Penerbangan murah ke Rote (RTI)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Rote (RTI)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Kupang (KOE) → Rote (RTI)
Susi Air
Rabu, 24 Apr 2024
RM 237.71

Tiket Pesawat Murah ke Rote, Indonesia

Rote merupakan salah satu destinasi percutian yang menarik tapi masih belum diketahui ramai. Pulau ini berserta pulau-pulau kecil di sekitarnya berstatus kabupaten, atau daerah, yang dikenali sebagai Kabupaten Rote Ndao dan terletak di barat daya Kepulauan Timor. Walaupun masih belum diketahui ramai, Pulau Rote sebenarnya terkenal dalam kalangan peluncur air apabila peluncur-peluncur air kerap mendatangi pulau ini untuk menawan ombak-ombak ‘cantik’ yang terhasil dek tiupan angin. Bukan itu sahaja, Pulau Rote juga menyediakan pantai-pantai berpasir putih serta air yang jernih yang menjadi salah satu tarikan utamanya.

Lapangan Terbang di Rote, Indonesia

Bandar Udara David Constantijn Saudale

Bandar Udara David Constantijn Saudale, atau sebelumnya dikenali sebagai Bandar Udara Lekunik, merupakan lapangan terbang utama di Ba’a, ibu kota Kabupaten Rote Ndao. Pada ketika ini, lapangan ini merupakan salah satu daripada dua titik masuk ke Pulau Rote, selain Pelabuhan Ba’a. Untuk masa ini, lapangan terbang ini hanya mampu menampung kapal terbang kecil seperti ATR-72. Selain daripada itu, lapangan terbang ini terdiri daripada terminal penumpang sebesar 1,170 meter persegi dan bangunan operasi. Bangunan operasi itu pula terdiri daripada pejabat-pejabat, bangunan pengurusan sistem penerbangan NDB, bengkel, menara ATC, bangunan PKP-PK serta bangunan PH. Disebabkan saiz lapangan yang kecil ini, Wings Air merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi di situ dengan operasi penerbangan yang hanya untuk ke dan dari Kupang dua kali sehari.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Rote?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Rote. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Rote.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Rote?

Waktu yang tidak sesuai untuk ke Rote ialah dari September ke Mac kerana ianya merupakan musim hujan dan ribut. Namun yang demikian, waktu kemuncak untuk melancong ke Rote ialah pada musim kering iaitu dari Mei ke September di mana kebanyakan pelancong datang untuk menjinakkan ombak-ombak ketika meluncur air. Pada musim tersebut, Rote menawarkan ombak-ombak yang menarik untuk aktiviti luncur air. Tetapi, jika anda bukan peminat aktiviti luncur air, penjelajahan Rote akan menjadi lebih selesa antara Julai dan Ogos kerana bulan-bulan tersebut merupakan bulan tersejuk di Rote dengan tiupan angin yang nyaman pada kebanyakan hari.

Selain itu, antara Mac/April dan Oktober/November pula dikenali sebagai ‘shoulder season’ di mana suhu pada ketika itu secara amnya lebih panas. Disebabkan kurangnya angin dan ombak yang kurang konsisten, musim ini menjadi musim kurang tumpuan untuk Rote dan sesuai untuk pelancong yang menginginkan percutian yang aman di pantai.

Pulau Rote mempunyai beberapa peristiwa yang pelancong seharusnya mengambil perhatian. Pertama, Pasar Lokal Rote di mana bazaar itu dikira sebagai sebuah tempat kebudayaan dan sosial yang penting bagi orang Rote. Pasar ini diadakan setiap Selasa dan anda boleh mencuba skil tawar-menawar anda untuk mendapatkan buah-buahan serta sayur-sayuran segar, rempah-ratus, perhiasan, pakaian dan banyak lagi pada harga yang berpatutan di samping merasai sendiri kebudayaan orang Rote yang asli. Seterusnya, Upacara Adat HUS Ndeo, atau Upacara Pacuan Kuda Berhias, juga merupakan satu acara tahunan Rote yang menarik. Upacara ini diadakan bagi mengekspresikan rasa syukur atas berkat yang diperoleh daripada hasil penuaian sawah, ladang serta hasil laut. Daripada upacara ini juga, masyarakat tempatan dapat mengetahui musim hujan dan musim hasil bagi tahun berikutnya. Pada kebiasaannya, upacara ini berlangsung antara akhir bulan Julai hingga pertengahan bulan Ogos. Jarak untuk pacuan kuda berhias lebih kurang 3.2 kilometer apabila pacuan kuda merentasi kota Ba’a untuk menuju ke tempat utama acara tersebut, desa Boni. Upacara ini akan dimulakan serta diakhiri dengan tarian tradisional daripada orang Rote. Tarian tersebut selalunya dipersembahkan oleh kaum wanita diiringi dengan petikan Sasando, gitar tradisional masyarakat Rote manakala kaum lelaki pula akan melangsungkan ritual penyembahan nenek moyang sambil memakai pakaian traditional mereka. Tidak ketinggalan, masyarakat Rote juga akan mengadakan sambutan Hari Kebangsaan mereka iaitu pada 17 Ogos. Selepas tamat sambutan tersebut, mereka selalunya akan mengadakan permainan serta pertandingan-pertandingan kecil seperti lari dalam guni, bawa guli menggunakan sudu, dan pelbagai permainan lain.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Rote?

Walaupun Pulau Rote masih belum menjadi destinasi pilihan kebanyakan pelancong, realitinya pulau ini menawarkan pelbagai tempat serta aktiviti menarik untuk pelancong.

Meluncur air di Nemberala - Aktiviti meluncur air sudah semestinya satu aktiviti yang paling dinantikan di Pulau Rote kerana pulau ini menyediakan kawasan meluncur air yang berkualiti. Salah satu tempat yang terkenal untuk meluncur air di pulau ini ialah Besialu Reef, atau lebih mesra dikenali sebagai T-Land. Kawasan ini menawarkan ombak-ombak ‘cantik’ dan konsisten untuk para penggemar aktiviti meluncur air. Selain itu, Bo’a juga antara tempat yang menarik untuk aktiviti tersebut di mana para pelancong boleh pergi ke situ dengan menyewa bot, kereta atau motosikal.

Snorkeling dan Menyelam - Bukan sahaja Pulau Rote ini mempunyai pantai-pantai yang cantik dan bersih, malahan, ianya dikelilingi dengan pelbagai terumbu karang yang berwarna-warni. Pulau Rote juga mempunyai pelbagai hidupan lain seperti ‘firefish’, manta dan dugong.

Mendalami Kebudayaan Masyarakat Rote - Pulau Rote mempunyai pelbagai relik-relik bersejarah seperti porselin China yang antik, di samping kesenian serta tradisi purba. Pulau ini juga terkenal dengan lontar, pokok yang memainkan peranan penting bagi masyarakat Rote kerana mereka menggunapakai pokok tersebut bagi memenuhi keperluan hidup serta menjana pendapatan mereka. Antara hasil yang diperbuat daripada lontar ialah gitar tradisional masyarakat Rote iaitu Sasando, topi tradisional iaitu Ti’i Langga serta ikat atau sarong.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Rote

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka