Penerbangan murah ke Trang (TST)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Trang (TST)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Bangkok (DMK) → Trang (TST)
Nok Air
Rabu, 22 Mei 2024
RM 132.54
Khon Kaen (KKC) → Trang (TST)
Penerbangan
Jumaat, 17 Mei 2024
RM 192.39
Jakarta (CGK) → Trang (TST)
Penerbangan
Isnin, 13 Mei 2024
RM 606.14

Hotel popular di Trang

Chompu Nakarin Apartment
Chompu Nakarin Apartment
Trang Hotel
Trang Hotel
Je T'aime Hotel
Je T'aime Hotel
S2S Queen Trang Hotel
S2S Queen Trang Hotel
Trang Grand Hotel
Trang Grand Hotel
Namthip Residence
Namthip Residence
Lihat lebih banyak pilihan hotel

Tiket Pesawat Murah ke Trang, Thailand

Terpuji dengan kecantikan dan keaslian alam semula jadinya yang terletak di darat dan lautan, Trang sudah pasti menempa namanya di antara yang teratas dalam senarai pelancongan di Thailand. Ya, keindahan yang tak terkata! Sektor pelancongan Thailand sudah mulai memberi fokus terhadap Trang yang makin dianggap hampir setaraf dengan Krabi, Koh Samui dan Phuket. Ilayah persisir pantai ini mempunyai persisiran pantai yang panjang lagi indah beserta lingkaran pulau yang tersebar luas di Lautan Hindi. Setiap pulau mempunyai daya tarikan sendiri yang unik dari pantai-pantai yang cantik ke taman nasional yang amat luas, dari gua-gua batu kapur hingga ke air terjun yang menakjubkan dan dari suasana yang tenang ke pasar-pasar yang senantiasa meriah. Selain itu, perairan Trang telah lama menjadi tempat perlindungan buat species manatee yang terancam, dikenali sebagai dugong atau lembu laut. Trang juga tidak kurang hebatnya apabila dikaitkan dengan makanan. Pelbagai juadah asli Thailand yang enak pasti akan membuatkan anda mendambakan lebih lagi! Oleh itu, jangan jadikan Trang hanya sebagai sebuah transit sebelum ke pulau yang seterusnya tetapi bermalamlah dan nikmatilah keindahan kota ini. Satu cebisan syurga di dunia untuk para manusia menikmati kecantikannya!

Lapangan Terbang di Trang

Lapangan Terbang Trang

Terletak kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Trang, Lapangan Terbang Trang berlokasi di Tambon Khok Lo di daerah Mueang Trang. Lapangan terbang ini hanya menerima penerbangan domestik yang berasal dari Bangkok pada setiap hari. Penerbangan dari Bangkok ke Trang memakan masa sekitar 60 ke 90 minit. Oleh itu, para pengunjung antarabangsa anda digalakkan untuk melakukan transit di Bangkok. Antara syarikat penerbangan yang beroperasi di sini ialah Nok Air, Thai AirAsia dan Thai Lion Air.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Trang?

Diprogramkan sebagai mesin pencari untuk para pelancong yang tegar seperti anda, Traveloka adalah tempat yang tepat bagi anda untuk memulakan pencariaan penerbangan termurah ke mana sahaja yang anda idamkan termasuklah Trang. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisi butir-butir maklumat asas yang diperlukan. Sejurus kemudian, Traveloka akan memberikan anda akses pada senarai keseluruhan tawaran yang disyorkan megikut kesesuaian anda! Harga penerbangan dari syarikat penerbangan yang dipercayai akan dibandingkan dengan yang esuai dengan bajet peribadi anda. Apa yang lebih baik ialah anda juga boleh menggunakan ciri pemberian harga Traveloka yang sentiasa mengemas kini setiap kali berlakunya penurunan harga! Maka percutian anda akan menjadi lebih baik dengan bajet yang terbaik!

Bila Waktu Terbaik untuk ke Trang?

Thailand mempunyai iklim savan tropika atau lebih dikenali sebagai musim hujan dan musim kering. Lantas negara ini menyaksikan tiga musim yang berbeza pada sepanjang tahun iaitu musim panas yang bermula pada bulan March sehingga pertengahan bulan Mei, diikuti dengan musim hujan yang berakhir pada bulan Oktober dan seterusnya musim kering, lagi sejuk pada bulan November sehingga Februari. Namun begitu, ini tidak boleh diaplikasikan ke atas Selatan Thailand yang mempunyai peraturan musimnya yang tersendiri!

Uniknya Selatan Thailand ini hanya mempunyai dua musim utama iaitu musim basah dan kering. Walau bagaimanapun, kedua-dua musim ini tidak berlaku serentak buat kawasan timur dan barat semenanjung ini. Kedudukan Trang yang terletak di sebelah barat yang berhadapan dengan Lautan Hindi telah menjadikannya bandar yang menerima hujan yang banyak buat sepanjang tahun. Ini terutama sekali pada bulan Mei sehingga Januari. Manakala Februari sehingga April merupakan musim panas buat bandar Trang.

Buat anda yang ingin menikmati percutian di Trang, pertama sekali adalah untuk merancang itinerari yang bagus. Oleh itu, kami menyediakan beberapa tips yang berguna untuk anda. Perkara pertama ialah cuaca. Cuaca yang menyenangkan pastinya menjadi permulaan hari yang terbaik! Musim panas menjanjikan langit yang cerah dan cuaca yang bersederhana panas, lagi menyelesakan. Namun, berpada-pada kerana terdapat juga bulan-bulan yang teramat panas seperti bulan March, April dan Mei. Ini kerana purat tertinggi yang direkodkan boleh mencecah sehingga 35.2oC dan jarang sekali suhu jatuh kurang daripad 22.9oC pada waktu malam. Kecuali anda merupakan seorang penggemar matahari, ini merupakan masa yang tepat untuk anda berkunjung ke mari.

Peraturan seterusnya, musim kemuncak! Trang mulai berada dalam mod paling sibuk pada bulan Januari dan diikuti dengan bulan Ogos dan Julai. Ini kerana bandar ini bakal menyaksikan kemasukan para pelancing yang mencanak tinggi pada bulan-bulan ini. Maka tidak hairanlah untuk harga tiket penerbangan, penginapan, agensi pelancongan dan bayaran untuk aktiviti-aktiviti luar untuk turut sama jmelambung tinggi. Oleh itu, jika anda benar-benar ingin berkunjung ke Trang pada musim ini, silalah melakukan pembelian dan penempahan terlebih dahulu. Kessesakan para pelancong akan mulai surut menjelang bulan Mei dan secara relatifnya, harga juga akan mulai merudum dan perbelanjaan juga berkurang.

Kesimpulannya, waktu terbaik yang disarankan untuk melancong ke Trang adalah pada pertengahan Januari sehinggalah ke pertengahan Mei setelah mengambil kira dari segenap faktor! Di samping itu, pelancongan ke Trang masih belum lengkap jikalau anda masih belum merasai dan menyelami keindahan, keunikan dan kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat tempatan di sini. Elemen-elemen ini jelas terpapar melalui sambutan dan pesta mereka, antaranya ialah Festival Pelancongan Trang, Festival Vegetarian, Festival Bulan Trang, Festival Makanan Trang, Festival Kebudayaan Trang, Festival Kek Trang dan banyak lagi! Pesta-pesta ini sememangnya membawa keseronokan buat para pengunjung!

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Trang?

Koh Muk dan Gua Morakot - Jangan lupa untuk turut berkunjung ke Koh Muk dan menikmati pemandangan alam semula jadi yang paling indah dari perairannya yang jernih lagi kebiru-biruan ke karst batu kapur yang menakjubkan yang dikelilingi oleh pokok-pokok hijau. Mendayung merentasi perairannya di sebelah barat dan akan tiba di sebuah gua yang bertatahan stalaktit yang dikenali sebagai Gua Morakot! Keindahan yang tiada tandingnya!

Ko Libong - Jom bermain dengan satu lagi tempat yang menarik iaitu Ko Libong. Anda mungkin akan dapat menemukan satu species manatee yang sangat terancam, dugong atau turut dikenali sebagai lembu laut. Pulau ini telah menjadi tempat perlindungan bubat ratusan species ini. Adakah anda antara yang bertuah untuk melihat mamalia jinak ini? Jom kita lihat!

Akuarium Rajamangala - Terletak di tengah-tengah Institut Teknologi Rajamangala, Akuarium Rajamangala ini menjadi rumah kepada kedua-dua jeni hidupan air tawar dan air masin. Anda juga pasti akan terkejut melihat sebuah model hutan bakau yang kelihatan seperti hutan bakau yang sebenar-benarnya!

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved