Penerbangan murah ke Nantong (NTG)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Nantong (NTG)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Singapura (SIN) → Nantong (NTG)
Sichuan Airlines
Khamis, 09 Mei 2024
RM 805.43
Jakarta (CGK) → Nantong (NTG)
Penerbangan
Ahad, 28 Apr 2024
RM 1,478.72
Jakarta (CGK) → Nantong (NTG)
Penerbangan
Ahad, 28 Apr 2024
RM 1,699.44
Jakarta (CGK) → Nantong (NTG)
Penerbangan
Ahad, 28 Apr 2024
RM 2,121.86
Jakarta (CGK) → Nantong (NTG)
Penerbangan
Ahad, 28 Apr 2024
RM 2,424.64
Jakarta (CGK) → Nantong (NTG)
Penerbangan
Ahad, 28 Apr 2024
RM 2,691.46
Jakarta (CGK) → Nantong (NTG)
Penerbangan
Ahad, 28 Apr 2024
RM 3,014.83

Tiket Pesawat Murah ke Nantong, China

Nantong yang merupakan kawasan pusat bagi provinsi Jiangsu ialah sebuah bandar bersejarah serta bandar budaya. Ianya juga dikenali sebagai Permata Sungai dan Lautan. Selain daripada itu, Nantong juga merupakan pusat utama bagi industri tekstil di China.

Lapangan Terbang di Nantong

Lapangan Terbang Nantong Xingdong

Lapangan terbang ini beroperasi bagi bandar Nantong di provinsi Jiangsu. Lapangan ini terletak di Pekan Xingdong, daerah Tongzhou. Buat masa ini, lapangan ini hanya menawarkan penerbangan domestik. Selain itu, lapangan ini hanya mempunyai satu landasan terbang dengan kepanjangan 3,400 meter. Syakirat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang ini termasuk Air Chang’an, Air China, Air Travel, Donghai Airlines dan syarikat penerbangan domestik yang lain-lain. Pada 2016, lapangan terbang ini digunakan oleh 1,538,158 penumpang serta menguruskan 35,371.1 ton kargo.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Nantong?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Nantong. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Nantong.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Nantong?

Waktu yang tidak sesuai adalah pada musim panas kerana cuaca yang ekstrem pada musim tersebut. Bukan itu sahaja, pada musim sejuk, cuacanya akan menjadi sangat sejuk, berangin serta mendung. Oleh itu, waktu yang paling sesuai untuk melawat Nantong ialah dari awal September ke pertengahan Oktober.

Iklim di Nantong ialah iklim subtropikal yang lembab dan Nantong mengalami empat musim berbeza. Penduduk Nantong akan mengalami cuaca yang sangat sejuk pada musim sejuk. Bukan itu sahaja, angin dari arah barat laut juga boleh menyebabkan suhu jatuh ke bawah titik beku pada waktu malam walaupun kemungkinan untuk Nantong menerima salji adalah rendah. Sementara itu, pada musim panas pula, Nantong pada kebiasaannya akan mengalami cuaca panas dan lembab serta hujan juga akan turun.

Memandangkan Nantong ini sebahagian dari China, pengunjung boleh menikmati pelbagai sambutan nasional seperti sambutan Tahun Baru China, Festival Bot Naga dan Festival Double Ninth. Sambutan Tahun Baru China merupakan sambutan yang utama buat orang Cina. Sambutan itu menyaksikan ahli keluarga berkumpul, bertukar hadiah, dan bermain mercun serta bunga api. Berdasarkan mitos Cina, sambutan ini mula dirayakan apabila sebuah kampung kecil di China menggunakan mercun serta bunga api untuk menakut-nakutkan raksasa Nian dengan bunyi bising tersebut. Bukan itu sahaja, warna merah juga terkenal dalam kalangan orang Cina pada perayaan tersebut kerana warna itu juga digunakan untuk menghalau raksasa tersebut. Seterusnya, Festival Bot Naga disambut pada hari kelima di bulan kelima mengikut calendar Lunar. Antara tradisi yang dilakukan pada sambutan ini termasuk pertandingan bot naga, makan zongzi atau ladu nasi serta memakai poc minyak wangi untuk menghalau roh jahat. Menurut lagenda, Qu Yuan yang merupakan pensyair terkenal, telah membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai apabila dia mendapat berita bahawa tanah airnya telah ditawan oleh musuh. Selain itu, sambutan yang disambut oleh masyarakat Nantong ialah Festival Double Ninth, atau lebih dikenali sebagai Festival Chongyang. Sambutan ini disambut pada hari kesembilan pada bulan kesembilan mengikut kalendar Lunar. Nombor sembilan dianggap sebagai istimewa dan bertuah bagi masyarakat China. Sambutan ini juga bertujuan untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang-orang tua.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Nantong?

Nantong merupakan pelabuhan utama di Sungai Yangtze berdekatan dengan Shanghai yang juga terkenal dengan keunikan hasil tekstilnya. Terdapat banyak tarikan yang boleh dilawat di Nantong.

Langshan – Langshan, atau lebih dikenali sebagai gunung serigala, merupakan bukit yang tertinggi antara lima bukit yang berdekatan. Terdapat pelbagai cerita tentang asal-usul jolokan nama gunung serigala tersebut jika anda bertanya pada masyarakat setempat.

Haohe Scenic Area – Terletak di pusat bandar yang lama, tarikan yang mempunyai pemandangan yang cantik ini pada mulanya merupakan parit buatan yang berfungsi sebagai pertahanan kota. Di tepi sungai, terdapat beberapa tarikan yang menarik seperti Culture Square, Crystal Sculpture, Nantong TV Tower dan tidak dilupa, sungai Haohe itu sendiri yang menawarkan bot persiaran.

Muzium Tekstil Nantong – Dirasmikan pada 1985, muzium ini dibuka sebagai tanda penghargaan untuk penglibatan bandar tersebut dengan industri tekstil sekian lamanya. Tarikan utama muzium tersebut sudah tentunya enam dewan pameran serta taman-taman yang terdapat di sekitar muzium itu.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved