Penerbangan murah ke Skopje (SKP)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Skopje (SKP)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Izmir (ADB) → Skopje (SKP)
Pegasus Airlines
Rabu, 01 Mei 2024
RM 288.20
Singapura (SIN) → Skopje (SKP)
Lufthansa
Rabu, 01 Mei 2024
RM 3,650.90
Melbourne (MEL) → Skopje (SKP)
Penerbangan
Rabu, 22 Mei 2024
RM 6,379.43
Melbourne (MEL) → Skopje (SKP)
Penerbangan
Rabu, 22 Mei 2024
RM 26,948.64

Tiket Pesawat Murah ke Skopje, Macedonia Utara

Skopje merupakan bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di Macedonia Utara. Monumen bersejarah – Kameni Most dan Tvrdina Kale Fortress – yang berasal dari era Byzantine, kemudian era Uthmaniyyah di sini menunggu untuk dikunjungi. Dalam tahun kebelakangan ini, Skopje telah ditransformasi menjadi sebuah bandar purba dengan banyak pembangunan bangunan yang besar dengan senibinanya dipengaruhi unsur-unsur neoklasik, patung-patung agam yang tersebar di sekitar bandaraya dan beberapa air pancut yang besar yang dibina di tengah-tengah kota Skopje. Semua transformasi ini dihasilkan daripada projek kontroversial, aneh yang dinamakan 'Skopje 2014'. Tidak kiralah apa status projek itu sekarang, Skopje kini telah menjadi salah satu kota yang paling unik dan menarik yang menjadikan setiap sudut kota akan kelihatan hebat di gambar yang diletakkan di media sosial anda.

Lapangan Terbang di Skopje

Lapangan Terbang Antarabangsa Skopje (SKP)

Lapangan Terbang Antarabangsa Skopje (SKP) mempunyai dua nama lamanya iaitu Lapangan Terbang Petrovec dan Lapangan Terbang Skopje Alexander the Great. Lapangan Terbang Skopje adalah salah satu lapangan terbang antarabangsa terbesar di Macedonia Utara yang terletak 170 kilometer jauhnya dari pusat bandar Skopje. Lapangan terbang ini mempunyai dua terminal – Terminal Tingkat Pertama dan Terminal Tingkat Bawah. Terletak di sepanjang Terminal Tingkat Pertama termasuklah restoran, kafe, lounge, kedai roti dan kedai-kedai bebas cukai. SKP juga menyediakan Wi-Fi percuma untuk pelawatnya dengan nama 'Telekom Hotspot'. Bagi pengangkutan, SKP telah menyediakan bas untuk pergi ke pusat bandar yang akan menelan kos sekitar MYR 14, sedangkan dengan mengambil teksi, ia akan mengambil hampir MYR 100. SKP juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta, daripada 14 agensi yang berbeza. Bagi mereka yang ingin memandu sendiri, anda boleh menyemak kadar sewa mereka di laman web rasmi Lapangan Terbang Skopje.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Skopje?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Skopje. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Skopje.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Skopje?

Waktu terbaik untuk melawat Skopje adalah antara akhir bulan April hingga pertengahan Julai dan pertengahan Ogos hingga awal Oktober. Sekiranya anda sedang mencari waktu di mana cuacanya elok dan kurang sesak, itu merupakan tempoh yang sesuai. Musim kemuncak di Skopje adalah pada bulan Julai, November dan Mac. Jika anda masih ingin melawat bandar ini pada mana-mana tempoh tersebut, pastikan anda menempah tiket penerbangan dan tempat penginapan awal bagi mengelakkan daripada terlebih berbelanja. Bagi mereka yang mencari bulan yang mempunyai kadar yang paling rendah, anda mungkin mahu melawat pada bulan Disember.

Skoje diklasifikasikan sebagai iklim sub-Mediterranean kontinental yang menjadikannya suhu panas dan selesa. Kadar curahan hujan adalah hampir sama sepanjang tahun. Walaupun begitu, musim panas di Skopje kering, panas dan lama dengan kurangnya hari hujan. Biasanya, suhu pada musim panas akan berada pada purata di atas 31 darjah Celcius. Tambahan pula, walaupun jarang berlaku, suhu boleh menembak sehingga melebihi 40 darjah Celcius. Suhu semasa musim luruh dan musim bunga akan sejuk dan selesa dengan purata sekitar 15 hingga 24 darjah Celcius. Pada musim sejuk, suhu akan berada di sekitar 5 hingga 10 darjah Celcius sedangkan pada waktu malam ia mungkin jatuh di bawah -10 darjah Celcius. Bulan terlembab di Skopje ialah bulan Disember manakala bulan paling hangat adalah bulan Ogos.

Setiap tahun, Skopje akan merayakan Skopje Fest atau Festival na zabavni melodii Skopje yang merupakan salah satu perayaan musik terbesar di Macedonia. Skopje juga meraikan Basker Fest yang merupakan karnival jalanan antarabangsa yang mempunyai pelbagai elemen menyeronokkan seperti pemain boneka, akrobat, ahli silap mata, badut, pemuzik, mimes dan jugglers yang akan berkumpul di Skopje untuk memberikan persembahan yang menyeronokkan. Bagi mereka yang membawa anak-anak bersama, anda perlu ikut serta pesta Festival Kanak-kanak Folklore Antarabangsa "Oro Bez Granici" di mana festival ini yang meraikan cerita hikayat kanak-kanak dari tempatan dan luar negara. Selain itu, perayaan Super Dzvezda juga didedikasikan untuk kanak-kanak di mana penulis buku kanak-kanak yang terkenal akan berkumpul di sini untuk bertemu dengan pembaca mereka. Jika anda mempunyai waktu ekstra, datanglah dan nikmati festival di Skopje.

Apa 3 Aktiviti yang Menarik yang Boleh Dilakukan di Skopje?

Skopje adalah salah satu bandar yang paling banyak dikunjungi di Makedonia Utara. Banyak tarikan boleh didapati di Skopje.

Kubu Tvrdina Kale - Kubu megah Tvrdina Kale bertarikh pada abad ke-6 kerajaan Byzantin masih dipelihara sehingga kini. Dari kubu ini, anda dapat menikmati pemandangan kota Skopje yang indah bersama sungainya. Terletak di dalam bangunan ini, dua muzium yang menyimpan artifak-artifak yang berasal dari zaman Neolitik ke empayar Uthmaniyyah yang mungkin anda mahu kunjungi.

Muzium Arkeologi Macedonia - Muzium ini didedikasikan sebagai penjaga lebih dari 6.000 artifak dari zaman Neolitik hingga zaman Middle Age. Muzium Arkeologi Macedonia ini mempunyai pelbagai jenis pameran. Muzium ini telah dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu persekitaran antropologi, kabinet numismatik, arkeologi zaman pertengahan, kuno, prasejarah dan Lapidarium. Dengan mempelajari sejarah Macedonia di muzium ini, anda secara tidak langsung akan mempelajari lebih lanjut mengenai sejarah dunia.

Masjid Mustafa Pasha - Masjid lama yang bertarikh pada tahun 1492, mempunyai seni bina yang indah yang dikelilingi oleh taman bunga mawar. Masjid Mustafa Pasha telah dimusnahkan pada masa lalu, dan telah dibina semula dengan bantuan kerajaan Turki. Di masjid ini, anda dapat melihat penduduk setempat di sini dan berkumpul, bersembang di taman yang indah.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Skopje

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved