Penerbangan murah ke Newcastle (NCL)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Newcastle (NCL)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Bali / Denpasar (DPS) → Newcastle (NCL)
Penerbangan
Khamis, 02 Mei 2024
RM 3,627.28
Jakarta (CGK) → Newcastle (NCL)
Penerbangan
Khamis, 02 Mei 2024
RM 5,028.12
Bangkok (BKK) → Newcastle (NCL)
Penerbangan
Rabu, 08 Mei 2024
RM 9,615.85

Tiket Pesawat Murah ke Newcastle, United Kingdom

Newcastle atau juga dikenali dengan nama Newcastle upon Tyne merupakan sebuah bandar di Tyne and Wear yang terletak di England Utara. Bandar Newcastle ini terletak kira-kira 166 km dari Selatan Edinburgh. Bukan itu sahaja, bandar Newcastle ini terletak kira-kira 446 km di Utara London di tebing Utara Sungai Tyne. Bandar Newcastle ini juga merupakan bandar yang paling ramai penduduk di Timur Laut. Bandar Newcastle ini juga merupakan bandar kelapan yang teramai penduduk di United Kingdom. Bandar Newcastle juga merupakan ahli rangkaian Eurocities di bandar-bandar Eropah. Sehingga 1400, bandar Newcastle merupakan sebahagian daripada daerah Northumberland. Bandar Newcastle ini menjadi sebahagian daripada Tyne and Wear pada tahun 1974. Bandar Newcastle ini juga dikenali sebagai Geordie oleh penduduk tempatan. Bandar Newcastle ini juga menempatkan banyak university ternama seperti Universiti Newcastle dan lain-lain lagi. Bandar Newcastle ini dibangunkan berdekatan dengan penempatan Rom, Pons Aelius. Ia dinamakan sempena nama istana yang dibina oleh Robert Curthose pada tahun 1080. Bandar ini kemudiannya berkembang dengan pesat menjadi pusat penting bagi perdagangan pada abad ke-14. Bandar ini juga menjadi kawasan perlombongan arang batu.

Lapangan Terbang di Newcastle

Lapangan Terbang Antarabangsa Newcastle

Lapangan Terbang Antarabangsa Newcastle merupakan sebuah lapangan terbang yang berkhidmat melayani bandar Newcastle dan kawasan sekitarnya. Lapangan Terbang Antarabangsa Newcastle ini merupakan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terletak kira-kira 10.5 km Barat Laut pusat bandar. Lapangan Terbang Antarabangsa Newcastle ini menjadi lapangan terbang ke-11 tersibuk di United Kingdom. Ia juga menjadi lapangan terbang kedua tersibuk di England Utara selepas Lapangan Terbang Manchester. Lapangan terbang ini telah mengendalikan lebih daripada 5.4 juta penumpang. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Newcastle daripada Malaysia, anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Newcastle. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Newcastle. Walau bagaimanapun, tiada penerbangan terus disediakan oleh mana-mana syarikat penerbangan. Anda boleh memiliki penerbangan seperti KLM, Air France atau pun British Airways. Tambang tiket penerbangan pergi dan balik bermula daripada RM 3,395.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Newcastle?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Newcastle. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Newcastle.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Newcastle?

Waktu puncak dan sibuk di Newcastle adalah pada bulan Jun diikuti dengan bulan Februari dan Mei. Harga hotel dan juga tiket penerbangan akan menjadi lebih mahal daripada bulan-bulan yang lain. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan tawaran yang menarik sekiranya anda menempah tiket penerbangan atau penginapan dengan lebih awal. Bulan yang kurang dengan pelancong adalah pada bulan Disember. Anda boleh mendapatkan tiket penerbangan dan hotel yang murah sekiranya anda berkunjung ke Newcastle pada bulan itu.

Iklim di Newcastle adalah hampir sama dengan tempat lain di United Kingdom. Walau bagaimanapun, bandar Newcastle ini merupakan antara bandar yang paling kering di United Kingdom. Suhu yang tertinggi pernah direkodkan di Newcastle adalah sekitar 32.5 °C pada 3 Ogos 1990 manakala suhu terendah pernah direkodkan adalah sekitar -14.0 °C pada 29 Disember 1995.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Newcastle, anda boleh merancang perjalanan anda untuk meraikan perayaan yang terdapat di sini. Terdapat banyak perayaan atau festival yang anda boleh raikan di sini seperti sambutan Hari Natal pada bulan Disember. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyambut festival muzik di sana.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Newcastle?

Beamish, the Living Museum of the North – muzium ini merupakan sebuah muzium yang terkenal di Newcastle. Muzium ini mempamerkan kehidupan harian masyarakat di Newcastle pada zaman dahulu kala. Anda boleh menimba banyak ilmu dan pengetahuan di muzium ini. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke muzium ini.

Jambatan Gateshead Millennium – jambatan ini merupakan jambatan untuk pejalan kaki dan mereka yang berbasikal. Jambatan ini merentasi Sungai Tyne. Jambatan ini bermula dari Gateshead’s Quays ke Quayside Newcastle. Anda boleh bersiar-siar di atas jambatan ini atau pun bersenam sambil menyaksikan pemandangan yang indah.

Istana Newcastle – istana ini merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong. Ia juga merupakan sebuah kubu pada zaman dahulu. Ia memiliki senibina batu yang sangat indah.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved