Penerbangan murah ke Singapore (SIN)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Singapore (SIN)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Pulau Pinang (PEN) → Singapura (SIN)
Jetstar Asia Airways
Jumaat, 22 Mac 2024
RM 74.03
Alor Setar (AOR) → Singapura (SIN)
Penerbangan
Selasa, 26 Mac 2024
RM 157.99
Bangkok (DMK) → Singapura (SIN)
Penerbangan
Khamis, 18 Apr 2024
RM 314.88
Labuan Bajo (LBJ) → Singapura (SIN)
Penerbangan
Khamis, 21 Mac 2024
RM 365.79
Trivandrum (TRV) → Singapura (SIN)
Penerbangan
Khamis, 28 Mac 2024
RM 706.78
Nanning (NNG) → Singapura (SIN)
Penerbangan
Rabu, 27 Mac 2024
RM 782.65
Nagoya (NGO) → Singapura (SIN)
Penerbangan
Rabu, 17 Apr 2024
RM 1,214.40
London (LGW) → Singapura (SIN)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 3,430.23

Tiket Pesawat ke Singapura

Singapura atau pun dikenali juga sebagai Republik Singapura merupakan sebuah negara pulau yang terletak di hujung Selatan Semenanjung Melayu. Ia terletak 137 km di Utara garisan Khatulistiwa di Asia Tenggara. Singapura ini terpisah dari Malaysia oleh Selat Johor di Utara, Kepulauan Riau Indonesia oleh Selat Singapura di Selatan. Singapura merupakan pusat kewangan keempat terunggul dan merupakan sebuah bandaraya metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura merupakan salah satu pelabuhan yang tersibuk di dunia. Singapura merupakan salah satu destinasi yang popular dalam kalangan pelancong. Pelancong sering berkunjung ke Singapura kerana negera mempunyai variasi pelbagai budaya. Bukan itu sahaja, Singapura juga mempunyai banyak tempat yang cantik dan mempunyai banyak pencakar langit yang menghiasi negara itu. Singapura juga mempunya dua tempat kasino di Marina South dan Sentosa. Ia merupakan salah satu tarikan bagi pelancong asing.

Lapangan Terbang di Singapura

1. Lapangan Terbang Changi

Singapura merupakan hab penerbangan yang utama untuk rantau Asia Tenggara dan merupakan tempat perhentian di antara Australasia dan Eropah. Lapangan terbang yang terdapat di sini ialah Lapangan Terbang Changi, Singapura. Ia mempunyai rangkaian sebanyak 80 sistem penerbangan yang menghubungkan singapura dengan 200 bandar lain di 68 negara. Lapangan Terbang Changi ini dinilai sebagai salah sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terbaik di dunia oleh majalah pelancongan antarabangsa. Bukan itu sahaja, Lapangan Terbang Changi juga dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik buat julung kalinya pada tahun 2006 oleh Skytrax. Lapangan Terbang Changi ini kini mempunyai 3 buah terminal penumpang dan 1 terminal untuk penerbangan bajet seperti Tiger Airways dan Cebu Pacific. Sistem penerbangan rasmi negara ini adalah Singapore Airlines (SIA). Lapangan Terbang Changi ini diswastakan pada tahun 2009 dan kini ia merupakan milik mutlak Changi Airport Group.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Singapura?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Singapura. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Singapura.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Singapore?

Singapura tidak mempunyai perbezaan yang ketara antara musim puncak dan bukan musim puncak. Walau bagaimanapun, pada bulan November hingga awal Januari, Jun dan Julai, merupakan musim puncak yang penuh dengan orang ramai. Harga hotel pada ketika ini boleh jadi sedikit lebih tinggi. Musim bukan puncak adalah pada bulan Ogos hingga Oktober. Walau bagaimanapun, pertengahan bulan September tidak dikira sebagai musim puncak kerana terdapat Grand Prix Singapura yang diadakan pada masa itu.
Dari segi iklim dan persekitaran, sama seperti kebanyakan lain di Asia Tenggara, Singapura mempunyai iklim hutan hujan tropika tanpa peralihan musim, suhu yang setara, kelembapan yang tinggi dan curahan hujan yang lebat. Suhunya adalah di antara 25 ke 34 °C. Bulan Mei dan Jun biasanya merupakan bulan terpanas dan November dan Disember biasanya merupakan musim tengkujuh. Perayaan yang biasanya disambut di Singapura adalah Hari Raya, Tahun Baru Cina dan juga Festival Tanglung.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Singapore?

1. Pulau Sentosa - Dahulunya dikenali sebagai Pulau Blakang Mati. Ia merupakan pulau peranginan di Singapura. Dahulunya, Pulau Sentosa ini menjadi kem askar dan tempat tahan banduan oleh askar Jepun. Kemudiannya, pulau itu dinamakan sebagai Sentosa dan dibangunkan menjadi salah satu tempat tarikan pelancong pada tahun 1972. Kini, Sentosa menjadi tempat perangin terkenal di Singapura yang menerima lebih daripada 20 juta pelancong setiap tahun. Terdapat pelbagai tarikan yang ada di Sentosa ini dan sesuai untuk seisi keluarga. Terdapat 14 hotel di Sentosa ini dan salah satunya adalah Resorts World Sentosa yang mempunyai taman tema Universal Studios Singapore.
2. Gardens by The Bay - Ia adalah taman semula jadi yang merangkumi 101 hektar tanah di Wilayah Tengah Singapura. Taman ini terdiri daripada tiga taman iaitu Bay South Garden di Marina Selatan, Bay East Garden di Marina Timur, Bay Central Garden di pusat bandar dan Kallang. Taman yang terbesar adalah di Bay South Garden iaitu sekitar 54 hektar. Gardens by The Bay adalah sebahagian daripada strategi oleh Kerajaan Singapura untuk mengubah Singapura menjadi bandar di dalam taman. Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dengan memperbanyakkan hidupan hijau dan flora di bandar itu. Anda boleh berkunjung ke sini bersama yang tersayang untuk berbulan madu atau pun bersama keluarga.
3. Merlion Park - Ia adalah mercu tanda Singapura dan tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Singapura. Ia terletak di One Fullerton, Singapura, berhampiran Central Business District (CBD). Merlion adalah makhluk mitos dengan kepala singa dan badan ikan yang digunakan secara meluas sebagai maskot dan pengenalan bangsa Singapura. Dua patung Merlion terletak di taman ini. Struktur Merlion asalnya berukuran 8.6 meter dan memancutkan air dari mulutnya. Ia kemudiannya disertai oleh anak Merlion, yang terletak berhampiran dengan patung asal dan berukuran hanya 2 meter.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka