Promosi Jadi Rakan KamiSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:

Pengesahan Diperlukan

Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:

1
2

Penerbangan murah ke Pattaya (UTP)

Tiket Penerbangan
Penerbangan + Hotel
Pengangkutan L/Terbang

Tiket Pesawat Murah ke Pattaya, Thailand

Terletak di pantai timur di Teluk Thailand, Pattaya atau lebih kerap disebut sebagai Phattaya dinamakan sempena angin yang bertiup dari barat daya ke timur laut pada permulaan musim hujan. Pada zaman dahulu ketika tentera Amerika ditempatkan di sini, kota Pattaya hanyalah merupakan sebuah desa nelayan yang terletak 100 kilometer jauhnya dari tenggara Bangkok. Ia kemudian menjalani pengubahsuaian 360o dari penempatan kecil itu menjadi jalan-jalan parti yang paling maju di negara ini yang turut menawarkan tarikan yang lebih banyak lagi! Oleh itu, bandar pesisir Pattaya ini mula menjadi terkenal seawal tahun 1980-an. Bukan sahaja kerana pemandangan alam semula jadinya yang menakjubkan dan kehidupan malam yang mengasyikkan tetapi Pattaya juga menggambarkan khazanah keagamaan yang unik, tradisi kuno Thailand yang berharga dan budaya tempatan yang berwarna-warni.


Lapangan Terbang di Abu Dhabi

1. Lapangan Terbang Antarabangsa U-Tapao-Rayong-Pattaya

Singkatan sebagai Lapangan Terbang U-Tapao, lapangan terbang antarabangsa ini terletak di Sattahip, kira-kira 30 kilometer dari selatan Pattaya. Oleh itu, pengangkutan diperlukan dari pintu ke pintu, dari U-Tapao ke Pattaya, sama ada dengan bas mini, kereta, teksi bermeter atau terdapat juga syarikat penerbangan seperti AirAsia yang turut menyediakan sebuah van di ruang ketibaan domestik. Perjalanan hanya akan mengambil masa tambahan kira-kira 30 minit. Hanya sekadar pesanan, apabila membeli tiket penerbangan adalah penting untuk turut mempertimbangkan sama ada untuk menyertakan pra-tempahan untuk pengangkutan seterusnya.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Pattaya?

Merupakan sebuah mesin pencari semata-mata untuk para pelancong yang tegar seperti anda, Traveloka adalah satu-satunya yang sesuai untuk anda memulakan pencarian penerbangan yang termurah, ke mana sahaja yang anda idamkan termasuk Pattaya. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisi butir-butir maklumat asas yang diperlukan. Sejurus kemudian, Traveloka akan memberikan anda akses pada senarai keseluruhan tawaran yang disyorkan megikut kesesuaian anda! Harga penerbangan dari syarikat penerbangan yang dipercayai akan dibandingkan dengan yang esuai dengan bajet peribadi anda. Apa yang lebih baik ialah anda juga boleh menggunakan ciri pemberian harga Traveloka yang sentiasa mengemas kini setiap kali berlakunya penurunan harga! Maka percutian anda akan menjadi lebih baik dengan bajet yang terbaik!


Bila Waktu Terbaik untuk ke Pattaya?

Ini bagaimanapun bergantung sepenuhnya pada anda, pilihan iklim dan cuaca yang anda idamkan, serta perbelanjaan anda. Pattaya diberkahi dengan iklim tropika dan kering tropika yang terdiri daripada 3 partisyen; 1. panas dan kering dari Disember hingga Februari, 2. panas dan lembap dari bulan Mac hingga April dan 3. panas dan hujan dari Mei hingga November. Masa terbaik yang paling disyorkan untuk melawat Pattaya adalah pada akhir bulan November hingga Februari kerana cuaca akan menjadi sangat menyenangkan, kering dan sejuk. Oleh itu, kemasukan pelancong yang banyak adalah dijangkakan pada bulan-bulan ini. Maka, bersiap sedia untuk meraih harga tinggi hanya untuk sebuah bilik! Anda boleh menjangkakan beberapa hujan lebat ringan dan pendek juga. Acara utama yang berlaku pada bulan-bulan ini adalah Pattaya Longboat Races di Mabprachan Lake pada bulan November, Ulang Tahun KIng pada bulan Disember, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina di antara bulan Januari dan Februari.


Sementara itu, bulan Mac hingga Mei menunjukkan kenaikan suhu. Ya, iklimnya tetap kering namun akan terdapat hujan sekali-sekala. Walaupun cuaca panas terik, justeru masih terdapat ramai pelancong di sekitar pantai. Jangan lupa untuk bersedia dengan cermin mata hitam, topi dan yang paling penting adalah losyen pelindung matahari anda! Pada tempoh ini, anda akan mula melihat banyak hotel mengekalkan harga bilik yang tinggi, sementara hanya ada sebahagian kecil sahaja yang mengurangkan. Namun begitu, harga akan mulai menurn dengan drastik ada 1 Mei. Jangan melepaskan peluang untuk menghadiri Festival Muzik Pattaya yang terkenal pada bulan Mac dan Festival Songkran yang menyeronokkan pada bulan April.


Akhirnya, musim monsun di Pattaya berlaku dari bulan Jun hingga Oktober. Pakej hujan lebat yang dilengkapi dengan langit yang gelap, ribut petir dan gurh akan dijangka berlaku pada masa ini. Kasut tambahan adalah amat berguna apabila tiba saat-saat seperti ini! Oleh itu, penginapan hotel dan tarikan pelancong lain secara tidak langsung akan merosot dan menjadi lebih dan lebih baik. Menariknya lagi musim monsun ini, bar, restoran dan pantai menjadi semakin kurang padat. Sekiranya anda lebih merupakan seorang yang suka meluangkan dan menikmati masa bersendirian di pantai, ini terbukti menjadi masa yang sesuai buat anda!


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Pattaya?

Pattaya adalah seperti mimpi yang menjadi kenyataan! Menawarkan tempat penginapan yang terbaik, menikmati masakan tempatan dan menghargai kebudayaannya yang meriah, Pattaya juga merupakan tempat yang bagus untuk percutian seisisi keluarga.


1. Walking Street Pattaya - Yang paling besar, paling sibuk dan paling meriah di keseluruhan Thailand dan termasuklah juga Pattaya sendiri, Walking Street Pattaya turut menawarkan pelbagai tarikan dari restoran, ‘beer bar’, ‘go-go bar’, kelab malam dan banyak lagi! Jangan terkilan, dengan kesesakan lorong ini pada setiap malam.


2. Sanctuary of Truth - Sanctuary of Truth adalah sangat unik kerana strukturnya yang ikonik ini diukir sepenuhnya daripada kayu jati dengan penuh teliti! Dengan ketinggian 105 meter, ia bukanlah sebuah kuil mahupun sebuah istana, tetapi hasil daripada kedua-dua kombinasinya. Ini merupakan tempat yang paling sempurna untuk anda menghargai falsafah, seni, budaya dan kepercayaan penduduk tempatan.


3. Pasar Terapung Pattaya - Pasar Terapung Pattaya adalah tempat yang sangat sesuai bagi anda yang menginginkan masakan Thai yang asli, pencuci mulut dan istimewa dari seluruh Thailand. Pasar legenda ini juga merupakan pusat jualan seperti gerai buah-buahan, kedai-kedai cenderahati dan galeri seni. Ia benar-benar merupakan syurga makanan!

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
Getting To and From the Airport
Finding a ride to or from the airport in Pattaya can be a challenge. Luckily, now you can book your airport transport in advance with the Traveloka app. Partnering only with trusted transportation providers, we ensure your airport trip to be worry-free. Take a look at our various transport options and find one that best suits your needs.

ALLSTAR TRAVEL & TOURS SDN. BHD. No. Pendaftaran 200001008213 (510819-T), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2021 Traveloka
Perlu Bantuan?