Penerbangan murah ke Sorong (SOQ)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Sorong (SOQ)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Singapura (SIN) → Sorong (SOQ)
Penerbangan
Selasa, 14 Mei 2024
RM 948.17
Kuala Lumpur (KUL) → Sorong (SOQ)
Penerbangan
Khamis, 09 Mei 2024
RM 1,364.41
Cebu (CEB) → Sorong (SOQ)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 1,908.15
Tokyo (NRT) → Sorong (SOQ)
Penerbangan
Selasa, 30 Apr 2024
RM 4,212.83
Tokyo (NRT) → Sorong (SOQ)
Penerbangan
Selasa, 30 Apr 2024
RM 4,252.38

Hotel popular di Sorong

Hotel Raja Ampat
Hotel Raja Ampat
Raja Ampat City Hotel
Raja Ampat City Hotel
Sareni Raja Ampat
Sareni Raja Ampat
Korpak Villa & Resort Raja Ampat
Korpak Villa & Resort Raja Ampat
Maras Risen Hotel
Maras Risen Hotel
Pandawa Resort
Pandawa Resort
Lihat lebih banyak pilihan hotel

Tiket Pesawat Murah ke Sorong, West Papua, Indonesia

Sorong atau juga dikenali sebagai Kota Sorong merupakan bandar kedua terbesar di Papua dan bandar terbesar di Papua Barat, terletak di hujung barat pulau New Guinea. Bandar ini dinamakan sedemikian sebagai variasi kepada perkataan Soren, yang bermaksud lautan yang mendalam dan bergelombang dalam bahasa Biak. Dengan sempadan daratnya yang bersempadanan dengan daerah Sorong, kota Sorong biasanya merupakan gerbang utama dan pintu masuk ke Kepulauan Raja Ampat, yang merupakan destinasi spesies terumbu karang yang kaya. Di samping itu, ia juga dikenali sebagai hab logistik bagi aktiviti minyak dan gas di Indonesia Timur. Sejak 2010, Sorong telah mengalami pertumbuhan pada kadar eksponen kerana industri pelancongan dan pelabuhan, dengan pertumbuhan dijangka terus meningkat apabila jalan-jalan baru dibina untuk menghubungkan ke bandar-bandar perbatasan lain di sekitar Semenanjung Bird Head.

Lapangan Terbang di Sorong

1. Lapangan Terbang Domine Eduard Osok

Lapangan Terbang Domine Eduard Osok adalah antara lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Bird Head’s Peninsula yang didedikasikan khusus untuk berkhidmat bagi Kepulauan Raja Ampat, Sorong serta kawasan berdekatan, terletak 5 kilometer jauhnya dar kawasani bandar. Ia adalah lapangan terbang awam yang dimiliki oleh Kerajaan Indonesia dan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan. Lapangan terbang ini mendapat namanya dari pastor Sorong Domine Eduard Osok yang diingati untuk kerja-kerja dakwahnya dalam menyebarkan agama Kristian di Sorong. Ia bertujuan untuk menggantikan Lapangan Terbang Jefman yang lebih kecil yang merupakan lapangan terbang Perang Dunia II dengan landasan yang dilanjutkan hingga panjang 2,500 meter dan diperbuat daripada asfalt. Berada di ketinggian 3 meter di atas paras laut, lapangan terbang yang dinaik taraf ini kini menjadi yang kedua terbesar di Papua Indonesia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Sentani. Antara syarikat penerbangan yang akan terbang ke sini termasuk Batik Air, Garuda Indonesia, Lion Air, Nam Air, Sriwijaya Air, Susi Air, Wings Air dan XpressAir.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Sorong?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Sorong dan kawasan berdekatan di Bird's Head Peninsula. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Sorong.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Sorong?

Musim bukan puncak untuk melawat Sorong serta kawasan berdekatan biasanya sekitar bulan Jun yang merupakan bulan paling lembab di Sorong dengan jumlah curahan hujan yang tertinggi. Oleh itu, seseorang boleh mengharapkan kos perjalanan menjadi lebih rendah jika anda melakukan perjalanan pada bulan ini. Masa puncak untuk melawat Sorong biasanya sekitar pertengahan Ogos apabila cuaca menjadi lebih cerah dan menarik, namun masih ada kemungkinan hujan akan berlaku. Anda boleh menjangkakan harga untuk naik sekitar masa ini. Jika anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda pasti dapat menjimatkan wang anda kerana harga untuk hotel dan penerbangan semasa musim puncak ini sangat mahal.

Sorong, seperti mana dengan kawasan-kawasan lain di sekitar Indonesia dan negara-negara jiran, mempunyai iklim hutan hujan tropika yang bermaksud musim kering lebih pendek, dan hujan biasanya adalah lebat sepanjang tahun. Dengan erti kata lain, musim kering sebenarnya tidak wujud di sini. Pemendakan tahunan ialah kira-kira 2969 milimeter dengan bulan yang paling lebat pada bulan Jun dengan purata hujan sebanyak 373 milimeter. Suhu maksimum purata di Sorong biasanya mencapai 32 dan 35 darjah Celsius manakala purata minimum akan mencapai 23.4 dan 24.4 darjah Celsius. Perubahan suhu yang agak minimum ini selalunya normal dan dijangka berlaku sepanjang tahun. Bulan paling panas biasanya adalah bulan November dengan suhu purata 27.8 darjah Celsius, manakala bulan paling sejuk adalah pada bulan Julai dengan suhu purata 26.6 darjah Celcius.

Apa 5 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Sorong?

1. Sapta Ratna Pagoda - Sapta Ratna Pagoda adalah pagoda Cina yang baru sahaja dibina kira-kira sekitar dua dekad yang lalu. Awalnya pagoda itu bertujuan untuk dijadikan pusat pengebumian bagi semua abu-abu penganut Buddha, tetapi kerana lokasinya, ia kini menjadi tarikan pelancong yang semakin popular. Ia terletak di atas bukit yang menawarkan pemandangan bandar yang menarik.

2. Pulau Doom - Pulau Doom adalah sebuah pulau kecil yang secara sahnya merupakan sebahagian daripada bandar Sorong. Ianya pernah menjadi pusat pentadbiran Empayar Belanda di Papua Barat, oleh itu masih terdapat sisa pengaruh Belanda di sekitar pulau ini yang patut dikunjungi semasa di Sorong. Ia boleh diakses dari bandar dengan bot dan hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk tiba.

3. Raja Ampat Marine Park - Taman Marin Raja Ampat adalah tarikan paling popular di sini di Sorong, yang paling kerap dikunjungi jika dibandingkan dengan tarikan lain. Ini kerana taman marin ini mempunyai salah satu persekitaran marin yang paling banyak kepelbagaian di planet ini dengan pemandangan air yang menakjubkan dan biodiversiti yang kaya dengan beratus-ratus spesis terumbu karang.

Taman Wisata Alam Sorong - Taman Wisata Alam Sorong merupakan daya tarikan pelancong yang kurang disebut di Sorong kerana kurangnya penyelenggaraan, tetapi masih berbaloi untuk dikunjungi. Terletak di pinggir bandar Sorong, Taman Wisata Alam Sorong merupakan rizab semulajadi yang menjadi habitat kepada banyak spesies flora dan fauna yang unik. Antara aktiviti yang popular di sini ialah melihat burung.

Tembok Berliln - Tembok Berlin Sorong tidak seperti Tembok Berlin yang sebenarnya terletak di Jerman, sebaliknya ia merupakan dinding yang panjang dan luas yang memisahkan antara jalan raya dan laut. Tempat ini adalah lokasi yang sesuai untuk menikmati pemandangan laut, dan terdapat banyak gerai berhampiran yang menjual makanan tempatan serta cenderahati.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Sorong

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved