Penerbangan murah ke Okinawa (OKA)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Okinawa (OKA)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Medan (KNO) → Okinawa (OKA)
Penerbangan
Sabtu, 13 Apr 2024
RM 1,469.89
Medan (KNO) → Okinawa (OKA)
Penerbangan
Sabtu, 13 Apr 2024
RM 1,473.56
Medan (KNO) → Okinawa (OKA)
Penerbangan
Sabtu, 13 Apr 2024
RM 1,606.21
Medan (KNO) → Okinawa (OKA)
Penerbangan
Sabtu, 13 Apr 2024
RM 1,722.69
Pekanbaru (PKU) → Okinawa (OKA)
Penerbangan
Isnin, 15 Apr 2024
RM 2,040.28
Bangkok (DMK) → Okinawa (OKA)
Penerbangan
Sabtu, 30 Mac 2024
RM 2,101.47
Bali / Denpasar (DPS) → Okinawa (OKA)
Penerbangan
Sabtu, 30 Mac 2024
RM 2,131.48

Tiket Pesawat Murah ke Okinawa, Jepun

Okinawa merupakan sebuah bandar yang terletak di Pulau Okinawa di Kepulauan Jepun. Okinawa ini terletak di rantau Kyushu. Okinawa ini juga merupakan pulau yang terkecil dan mempunyai penduduk yang paling kurang berbading lima pulau utama di Jepun. Pulau Okinawa ini mempunyai keluasan kira-kira 1,206.98 km persegi. Okinawa ini terletak kira-kira 640 km di Selatan pulau utama Kyushu. Taiwan berada kira-kira 500 km daripada Okinawa. Kawasan Naha mempunyai kira-kira 800,000 penduduk manakala bandar Okinawa mempunyai populasi penduduk kira-kira 320,000 orang. Mengikut kajian, penduduk Okinawa merupakan antara penduduk yang mempunyai jangka hidup yang lama. Sejak berakhirnya Perang Dunia II, Okinawa telah menjadi lokasi yang sangat strategik dan penting bagi Angkatan Bersenjata Amerika Syarikat. Namun, kehadiran tentera Amerika Syarikat di pulau itu menyebabkan kontroversi politik di Jepun dan pulau itu.

Lapangan Terbang di Okinawa

Lapangan Terbang Naha

Lapangan Terbang Naha merupakan sebuah lapangan terbang yang berkhidmat melayani Okinawa. Lapangan Terbang Naha ini merupakan lapangan terbang kelas kedua. Lapangan terbang ini terletak di Naha, Okinawa. Ia terletak 4 km Barat dari dewan bandar Naha. Lapangan Terbang Naha ini merupakan lapangan terbang ketujuh tersibuk di Jepun. Lapangan Terbang ini juga menjadi lapangan terbang utama bagi penumpang yang ingin berkunjung ke Okinawa. Lapangan Terbang Naha ini juga mengendalikan penerbangan antarabangsa seperti ke Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Thailand, Singapura dan China. Naha Air menjadikan lapangan terbang ini sebagai hab. Ia juga hab bagi Angkatan Pertahanan Udara Jepun. Pada tahun 2014, Lapangan Terbang Naha ini telah mengendalikan kira-kira 17.5 juta penumpang. Dalam tempoh masa dua tahun, Lapangan Terbang Naha ini telah mengendalikan peningkatan sebanyak tiga juta penumpang dari tahun 2014. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Okinawa dari Malaysia, anda boleh mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Lapangan Terbang Naha. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Okinawa seperti AirAsia X, Jetstar dan EVA Air. Walau bagaimanapun, tiada penerbangan terus yang ditawarkan oleh mana-mana syarikan penerbangan. Anda boleh mendapatkan harga tiket pergi balik bermula dari RM 1,448.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Okinawa?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Okinawa. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Okinawa.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Okinawa?

Waktu puncak dan sibuk di Okinawa adalah pada bulan Julai diikuti dengan bulan April dan November. Harga hotel dan juga tiket penerbangan akan menjadi lebih mahal daripada bulan-bulan yang lain. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan tawaran yang menarik sekiranya anda menempah tiket penerbangan atau penginapan dengan lebih awal. Bulan yang kurang dengan pelancong adalah pada bulan September. Anda boleh mendapatkan tiket penerbangan dan hotel yang murah sekiranya anda berkunjung ke Okinawa pada bulan itu.
Mengikut klasifikasi iklim oleh Koppen, Okinawa mempunyai iklim subtropika lembap yang berhampiran dengan iklim hutan hujan tropika. Bulan yang paling panas di Okinawa ialah pada bulan Julai dengan suhu kebiasaanya mencecah 32.1 °C manakala suhu pada waktu malam kebiasaanya berada sekitar 26.3 °C.
Anda boleh merancang percutian anda untuk ke Okinawa untuk menyambut perayaan atau festival yang ada di Okinawa. Anda boleh menyambutnya bersama dengan penduduk tempatan di sana. Antara festival yang ada di Okinawa ialah Festival Bunga yang diadakan setiap tahun pada bulan Januari. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyambut Tahun Baru di Okinawa pada bulan Disember. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman yang berbeza.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Okinawa?

Zoo dan Muzium Okinawa – anda boleh mengisi masa lapang anda untuk berkunjung ke muzium dan zoo di Okinawa ini. Anda boleh membawa anak-anak kecik anda untuk ke sini. Banyak pengetahuan dan ilmu baru yang anda akan pelajari di sini. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.
Taman Botani – anda juga boleh berkunjung ke Taman Botani ini untuk bersiar-siar dan bersenam. Taman Botani ini mempunyai pemandangan yang indah. Anda pastinya akan menyukai Taman Botani Okinawa ini.
Istana Shurijo – istana ini merupakan sebuah istana lama yang dibina pada 1429. Anda boleh melawat istana yang masih berdiri teguh ini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka