Penerbangan murah ke Queenstown (ZQN)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Queenstown (ZQN)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Wellington (WLG) → Queenstown (ZQN)
Jetstar
Ahad, 12 Mei 2024
RM 125.97
Melbourne (MEL) → Queenstown (ZQN)
Emirates
Selasa, 21 Mei 2024
RM 1,023.45
Bangkok (BKK) → Queenstown (ZQN)
Penerbangan
Khamis, 02 Mei 2024
RM 2,533.95
Perth (PER) → Queenstown (ZQN)
Penerbangan
Sabtu, 11 Mei 2024
RM 3,346.80
Singapura (SIN) → Queenstown (ZQN)
Penerbangan
Rabu, 01 Mei 2024
RM 4,378.77
Bali / Denpasar (DPS) → Queenstown (ZQN)
Penerbangan
Rabu, 22 Mei 2024
RM 4,686.27

Aktiviti menarik di Queenstown

Skydiving Queenstown Experience by NZONE | New Zealand

RM 949.21
Lihat lebih banyak pilihan aktiviti

Tiket Pesawat Murah ke Queenstown, New Zealand

Queenstown terletak di barat daya Pulau Selatan, New Zealand. Dengan populasi seramai 15,580 orang, Queenstown sangat aktif dengan aktiviti pelancongan. Pengunjung melawat Queenstown sepanjang tahun untuk aktiviti pengembaraan yang terkenal dan pemandangan indahnya merupakan salah satu pilihan terkenal bagi tapak penggambaran filem terkemuka seperti trilogi Lord of the Rings dan The Hobbit.

Lapangan Terbang di Queenstown

Lapangan Terbang Antarabangsa Queenstown

Lapangan Terbang Antarabangsa Queenstown adalah lapangan terbang utama yang berkhidmat untuk Queenstown, terletak 8 kilometer dari pusat bandar Queenstown. Persekitaran lapangan terbang itu begitu indah sehingga mendapat undian paling banyak untuk Pemandangan Pendaratan Lapangan Terbang Paling Cantik di Dunia pada tahun 2015. Pada tahun 2018, lapangan terbang itu telah berkhidmat untuk hampir 2.3 juta penumpang, menjadikannya lapangan terbang keempat paling sibuk di New Zealand. Lapangan Terbang Queenstown hanya mempunyai satu terminal untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Enam syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Queenstown iaitu Air Milford, Air New Zealand, Glenorchy Air, Jetstar, Qantas dan Virgin Australia. Buat masa ini, tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Queenstown, tetapi pengunjung dapat menuju ke bandar ini dengan mengambil penerbangan transit. Sewaktu ketibaan anda atau sebelum berlepas, anda boleh melawat kedai bebas cukai dan restoran di terminal. Lapangan Terbang Queenstown hanya 15 minit dari pusat bandar. Pengunjung boleh sampai ke bandar melalui bas ulang-alik lapangan terbang, bas awam Orbus dan teksi.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Queenstown?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Queenstown. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Queenstown.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Queenstown?

Cuaca di Queenstown adalah sederhana dan dipengaruhi oleh iklim lautan kerana lokasi geografinya dikelilingi oleh gunung tinggi. Cuaca biasanya lembap tetapi kurang mengalami hujan. Musim panas di Queenstown agak sederhana dengan hari yang panas mencapai 30 darjah Celsius pada maksimum. Sinar matahari boleh menjadi amat terik jadi anda perlu melengkapkan diri dengan pelindung cahaya matahari. Pada musim sejuk, cuaca boleh mencapai -1 darjah Celcius dengan salji yang kerap, walaupun salji tidak berkumpul di sini.

Queenstown terkenal dengan pemandangan dan aktiviti luarnya yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walaupun musim panas sesuai untuk anda menikmati pengalaman anda melakukan pelbagai aktiviti luar, anda boleh menikmati lawatan ladang anggur pada musim bunga, aktiviti ski dan salji di musim sejuk, dan berjalan kaki atau menaiki basikal di Queenstown Trail pada musim luruh. Jika anda bercadang untuk pergi ke Queenstown pada musim sejuk, anda boleh menghadiri Festival Musim Sejuk Queenstown pada bulan Jun setiap tahun dan Festival Ais & Pelbagai yang Hebat pada bulan Ogos. Pelawat juga boleh mengunjungi Queenstown pada musim bunga di mana Festival Seni Arrowtown Musim Bunga diadakan pada bulan September dan Festival Jazz Queenstown pada bulan berikutnya. Pada musim luruh, anda dicadangkan untuk menghadiri Festival Akarua Arrowtown yang berlangsung pada akhir April selama lima hari berturut-turut yang merayakan warisan bandar ini dengan aktiviti perarakan jalanan, lawatan sejarah dan banyak lagi.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Queenstown?

Queenstown adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

Tasik Wakatipu - Tasik Wakatipu adalah tasik terpanjang di New Zealand dengan kepanjangan 80 kilometer. Dikelilingi oleh pergunungan, Lake Wakatipu merupakan habitat penting bagi pelbagai spesies akuatik termasuk ikan trout, ikan salmon dan belut longfin. Pemandangan indahnya juga telah menjadikannya lokasi terkenal untuk penggambaran filem. Antara aktiviti pelancongan yang terkenal di sini adalah paragliding, bungee jumping dan banyak lagi.

Lembah Nevis - Anda memerlukan seluruh hari untuk meneroka Lembah Nevis. Lembah Nevis menawarkan anda tinggalan sejarah lombong emas di Queenstown. Semasa melawat, anda boleh berhenti di Pergunungan Utara Hector dan Remarkable Range untuk ke Kawasan Pemuliharaan Remarkables bagi pemandangan Otago Tengah yang menakjubkan. Terdapat pelbagai trek laluan untuk pilihan anda, bergantung kepadapenerokaan anda menggunakan basikal atau pemanduan empat roda. Untuk peneroka yang berani, anda mungkin berminat mencuba salah satu ayunan terbesar di dunia, Nevis Swing, atau lompatan bungee pada ketinggian 134 meter.

Skippers Canyon - Skippers Canyon adalah jurang indah yang terletak beberapa kilometer di utara Queenstown. Skippers Canyon adalah bandar emas yang sibuk pada pertengahan tahun 1800-an dan beberapa lokasi tinggalan aktivit perlombongan telah dipelihara sehingga hari ini. Skippers Road, yang menghubungkan jalan ke Skippers Canyon kini merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling banyak dikunjungi dan didaftarkan di bawah New Zealand Historic Places Trust sejak tahun 2006.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved