Penerbangan murah ke New York (JFK)

Cari dan tempah penerbangan murah ke New York (JFK)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Clark - Pampanga (CRK) → New York (JFK)
Penerbangan
Rabu, 20 Mac 2024
RM 3,945.85
Phuket (HKT) → New York (JFK)
Penerbangan
Rabu, 20 Mac 2024
RM 4,964.31
Clark - Pampanga (CRK) → New York (JFK)
Penerbangan
Rabu, 03 Apr 2024
RM 5,513.01
Clark - Pampanga (CRK) → New York (JFK)
Penerbangan
Jumaat, 22 Mac 2024
RM 5,627.04
Cebu (CEB) → New York (JFK)
Penerbangan
Ahad, 14 Apr 2024
RM 5,751.05
Iloilo (ILO) → New York (JFK)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 6,152.19
Cebu (CEB) → New York (JFK)
Penerbangan
Rabu, 20 Mac 2024
RM 6,189.60

Tiket Pesawat Murah ke New York, Amerika Syarikat

Apabila seseorang mendengar perkataan 'New York,' mereka akan selalu memikirkan tentang New York City. New York sebenarnya adalah sebuah negeri di mana New York City yang itu terletak. New York mempunyai lebih daripada 19 juta orang penduduk pada tahun 2018 dan ia adalah negeri keempat paling ramai penduduk di Amerika Syarikat. Lebih dari 40% daripada jumlah penduduk di negeri itu tinggal di New York City, bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di negara ini. Kedua-dua negeri dan kawasan metropolitannya dinamakan sempena seorang bangsawan daripada abad ke-17 Duke of York. Negeri New York berkongsi bersempadan dengan Kanada di utara dan barat laut.

Lapangan Terbang di New York

1. Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy (JFK)

Ini merupakan lapangan terbang utama yang melayani New York City. Ia juga merupakan lapangan terbang antarabangsa yang paling sibuk di Amerika Utara. Pada tahun 2017, Lapangan Terbang Antarabangsa JFK mengendalikan kira-kira 59 juta orang penumpang dengan lebih daripada sembilan puluh syarikat penerbangan yang beroperasi di situ. Lapangan Terbang Antarabangsa JFK mempunyai enam buah terminal penumpang dan empat buah landasan. Ia juga merupakan hab bagi American Airlines dan Delta Air Lines dan pangkalan operasi untuk JetBlue Airways. Terdapat beberapa pilihan pengangkutan yang menghubungkan lapangan terbang ke bandar, terutamanya dengan menggunakan kereta api bawah tanah, bas dan teksi termasuklah kereta persendirian. Terdapat perkhidmatan helikopter yang disediakan oleh New York Airways dan dikendalikan dari Terminal 3 lapangan terbang.

2. Lapangan Terbang LaGuardia (LGA)

Lapangan terbang ini terletak di sebelah utara New York City. Ia mengendalikan sebahagian besar penerbangan domestik dan beberapa penerbangan antarabangsa ke Eropah. Pada 2016, Lapangan Terbang LaGuardia mengendalikan hampir 30 juta orang penumpang. Lapangan Terbang LaGuardia mempunyai beberapa pilihan pengangkutan darat seperti laluan bas yang menghubungkan ke New York City Subway dan Long Island Rail Road yang tersedia di semua terminal. Perkhidmatan bas peribadi juga disediakan, menghubungkan lapangan terbang ke Manhattan, Hudson Valley dan Long Island. Terdapat juga teksi kuning yang ikonik dan limosin yang beroperasi di lapangan terbang LGA ini.

Bagaimana Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke New York?

Tiket penerbangan ke New York boleh menjadi sangat mahal kecuali seseorang tahu di mana untuk mencari tawaran terbaik yang ada di internet. Traveloka adalah tempat untuk pergi dan memburu tawaran hebat, sama ada untuk tiket pesawat atau bilik hotel dan penginapan, di seluruh dunia. Layari terus ke laman web atau muat turun aplikasi mudah alih Traveloka , masukkan kata-kata kunci yang berkaitan dan biarkan laman web itu melakukan carian mereka. Laman web ini akan menunjukkan tawaran terbaik, berdasarkan bajet dan juga tarikh. Masih tidak cukup bagus? Gunakan ciri pemberitahuan harga mereka dan Traveloka akan memaklumkan kepada anda apabila harga jatuh ke dalam lingkungan pilihan. Traveloka adalah tempat terbaik untuk mencari tawaran terbaik.

Bila Waktu Terbaik untuk ke New York?

Waktu yang terbaik untuk ke New York dan melawat negeri yang indah adalah semasa musim bunga sehingga awal musim panas dan luruh. Semasa kedua-dua musim ini, cuaca adalah menyenangkan pada sekitar 20 ° C, walaupun kadang-kadang ia boleh sedikit lebih sejuk atau lebih panas. Tidak terlalu ramai orang juga pada masa-masa ini, membuat perjalanan ke New York jauh lebih menyeronokkan.
Bagi mereka yang mencari untuk waktu yang paling murah untuk melawat New York, pilihlah dari pertengahan bulan Januari sehingga akhir Februari. Walau bagaimanapun, pada masa ini, cuaca boleh sedikit tidak menyenangkan kerana ia adalah masa yang paling sejuk di New York dengan suhu purata 0.3 ° C.New York mempunyai banyak perayaan dan festival, yang berlangusng sepanjang tahun. Terdapat beberapa perayaan yang tidak akan terlepas ketika di New York seperti perarakan bandar sempena Tahun Baru Cina pada bulan Februari, perarakan Hari St Patrick setiap 17 Mac dan Festival Filem Tribeca pada pertengahan musim bunga bersama-sama dengan menyalakan lampu Krismas yang terkenal di Rockefeller Center dan pesta Tahun Baru di Times Square.

Apa 3 Aktivti Menarik yang Boleh Dilakukan di New York?

1. Pertunjukan Broadway - Sinonimnya di New York City, terdapat lebih daripada tiga belas buah teater Broadway yang bertaburan di sekitar kawasan Times Square. Terdapat pelbagai muzikal yang boleh ditonton. Bagi yang ingin menonton pertunjukan yang popular, pastikan untuk mendapatkan tiket terlebih dahulu. Tiket diskaun untuk persembahan hari ini juga boleh didapati di gerai TKTS di Time Square.
2. Staten Island Ferry - Terdapat kira-kira 70 ribu orang yang menggunakan perkhidmatan feri percuma ke Staten Island setiap hari. Menaiki feri percuma ini adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan kerana seseorang akan mendapat pemandangan menakjubkan Lower Manhattan skyline, Statue of Liberty dan Ellis Island. Keseluruhan perjalanan feri akan mengambil hanya 25 minit.
3. Central Park - Taman hijau di tengah-tengah metropolitan, Central Park adalah tempat yang bagus untuk pergi, sama ada untuk bersenam atau hanya menikmati udara segar. Central Park adalah tempat yang besar dan tidak kira betapa ramai orang berada di taman, seseorang akan sentiasa akan dapat mencari tempat untuk duduk dan relaks.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka