Penerbangan murah ke Shonai (SYO)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Shonai (SYO)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Tokyo (HND) → Shonai (SYO)
All Nippon Airways
Sabtu, 18 Mei 2024
RM 410.50
Jakarta (CGK) → Shonai (SYO)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 4,792.42
Jakarta (CGK) → Shonai (SYO)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 4,800.68
Jakarta (CGK) → Shonai (SYO)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 5,062.08
Jakarta (CGK) → Shonai (SYO)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 5,099.11
Jakarta (CGK) → Shonai (SYO)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 5,256.25
Jakarta (CGK) → Shonai (SYO)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 8,472.29
Jakarta (CGK) → Shonai (SYO)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 11,609.77
Jakarta (CGK) → Shonai (SYO)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 11,850.27
Jakarta (CGK) → Shonai (SYO)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 13,722.83

Tiket Pesawat Murah ke Shonai, Jepun

Terletak di wilayah Yamagata di utara Honshu, Jepun, Shonai adalah sebuah bandar indah yang dinyatakan mempunyai pelbagai tarikan yang paling baik di Jepun. Dianggap sebagai Jepun Tersembunyi, Shonai adalah kaya dengan budaya dan sejarahnya yang boleh dibandingkan dengan kota Kyoto. Shonai merupakan bandar yang mempunyai alam semulajadi yang luas, hasil pertanian yang segar, dan antara makanan yang terbaik di Jepun. Pekan ini juga mempunyai satu-satunya tempat makanan bersijil UNESCO di Jepun iaitu Shojin Ryori Ascetic Cuisine di Tsuruoka.

Lapangan Terbang di Shonai

Lapangan Terbang Shonai

Lapangan Terbang Shonai adalah salah satu gerbang utama untuk mencapai wilayah Yamagata. Penumpang akan teruja dengan pemandangan menarik ladang padi Shonai Plain dan Lautan Jepun semasa berlepas atau mendarat. Pada masa ini, hanya dua syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Shonai iaitu All Nippon Airways dan Jetstar Japan untuk destinasi Tokyo-Haneda dan Tokyo Narita. Oleh kerana tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Shonai, penumpang boleh mengambil penerbangan transit ke Tokyo sebelum tiba di Shonai yang berjarak sejam melalui penerbangan. Semasa penumpang berada di terminal lapangan terbang, anda boleh mengunjungi kedai-kedai cenderahati untuk cenderahati keistimewaan Shonai. Dari lapangan terbang, penumpang boleh sampai ke pusat bandar dengan mengambil mana-mana pengangkutan yang terdapat di terminal seperti teksi dan bas.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Shonai?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Shonai. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Shonai.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Shonai?

Shonai mengalami iklim benua lembap dengan empat musim. Musim panas adalah panas dan lembap, dengan suhu biasanya paling panas pada bulan Julai dan Ogos antara 28 hingga 30 darjah Celsius. Musim sejuk selalunya sejuk di bawah sifar darjah terutama pada bulan Januari dan Februari. Salji juga tertinggi dalam masa dua bulan ini. Curah hujan lebat adalah biasa sepanjang tahun, kecuali musim bunga yang mempunyai cuaca yang lebih kering. Untuk menikmati perjalanan di sekitar Shonai, pelawat boleh mempertimbangkan untuk melawat pada musim bunga kerana ia merupakan masa terbaik untuk melawat dari segi cuaca.

Orang tempatan Shonai masih mempraktikkan budaya tradisional mereka dengan merayakan pelbagai perayaan tradisional yang diadakan sepanjang tahun. Perayaan pada umumnya dibuka kepada orang awam secara percuma. Sebagai contoh, salah satu festival api tertua Jepun, Shoreisai Festival, diadakan setiap Malam Tahun Baru di puncak Gunung Haguro Dewa Shanzan. Juga diadakan di musim sejuk adalah Festival Yaya, upacara keberkatan untuk lelaki berusia antara lima hingga empat belas tahun. Di musim panas, orang Shonai menjalankan Ritual Hassaku Shinto setiap 31 Ogos dan 1 September di Gunung Haguro untuk festival Hassaku. Pengunjung juga boleh menikmati tarian tradisional pada awal bulan Ogos di Festival Tari Sakata Jinku Nagashi. Terdapat juga banyak perayaan menarik lain di Shonai, termasuklah Festival Bunga Api Akagawa dan Festival Bunga Sakata pada bulan Ogos, Festival Salji Yamagata dan Festival Ikatsuri.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Shonai?

Shonai adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di Jepun. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

Taman Hiyoriyama - Alamilah salah satu daripada lokasi matahari terbenam yang paling indah di Jepun yang menghadap Lautan Jepun dari Taman Hiyoriyama. Taman ini terletak di kawasan tanah tinggi dan memberikan pandangan pelabuhan di mulut Sungai Mogami yang sangat cantik. Juga di taman ini adalah rumah api kayu bersisi enam yang tertua di Jepun dan skala setengah kitamae-bune, sebuah kapal pedagang lama. Kemasukan adalah percuma untuk mengakses tapak warisan Jepun ini.

Kediaman Honma – Keluarga Honma pernah menjadi pedagang yang terkenal di Shonai yang telah membina kediaman mereka pada tahun 1768. Kediaman ini juga mempunyai rumah samurai yang bersambung dengan bangunan utama. Bangunan ini dipelihara dengan baik memaparkan sebuah rumah tradisional Jepun yang indah yang memegang sejarah penting. Gabungan gaya senibinanya yang unik telah menjadikan Kediaman Honma memperoleh dua bintang dari daimyoMichelin Green Guide: Japan. Kemasukan ke kediaman ini hanya berharga 700 JPY (MYR 27.60).

Rumah Teh Maiko Soma-ro - Pengunjung juga boleh menikmati budaya Jepun dengan melawat Rumah Teh Maiko Soma-ro, atau Soma-ro secara pendek. Soma-ro adalah sebuah bangunan restoran tradisional lama yang dipulihkan di mana kini menawarkan masakan tempatan serta mempersembahkan tarian tradisional kepada pengunjung. Rumah The ini juga mempunyai paparan patung hina, seni dan kraf bersejarah yang pasti akan menarik perhatian anda.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Shonai

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved