjah Celcius pada musim sejuk, manakala purata minimum adalah sekitar 25 darjah Celcius pada musim panas dan 18 darjah Celcius pada musim sejuk. Manakala semasa sekitar bulan Mac hingga Mei, cuaca akan menjadi panas dan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celcius pada tangah hari.
Di Mumbai, anda boleh menikmati pelbagai perayaan kerana India merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa. Perayaan Diwali merupakan perayaan utama yang paling dinantikan oleh majoriti penduduk di Mumbai. Dikenali sebagai pesta cahaya, jalan-jalan di Mumbai kan menjadi terang kerana dilimpahi cahaya dari pelita dan bunga api. Selain itu, Hari Natal juga merupakan sambutan yang meriah di Mumbai kerana Mumbai antara bandar yang ramai penduduk beragama Kristian serta mempunya banyak gereja yang cantic. Seterusnya, Hari Raya Aidilfitri pula merupakan perayaan yang dirayakan oleh orang Islam setelah berpuasa selama satu bulan pada bulan Ramadan. Pada masa ini, rumah terbuka diadakan untuk menjemput orang ramai bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan tetamu. Jika anda merupakan peminat seni, anda boleh ke Festival Seni Kala Ghoda yang diadakan pada bulan Febuari.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Mumbai?

Mumbai adalah salah satu daripada bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.
1. Istana Taj Mahal, Mumbai – Istana Taj Mahal ini merupakan salah satu mercu tanda di Mumbai. Hotel besar yang indah ini menggabungkan senibina Islam dan Renaissance dan ianya merupakan monument kedua yang paling banyak menjadi lokasi untuk mengambil gambar di India. Hotel mewah yang bersejarah ini pernah dijadikan sebagai hospital sementara semasa Perang Dunia Pertama.
2. Pulau Elephanta – Terletak di utara Perlabuhan Mumbai, pulau ini merupakan antara kuil Hindu yang terkenal di Mumbai. Kuil ini juga merupakan antara tapak warisan dunia yang diwartakan oleh UNESCO. Jika anda ingin mengetahui tentang sejarah Pulau Elephanta ini, anda boleh mengunjungi muzium mini yang terletak dalam kawasan itu juga. Penuh dengan informasi dan maklumat serta gambar-gambar yang menarik, anda boleh belajar dan meneroka sejarah asal kuil ini.
3. Pasar Crawford – Pasar Crawford merupakan antara pasar yang paling sibuk di Mumbai. Dikelilingi oleh pelbagai jenis kedai dan peniaga jalanan, anda boleh membeli pelbagai jenis barangan seperti perkakasan rumah, pakaian, barangan kraftangan yang cantic, buah-buahan serta sayuran yang segar. Pasar ini juga merupakan syurga rempah ratus dan anda boleh membeli pelbagai rempah ratus premium seperti saffron dengan harga yang berpatutan. Terdapat juga gerai-gerai makanan yang menghidangkan pelbagai jenis hidangan tempatan yang enak. Dipasar ini, hampir semua barangan dijual dengan harga yang sangat berpatutan dan anda boleh tawar menawar sehingga anda dapat harga yang berbaloi dangan bajet anda.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka