Penerbangan murah ke Toulouse (TLS)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Toulouse (TLS)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Bangkok (BKK) → Toulouse (TLS)
Penerbangan
Sabtu, 25 Mei 2024
RM 4,101.61
Hanoi (HAN) → Toulouse (TLS)
Penerbangan
Selasa, 21 Mei 2024
RM 6,480.77
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Toulouse (TLS)
Penerbangan
Khamis, 09 Mei 2024
RM 9,437.29
Hanoi (HAN) → Toulouse (TLS)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 24,998.77
Hanoi (HAN) → Toulouse (TLS)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 27,664.89

Tiket Penerbangan Murah ke Toulouse, Perancis

Toulouse terkenal dengan Basilica of Saint-Sernin antara lain, yang merupakan sebuah gereja yang telah beroperasi sejak tahun 1180 dan dianggap sebagai bangunan Romanesque terbesar seumpamanya yang masih kekal di Eropah. Toulouse adalah pusat pentadbiran bagi wilayah Haute-Garonne dan rantau Occitanie, yang merupakan bandar keempat terbesar di Perancis, dengan Wilayah Metro Toulouse sebagai kawasan metropolitan keempat terbesar di negara ini dengan jumlah 1.3 juta penduduk pada tahun 2014. Dikenali sebagai Kota Merah Jambu kerana seni bina bangunan di sini yang diperbuat daripada batu terracotta berwarna merah jambu, Toulouse telah menjadi pusat industri aeroangkasa di benua Eropah, dengan banyak syarikat aeroangkasa seperti Airbus, ATR dan Liebherr-Aerospace antara lain yang mendirikan ibu pejabat atau mempunyai kehadiran yang jelas di bandar ini. Ia juga mempunyai sejarah yang kaya, merupakan ibukota Kerajaan Visigothik pada abad ke-5 dan pusat pentadbiran wilayah Languedoc pada akhir Zaman Pertengahan dan awal zaman moden. Pada masa kini, terdapat dua Tapak Warisan Dunia UNESCO yang boleh ditemui di Toulouse, dengan banyak lagi tarikan sejarah yang dapat ditemui yang wujud secara harmoni dengan bangunan-bangunan kota moden.

Lapangan Terbang di Toulouse

Lapangan Terbang Toulouse-Blagnac

Lapangan Terbang Toulouse-Blagnac adalah lapangan terbang antarabangsa utama yang bertujuan untuk melayani bandar Toulouse dan kawasan berdekatan, yang terletak sebahagiannya di Blagnac dan berada sejauh 6.7 kilometer dari arah barat laut barat Toulouse. Ia dimiliki secara majoriti oleh kerajaan Perancis dan dikendalikan oleh Dewan Perniagaan dan Industri Toulouse. Pada ketinggian 151 meter, lapangan terbang ini mempunyai dua buah landasan yang diperbuat daripada konkrit dan asfalt, masing-masing memiliki kepanjangan 3,000 meter dan 3,500 meter. Terdapat pelbagai trem, bas ulang-alik dan perkhidmatan koc yang beroperasi ke dan dari lapangan terbang, oleh itu pelancong tidak perlu risau tentang akses ke kawasan bandar. Dengan hampir 74 destinasi ke Eropah dan Afrika Utara, Lapangan Terbang Toulouse-Blagnac merupakan hab utama untuk Volotea, di samping menjadi bandar tumpuan untuk Air France, easyJet dan Ryanair. Terdapat beberapa penerbangan bersambung ke dan dari Kuala Lumpur melalui syarikat penerbangan seperti British Airways, KLM, Lufthansa, Singapore Airlines dan Turkish Airlines antara lain melalui bandar-bandar seperti Amsterdam, Frankfurt, Istanbul, London dan Singapura, dengan harga sekitar 2,207 ringgit hingga 2,843 ringgit.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Toulouse?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Toulouse. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Toulouse.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Toulouse?

Musim bukan puncak untuk melawat Toulouse adalah sekitar Disember hingga Februari semasa musim sejuk kerana suhu sejuk dan lembap yang membuatkannya sukar untuk keluar bersiar-siar di sekitar bandar. Walau bagaimanapun, jika ini tidak membantutkan hasrat anda, maka ia boleh menjadi masa yang baik untuk mendapatkan tawaran yang lebih murah dan melawat tempat-tempat menarik dengan jumlah pelancong yang kurang daripada biasa. Oleh itu, jika anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda boleh menjimatkan wang anda kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim puncak akan meningkat dengan banyak sekali. Walau bagaimanapun, jika anda ingin datang semasa terdapat lebih ramai orang, musim puncak di Toulouse adalah pada bulan Mei hingga Julai iaitu ketika akhir musim bunga dan permulaan bulan-bulan musim panas di mana persekitaran dan suhu ketika ini menyenangkan. Masa terbaik untuk melawat Toulouse pastinya sekitar tempoh ini kerana cuaca yang lebih cerah.

Toulouse mempunyai iklim subtropika lembap mengikut klasifikasi iklim Köppen dengan musim sejuk yang sangat berubah-ubah dan sederhana sejuk, musim panas dan lembab serta musim bunga dan musim luruh yang juga agak lembap. Suhu purata kebiasannya berlegar antara 5.9 hingga 22.3 darjah Celsius dengan pendedahan matahari yang baik sebanyak 2,031.3 jam cahaya matahari setiap tahun secara purata, manakala curahan hujan tahunan ialah sebanyak 638.3 mm. Pemendakan berkisar antara lima hingga sepuluh hari dalam sebulan sepanjang tahun. Suhu ekstrim pula akan berkisar dari serendah -19.2 darjah Celsius pada musim sejuk hingga setinggi 40.7 darjah Celsius pada musim panas.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Toulouse?

Toulouse telah menjadi salah satu destinasi yang paling banyak dikunjungi di Perancis, yang mana ini tidak mengejutkan memandangkan pusat wilayah Haute-Garonne dan rantau Occitanie ini mempunyai banyak tarikan untuk ditawarkan kepada pelawat, seperti berikut.

Cité de l'espace - Dibangunkan sekitar tahun 1994 dan 1997, Cité de l'espace atau dikenali sebagai Bandar Angkasa adalah sebuah pusat penemuan saintifik yang terletak di bahagian timur Toulouse. Bertujuan untuk mempamerkan pencapaian dalam bidang angkasa dan penaklukannya, terdapat model skala penuh roket Ariane 5, stesen angkasa Mir dan modul Soyuz yang boleh didapati di sini.

Basilica of Saint-Sernin, Toulouse - Basilica of Saint-Sernin merupakan bekas gereja biara daripada Biara Saint-Sernin yang dibina dalam gaya Romanesque. Ini adalah tapak ziarah penting semasa Zaman Pertengahan Awal dan kini dikenali kerana mempunyai beberapa patung dan hasil karya Romanesque yang berkualiti, kebanyakannya disumbangkan oleh Charlemagne pada waktu itu.

Capitole de Toulouse - Capitole de Toulouse adalah pusat pentadbiran daerah bagiToulouse, yang terdiri dari bangunan Capitole dan sebuah dataran di hadapannya. Ia juga merupakan tarikan bersejarah yang tersendiri, kerana ia telah wujud sejak tahun 1190 dengan tapak Capitole ini menjadi lokasi di mana St Saturninus telah mati syahid.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Toulouse

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved