Penerbangan murah ke Rabaul (RAB)

Tiket Pesawat Rabaul, New Britain, Papua New Guinea

Rabaul adalah sebuah bandar yang terletak di daerah East New Britain. Daerah ini terletak di kepulauan New Britain di negara Papua New Guinea. Ia terletak lebih kurang 600 kilometer dari kepulauan New Guinea. Rabaul adalah bandar utama di daerah itu. Ia juga adalah bandar penempatan yang paling penting di daerah itu akan tetapi bandar itu telah musnah pada tahun 1994 akibat letupan gunung berapi yang menyebabkan bandar itu dilitupi dengan abu yang banyak. Rabaul juga terletak di hujung Gunung Berapi Rabaul. Walaupun Rabaul sangat berisiko tinggi untuk menghadapi letusan gunung berapi, ia masih terkenal untuk bidang perlancongannya kerana terdapat gunung berapi, tapak untuk snorkel dan juga menyelam skuba. Tambahan lagi, bandar ini terkenal kerana permandangannya yang cantik, sejarah pada Perang Dunia ke-2, hidupan flora dan fauna dan juga budaya orang Tolai. Sebelum ini Rabaul juga adalah destinasi popular untuk bot rekreasi. Kini lebih kurang 10 hingga 12 bot kruise akan membawa penumpang untuk pergi ke Rabaul. Pelancongan adalah industri utama yang menyumbang pada ekonomi Rabaul.

Lapangan Terbang di Rabaul

Lapangan Terbang Rabaul(RAB)

Lapangan Terbang Rabaul juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Tokua. Ia adalah lapangan terbang untuk kawasan Kokopo, Rabaul dan juga kawasan berdekatan. Kokopo dan Rabaul adalah bandar utama daerah East New Britain pada masa kini dan sebelumnya. Apabila bandar Rabaul musnah akibat letusan gunung berapi pada tahun 1994, lapangan terbang itu juga termasuk sebagai salah satu tempat yang musnah. Ini adalah kerana ia terletak di kaki gunung berapi Tavurvur berdekatan dengan Pulau Matupit. Kemudian lapangan terbang baru telah dibina di Tokua yang terletak berlawanan dengan Gunung Berapi Rabaul. Lapangan terbang ini adalah 32 kaki panjang dan hanya mempunyai 1 laluan kapal terbang. Antara syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang ini adalah Air Niugini, Hevilift, PNG Air dan juga Travel Air. Destinasi dimana syarikat penerbangan ini pergi adalah bandar seperti Hoskins, Lae, Port Moresby, Buka dan beberapa bandar lain lagi.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah Rabaul. Apa yang perlu anda lakukan adalah kunci dalam maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran anda. Ia membandingkan harga penerbangan merentasi beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri amaran harga Traveloka untuk dimaklumkan penerbangan ke rangkaian harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Rabaul.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Rabaul?

Secara keseluruhan cuaca Rabaul tidak berbeza sepanjang tahun. Perubahannya adalah terlalu kecil untuk menjejaskan apa – apa perancangan untuk melawat bandar Rabaul. Akan tetapi, bulan yang paling sesuai untuk melawat Rabaul adalah pada bulan Jun. Pada bulan ini cuaca di Rabaul adalah sangat bagus. Pada waktu siang, suhu bandar itu adalah 30°C manakala pada waktu malam ia adalah 24°C. Pada bulan ini juga jumlah hujan yang turun tidak begitu banyak oleh itu matahari akan bersinar sepanjang hari. Cuaca ini akan kekal sebegini hingga bulan Ogos.

Akan tetapi pada bulan September hingga November, ia tidak begitu sesuai untuk melawat Rabaul kerana terdapat lebih banyak hujan turun pada bulan – bulan ini. Oleh itu ia mungkin akan menjejaskan perancangan untuk menerokai bandar Rabaul.

Rabaul akan menyambut Festival Kemboja pada setiap bulan September. Ini adalah untuk menyambut bandar itu terselamat dari letusan gunung berapi pada tahun 1994. Ia dinamakan festival kemboja bersempena pokok kemboja yang ditanam sepanjang jalan Rabaul. Oleh itu pada festival ini, penduduk akan memainkan muzik dari bandar Kokopo hingga ke Rabaul, menari tarian kebudayaan, menyalakan bunga api dan juga lumba kayak.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Rabaul?

Rabaul adalah salah satu daripada di Papua New Guinea yang menerima ramai pelancong. Ada banyak tarikan di Rabaul dan antaranya adalah:

Tanah Perkuburan Bitapaka - Tanah perkuburan Bitapaka telah diuruskan dan dijaga oleh Persatuan Kubur Perang Australia. Ini adalah tapak pengkebumian bagi mereka yang telah berkhidmat pada Perang Dunia ke-2 dan telah terkorban. Ini juga adalah bertujuan untuk memperingati mereka yang telah terkorban ketika peperangan itu.

Terowong Jepun - Pada masa Perang Dunia ke-2, terdapat lebih kurang 700 kilometer terowong di dalam bukit yang mengelilingi Pelabuhan Simpson di Rabaul. Di dalam terowong ini terdapat tempat penginapan, hospital dan tempat penyembunyian dibina. Ada antaranya yang masih boleh dilihat sehingga kini.

Observatori Gunung Berapi - Di Observatori ini pelancong boleh menikmati permandangan gunung berapi dan juga pelabuhan. Disini juga pelancong boleh mempelajari dengan lebih mendalam mengenai gunung berapi dan merasakan simulasi gegaran tanah ketika gunung berapi meletus. Jika gegaran itu tidak dapat di rasai, pelancong juga boleh melihat pergerakan seismografi di skrin digital. Observatori ini terletak 900 meter dari bandar Rabaul.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Aktiviti Menarik di Rabaul

Xperience Lain di Rabaul

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka