Penerbangan murah ke Taipei (TPE)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Taipei (TPE)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Manila (MNL) → Taipei (TPE)
Cebu Pacific
Jumaat, 12 Apr 2024
RM 356.47
Singapura (SIN) → Taipei (TPE)
Penerbangan
Jumaat, 05 Apr 2024
RM 956.35
Tuguegarao (TUG) → Taipei (TPE)
Penerbangan
Khamis, 28 Mac 2024
RM 1,005.72
Kalibo - Boracay (KLO) → Taipei (TPE)
Penerbangan
Isnin, 15 Apr 2024
RM 1,347.67
Bali / Denpasar (DPS) → Taipei (TPE)
Penerbangan
Ahad, 07 Apr 2024
RM 1,493.88
Phuket (HKT) → Taipei (TPE)
Penerbangan
Jumaat, 12 Apr 2024
RM 2,752.24
Kalibo - Boracay (KLO) → Taipei (TPE)
Penerbangan
Sabtu, 23 Mac 2024
RM 3,161.57
Bacolod (BCD) → Taipei (TPE)
Penerbangan
Sabtu, 06 Apr 2024
RM 9,610.91

Tiket Pesawat ke Taipei, Taiwan

Taipei yang lebih dikenali sebagai Taipei City yang terletak di hujung Utara pulau. Taipei merupakan ibu bandar untuk negara Taiwan, pusat politik, ekonomi, pendidikan dan budaya Taiwan. Taipei juga merupakan salah satu hab utama di Asia Timur. Industri pelancongan memainkan peranan besar dalam ekonomi Taipei. Pada tahun 2013, Taipei menjadi bandar yang ke-15 paling ramai orang melawat di dunia. Taipei terletak di hujung Utara pulau Taiwan. Bandar baru Taipei terletak kira-kira 25 km Barat Daya dari bandar pelabuhan Utara di Keelung.

Lapangan Terbang di Taipei

1. Lapangan Terbang Taoyuan

Lapangan terbang antarabangsa yang berkhidmat untuk bandar Taipei dan Utara Taiwan. Lapangan terbang ini terletak 40 km Barat Taipei, Daerah Dayuan, Taoyuan dan merupakan lapangan terbang paling besar dan tersibuk di Taiwan. Pada tahun 2016, Lapangan Terbang Taoyuan menjadi lapangan terbang ke-10 paling sibuk di dunia. Kemudahan disediakan untuk menyenangkan penggunanya seperti Huan Yu VIP Terminal yang menyediakan bilik persidangan multimedia, ruang penumpang, bilik peribadi dan bilik mandi, spa, sauna, gim dan pusat perniagaan.

2. Lapangan Terbang Taipei Songshan

Lapangan terbang ini mempunyai keluasan seluas 182 hektar. Lapangan terbang ini digunakan sebagai lapangan terbang komersial dan pangkalan tentera udara. Ia terletak di Songshanm Taipei, Taiwan. Lapangan terbang ini dibina pada tahun 1936 semasa pemerintahan Jepun dan digunakan sebagai pangkalan tentera udara Jepun.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Taipei?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Taipei. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Taipei.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Taipei?

Musim kemuncak untuk Taipei adalah pada waktu musim panas yang berlaku pada bulan Mei hingga ke September. Cuaca di Taipei selalunya hujan tetapi kadang-kadang mempunyai cuaca yang cerah. Di Taiwan ada musim kemuncak yang kedua, di mana pada waktu itu ada perayaan Tahun Baru Cina yang berlangsung sekitar hujung Januari dan awal bulan Febuari dan pelancong membanjiri bandar Taipei untuk menikmati perayaan tanglung dan perayaan lain. Ini membuatkan hotel penuh dengan penghuni dan tiada kekosongan pada waktu itu. Jadi, pelancong perlu membuat tempahan awal jika mahu menikmati perayaan tersebut. November hingga Januari, Taiwan mengalami musim sejuk dan merupakan musim yang mempunyai pelancong yang kurang. Semasa “Bulan Hantu”, kadar tambang dan hotel seringkali akan menjadi rendah.
Taipei mempunyai iklim subtropika. Musim panas berkekalan, panas dan lembap dan disertai oleh ribut hujan dan hujan lebat . Musim sejuk di Taipei berlaku pada masa yang pendek. Suhu purata di Taipei lebih kurang dalam 26 darjah Celsius dan manakala cuaca boleh turun tetapi suhu tidak akan turun bawah dari 10 darjah Celsius.
Taipei banyak mengadakan perayaan tahunan. Festival Lantern Taipei diadakan untuk menutup perayaan Tahun Baru Cina. Pelancong akan dapat melihat beribu-ribu tanglong dibebaskan ke langit. Permandangan ini sangat cantik untuk dilihat kerana cahaya tanglong tersebut meliputi langit Taipei. Pelancong turut dapat melihat bunga api sempena Malam Tahun Baru di Taipei 101. Jadi, anda perlu membuat tempahan awal untuk mendapat harga murah semasa perayaan dan acara yang diadakan di Taipei.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Taipei?

1. Taipei 101 - Taipei 101 merupakan bangunan pencakar langit dan pernah diklasifikan sebagai bangunan pencakar langit tertinggi pada tahun 2004 hingga tahun 2010. Taipei 101 juga pernah mempunyai lif terpantas di dunia yang mempunyai kepantasan 60.6 km dan dapat mengangkut penumpang dari tingkat 5 ke tingkat 89 dalam masa 37 saat. Bangunan ini menjadi tempat pelancaran bunga api sempena Malam Tahun Baru di Taipei
2. Dewan Memorial Chiang Kai-shek Nasional - Didirikan untuk mengigati Generalissimo Chiang Kai-Shek, bekas Presiden Republik China. Bangunan ini merupakan mercu tanda, monument kebangsaan dan menjadi tarikan pelancong yang terletak di Daerah Zhongzheng, Taipei, Taiwan. Dewan peringatan mempunyai empat sisi yang berwarna putih. Bumbungnya berwarna biru dan berbentuk octagon yang melambangkan angka lapan. Aras bawah rumah peringatan menempatkan perpustakaan dan muzium yang mendokumentasikan kehidupan dan kerjaya Chiang Kai-Shek. Tingkat atas mengandungi dewan utama, di mana sebuah patung besar Chiang Kai-Shek terletak.
3. Miramar Entertainment Park - Ia merupakan sebuah pusat membeli belah di kawasan Dazhi di daerah Zhongshan di Taipei, Taiwan. Pusat membeli belah ini juga mempunyai teater IMAX. Ia mempunyai dimensi seluas 28-meter x 21-meter membuatkannya sebagai layar panggung terbesar di Asia. Pusat membeli belah ini berada berdekatan dengan Stesen Jiannan Road. Pengunjung boleh menaiki kereta api Metro itu untuk berkunjung ke pusat membeli belah tersebut.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Taipei


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka