Penerbangan murah ke Nha Trang (CXR)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Nha Trang (CXR)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Singapura (SIN) → Nha Trang (CXR)
Penerbangan
Isnin, 15 Apr 2024
RM 487.96
Phuket (HKT) → Nha Trang (CXR)
Penerbangan
Sabtu, 06 Apr 2024
RM 1,788.26
Phuket (HKT) → Nha Trang (CXR)
Penerbangan
Sabtu, 23 Mac 2024
RM 2,275.84
Kaohsiung (KHH) → Nha Trang (CXR)
Penerbangan
Khamis, 28 Mac 2024
RM 2,757.25
Guangzhou (CAN) → Nha Trang (CXR)
Penerbangan
Selasa, 02 Apr 2024
RM 6,446.77
Ordos (DSN) → Nha Trang (CXR)
Penerbangan
Jumaat, 05 Apr 2024
RM 9,140.79

Tiket Pesawat Murah ke Nha Trang, Vietnam

Nha Trang merupakan sebuah bandar pantai dan ibu kota bagi bagi Wilayah Khanh Hoa. Ia terletak di Pantai Tengah Selatan Vietnam. Ia dibatasi di Utara oleh daerah Ninh Hoa, di Selatan oleh bandar Cam Ranh dan di Barat oleh daerah Dien Khanh. Bandar ini mempunyai kira-kira 392,000 penduduk dan jumlah ini dijangka akan meningkat kepada 560,000 penduduk pada tahun 2015 dan 630,000 penduduk pada tahun 2025. Bandar Nha Trang ini mempunyai keluasan sebanyak 12.87 km persegi. Mengikut kelulusan Perdana Menteri Vietnam pada September 2012, komun Barat seperti Dien An dan Dien Toan dirancang untuk digabungkan ke Nha Trang yang akan menjadikan kawasan barunya seluas 265.47 km persegi. Bandar Nha Trang ini terkenal dengan pantai dan aktiviti selam skuba. Ia telah menjadi salah satu aktiviti yang pesat berkembang dan menarik banyak pelancong antarabangsa. Teluk Nha Trang ini dianggap sebagai salah satu teluk yang paling indah di dunia.

Lapangan Terbang di Nha Trang

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh

Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh adalah lapangan terbang utama yang berkhidmat untuk Nha Trang. Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh ini terletak di Cam Ranh iaitu sebuah bandar di Wilayah Khanh Hoa di Vietnam. Bandar Nha Trang terletak 30 km daripada lapangan terbang ini. Kini, Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh mengendalikan semua penerbangan domestic dan antarabangsa ke Nha Trang. Lapangan terbang lama Nha Trang yang terletak di bandar Nha Trang tidak lagi digunakan bagi tujuan komersil. Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh telah dinaik taraf menjadi lapangan terbang antarabangsa pada tahun 2007. Pada bulan Disember 2009, Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh dibuka. Vietnam Airlines dan Jetstar Pacific menawarkan penerbangan berjadual ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh dengan kerap. Terdapat pelbagai kemudahan awam di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh ini seperti tempat membeli-belah, pusat pertukaran mata wang, mesin ATM dan pengangkutan awam.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Nha Trang?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Nha Trang. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Nha Trang.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Nha Trang?

Waktu terbaik untuk melawat Nha Trang adalah pada bulan Februari hingga April. Pada ketika ini, cuaca agak baik dan sederhana. Kadar hujan juga kurang pada waktu ini. Manakala musim yang kurang baik untuk melawat Nha Trang adalah pada ketika musim hujan pada bulan September hingga Disember. Pada ketika ini, harga hotel dan penerbangan akan menjadi sedikit murah dari musim puncak. Walau bagaimanapun, hujan akan turun dengan lebih kerap dan mungkin akan mengganggu percutian anda.
Nha Trang mempunyai iklim savana tropika dengan musim kering yang panjang dari Januari hingga Ogos dan musim hujan dari September hingga Disember. Suhu di Nha Trang boleh menjadi setinggi 39 darjah Selsius dan serendah 14 darjah Selsius. Anda boleh merancang percutian anda ke Nha Trang untuk menyambut Festival Laut Nha Trang bersama penduduk tempatan. Festival ini diadakan setiap dua tahun selama seminggu sekitar bulan Jun di bandar Nha Trang.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Nha Trang?

1. Menara Po Nagar – merupakan kuil zaman purba Champa. Ia didedikasikan untuk Yan Po Nagar, dewi negara yang telah dikenal pasti dengan dewi Hindu Bhagavati dan Mahishasuramardini. Dalam bahasa Vietnam, ia disebut sebagai Thien Y Thanh Mau. Po Nagar ini terletak di Gunung Cu Lao. Ia terdiri daripada tiga tingkat dan merangkumi dua baris menara. Ketinggian menara utama adalah kira-kira 25 m. Arca tumpuan di kuil itu adalah patung dewi Yan Po Nagar yang setinggi 1.2 m.
2. Long Son Pagoda dan Kuil Hai Duc – merupakan kuil Buddha di bandar Nha Trang terletak di Pantai Tengah Selatan Vietnam. Ia dianggap sebagai salah satu tapak utama di bandar ini bersama dengan Kuil Hai Duc. Long Son Pagoda sebelum ini dikenali sebagai Dang Long Tu. Dari Long Son Pagoda, terdapat sebuah jalan besar menuju ke Kuil Hai Duc. Di sana terdapat sebuah patung Buddha konkrit besar berwarna putih yang dikenali sebagai Buddha Gautama.
3. Kereta Kabel Vinpearl – adalah gondola yang dibina pada bulan April 2006. Ia dibuka pada bulan Mac 2007. Kereta kabel gergasi ini mempunyai kepanjangan sepanjang 3320 m dan disokong oleh sembilan tiang yang menjadikkannya kereta kabel yang terpanjang di dunia pada masa itu. Pada waktu malam, kabin kereta kabel dan sembilan tiang ini akan dinyalakan lampu. Kereta kabel ini menghubungkan taman hiburan Vinpearl dan pantai Nha Trang. Kereta kabel ini boleh membawa 1000-1500 orang dalam masa satu jam. Anda dapat menyaksikan keindahan bandar Nha Trang apabila anda menaiki kereta kabel ini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka