Penerbangan murah ke Natuna (NTX)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Natuna (NTX)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Kuching (KCH) → Natuna (NTX)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 1,167.88
Bali / Denpasar (DPS) → Natuna (NTX)
Penerbangan
Jumaat, 26 Apr 2024
RM 1,302.12
Singapura (SIN) → Natuna (NTX)
Penerbangan
Sabtu, 04 Mei 2024
RM 1,473.63
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Natuna (NTX)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 2,487.41
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Natuna (NTX)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 2,711.36

Hotel popular di Natuna

Natuna Hotel
Natuna Hotel
De Best Hotel Natuna
De Best Hotel Natuna
Hotel Natuna Island
Hotel Natuna Island
Adiwana Jelita Sejuba Natuna
Adiwana Jelita Sejuba Natuna
Lihat lebih banyak pilihan hotel

Tiket Pesawat Murah ke Natuna, Indonesia

Kepulauan Natuna adalah sebuah gagasan pulau yang terletak di Kepulauan Riau. Pulau-pulau ini terletak di sebelah barat Laut China Selatan, di sempadan perbatasan utara Indonesia. Secara geografi, Kepulauan Natuna terletak lebih dekat dengan perairan Malaysia dan Singapura tetapi secara politik, pulau-pulau ini sepenuhnya di bawah kekuasaan Indonesia. Kepulauan ini adalah tempat yang unik kerana kebanyakan penduduknya menggunakan dialek Terengganu, salah satu dialek di pantai timur Malaysia, dalam komunikasi harian mereka. Kepulauan Natuna adalah tempat yang sangat menarik dan sesuai bagi mereka ingin bercuti di pulau!

Lapangan Terbang di Natuna

1. Lapangan Terbang Ranai

Juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Natuna. Ia adalah satu-satunya lapangan terbang yang melayani kawasan Natuna. Lapangan Terbang Ranai merupakan sebuah lapangan terbang awam dan juga pangkalan udara ketenteraan untuk Angkatan Udara Indonesia. Lapangan terbang itu hanya mempunyai dua buah terminal dengan yang baharu baru sahaja dirasmikan oleh presiden Indonesia pada Oktober 2016. Lapangan Terbang Ranai hanya mempunyai sebuah landasan. Lapangan terbang ini hanya mengendalikan tiga destinasi penerbangan domestik. Destinasi utamanya, Batam, mempunyai beberapa kali penerbangan dalam sehari untuk sepanjang minggu. Manakala untuk ke Tanjung Pinang dan ke Pontianak, masing-masing adalah pada tiga kali dan dua kali setiap minggu. Syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Ranai adalah Sriwijaya Air dan Wings Air ke Batam, Xpress Air ke Tanjung Pinang dan Nusantara Air Charter ke Pontianak. Lapangan terbang ini mempunyai sebuah tempat letak kereta yang agak luas yang boleh menampung sekitar 150 buah kereta dan 30 buah motosikal. Lapangan Terbang Ranai terletak hanya sepuluh minit dari pusat bandar Natuna.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Murah ke Natuna?

Harga untuk satu tiket penerbangan ke Natuna, Indonesia boleh menjadi mahal jika seseorang tidak tahu di mana untuk mencari tawaran terbaik. Cara yang paling mudah untuk mencari tiket dengan tawaran murah untuk bercuti adalah dengan menggunakan Traveloka, sebuah enjin carian untuk hotel, tempat penginapan dan tiket penerbangan untuk mana-mana destinasi di seluruh dunia. Traveloka boleh didapatkan dengan menggunakan pelayar laman sesawang atau dengan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun. Ia juga mudah untuk digunakan kerana mempunyai antara muka mesra pengguna. Penggun cukup masukkan kata kunci yang berkaitan ke dalam bar carian, tetapkan tarikh dan anggaran harga sebelum klik 'cari.' Dalam beberapa saat, laman sesawang dan aplikasi mudah alihnya akan menunjukkan tawaran terbaik yang tersedia untuk destinasi pilihan. Masih tidak berpuas hati dengan harga semasa pada tawaran tersebut? Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka yang tersedia pada kedua-dua platform. Traveloka akan memaklumkan penggunanya apabila harga tawaran pilihan mereka telah jatuh ke dalam anggaran harga yang diingini.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Natuna?

Kepulaun Natuna mempunyai iklim monson tropika, yang akan menyebabkan setengah tahun menjadi kering dan panas manakala selebihnya adalah musim hujan dengan ribut petir. ‘Musim panas’ biasanya bermula dari Mei sehingga Oktober, dengan banyak hari yang cerah dan suhu yang selesa. Suhu purata semasa musim panas biasanya 25°C tetapi boleh mencapai sehingga 30°C, semenjak akhir-akhir ini. Bulan-bulan ini sangat sesuai untuk terbang ke Pulau Natuna dan meneroknya. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan semasa musim panas, kerana air laut yang lebih tenang. September adalah musim kemuncak pelancongan dan harga tempat penginapan boleh agak malam. Bermula dari November hingga April pula, musim hujan mula memunculkan diri di mana kawasan kepulauan ini akan melihat banyak hujan.

Hujan biasanya berlaku pada lewat petang dan sepanjang malam. Walaupun pelancong masih boleh menikmati bandar Natuna dan juga pantai, laut yang mengelilingi pulau-pulau boleh menjadi sangat berbahaya. Terdapat banyak dan pelbagai jenis perayaan yang berlaku di Kepulauan Natuna seperti Sail to Natuna Festival pada bulan Julai untuk meningkatkan potensi maritim pulau-pulau.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Natuna?

1. Selam snorkel - Menawarkan keindahan bawah laut, selam snorkel adalah salah satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan ketika di Natuna. Peralatan snokel untuk disewa di pulau itu adalah teresedia namun untuk mendapatkan pilihan yang sangat sesuai adalah sangat mustahil. Cara terbaik untuk memastikan set snorkel berfungsi dengan baik adalah dengan membawa mereka masuk.

2. Pantai - Kepulauan Natuna ini mempunyai pantai berpasir putih yng cantik, beberapa kilometer jauhnya. Ini menjadikan hampir pantai di Natuna sempurna untuk bersantai. Jangan sekali-kali terlepas peluang untuk berehat dan bersantai di tepi pantai, menikmati cahaya matahari dan ombak sambil menginap di pulau itu.

3. Alif Stone Park - Terdapat kawasan pantai di Pulau Natuna yang mempunyai koleksi batu-batu yang terbentuk secara semula jadi. Batu-batu ini berselerak di sepanjang pantai dan teluk, membentukkan beberapa pemandangan yang menakjubkan. Terdapat juga satu rangka paus di kalangan batu-batu ini. Alif Stone Park adalah sebuah perniagaan milik keluarga dan ia menawarkan tempat yang bagus untuk bersantai.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka