Penerbangan murah ke Wakatobi (WNI)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Wakatobi (WNI)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Kendari (KDI) → Wakatobi (WNI)
Wings Air
Jumaat, 12 Apr 2024
RM 315.97
Makassar (UPG) → Wakatobi (WNI)
Penerbangan
Isnin, 01 Apr 2024
RM 448.89
Makassar (UPG) → Wakatobi (WNI)
Penerbangan
Jumaat, 29 Mac 2024
RM 543.21
Jakarta (CGK) → Wakatobi (WNI)
Penerbangan
Khamis, 28 Mac 2024
RM 1,128.57
Bali / Denpasar (DPS) → Wakatobi (WNI)
Penerbangan
Khamis, 28 Mac 2024
RM 1,293.61
Lombok (LOP) → Wakatobi (WNI)
Penerbangan
Khamis, 11 Apr 2024
RM 1,547.68
Lombok (LOP) → Wakatobi (WNI)
Penerbangan
Khamis, 11 Apr 2024
RM 1,665.67

Tiket Pesawat Murah ke Wakatobi, Indonesia

Wakatobi pada amnya adalah sekumpulan empat pulau iaitu Wangi-Wangi, Kaledupa, Tomia, dan Binongko. Wakatobi terletak di Sulawesi Tenggara, Indonesia. Ia juga merupakan sebuah Taman Negara Marin, rumah kepada terumbu karang kedua terbesar di dunia. Taman negara ini menempatkan lebih daripada 750 spesies ikan dan 850 jenis terumbu karang yang diketahui. Ia juga menawarkan 50 tempat menyelam yang menakjubkan untuk semua penyelam di luar sana! Ciri-ciri semulajadi menjadikan Pulau Wakatobi sebagai salah satu tempat terbaik untuk menyelam dan juga untuk aktiviti snorkeling. Syurga bawah laut ini masih merupakan destinasi yang tidak diketahui di Tenggara Sulawesi dan kekal sebagai permata yang tersembunyi, dan yang paling penting, adalah tidak mudah untuk pergi ke sana. Namun, apa yang pasti, perjalanan seribu batu untuk ke Wakatobi adalah pengalaman yang sememangnya sangat bernilai. Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan dan diterokai di Wakatobi, tempat yang sempurna untuk pencinta alam dan tentu saja untuk mereka yang ingin melarikan diri dari bandar yang sibuk. Lawatan singkat di Wakatobi selama 3-4 hari adalah disyorkan, masa cukup unutk meneroka beberapa pulau, menikmati alam semulajadi yang masih tak terusik, belajar tentang budaya mereka dan semestinya jatuh cinta dengan Wakatobi.

Lapangan Terbang di Wakatobi, Indonesia

Lapangan Terbang Matahora (WNI)

Lapangan Terbang Matahora (WNI) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Pulau Wangi-wangi, di Wakatobi, Sulawesi Tenggara, Indonesia. Lapangan terbang ini berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Taman Nasional Wakatobi, destinasi pelancongan antarabangsa yang terkenal, dan juga daerah di sekitarnya.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Wakatobi?

Traveloka adalah sebuah laman sesawang yang ditujukan khas buat pelancong luar dan dalam negara yang mahu mencari tiket kapal terbang dan juga hotel. Dengan menggunakan laman sesawang ini, pelancong juga dapat memperoleh manfaat seperti untuk mendapatkan tawaran tiket kapal terbang yang termurah. Apa yang anda perlu buat ketika melayari laman sesawang ini hanyalah memasukkan maklumat dalam kotak pencarian. Maklumat yang boleh dimasukkan adalah seperti destinasi tujuan, tarikh penerbangan dan juga bilangan penumpang. Apabila anda selesai memasukkan semua maklumat dan tekan cari dan kemudian, laman sesawang ini akan menyenaraikan harga tiket kapal terbang dari yang murah hinggalah yang mahal untuk pilihan anda.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Wakatobi?

Indonesia mengalami iklim tropika sepanjang tahun. Suhu sederhana lautan yang mengelilingi kepulauan itu menjamin suhu yang agak stabil di kawasan dataran, dan terdapat sedikit variasi bermusim. Tiada perbezaan yang ketara untuk jumlah jam pada siang hari dari musim ke musim. Masa terbaik untuk melawat Wakatobi, yang terletak di tenggara Sulawesi adalah semasa bulan-bulan kering di antara bulan Jun hingga Oktober. Suhu adalah tinggi dan sekata sepanjang tahun, dengan sedikit variasi.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Wakatobi?

Menyelam - Menyelam adalah satu kewajipan dalam senarai aktiviti anda semasa anda berada di Wakatobi, pusat peranginan dan agensi menyelam menawarkan perjalanan harian ke beberapa tempat yang menakjubkan di sekitar Taman Negara Marin. Tidak kira mana tahap anda, jika anda mempunyai peralatan atau tidak, mereka akan uruskan segala-galanya untuk anda. dan anda hanya perlu membawa kamera kalis air anda sahaja. Di antara semua pulau-pulau di Wakatobi, Wangi-Wangi adalah pulau terbesar di Wakatobi, di mana anda boleh menemui lebih banyak syarikat dan hotel yang menawarkan pakej menyelam, dan menjelajahi seluruh kawasan taman nasional itu. Sekitar Pulau Wakatobi, terdapat beberapa jenis resort, yang terdiri daripada banglo pantai yang ringkas sehinggalah villa-villa bertaraf 5-bintang dan juga kapal mewah.
Snorkeling - Snorkeling di Wakatobi mestilah menjadi satu pengalaman seumur hidup yang tidak harus dilepaskan. Kawasan air yang cetek dengan terumbu karang dan tebing-tebing bawah laut memberikan anda pengalaman snorkeling yang luar biasa. Pandangan yang indah akan membuatkan anda mahu terus berada di dalam air sepanjang hari dan tidak mahu keluar! Tempat menyelam Sombu, di Pulau Wangi-Wangi, adalah disyorkan jika anda mencari tempat terbaik untuk bersnorkel. Airnya hangat, terumbu karangnya indah dengan ikan berwarna-warni, siap menyambut kedatangan anda di bawah air. Seterusnya, anda juga mungkin mahu mencuba aktiviti snorkeling di Pulau Hoga, kira-kira 2 jam dengan bot dari Wangi-Wangi. Pengalaman yang sama, di tempat yang berbeza dengan pemandangan yang sangat indah!
Melihat Hidupan Marin - Sekiranya anda seorang individu yang mudah untuk bangun seawal pagi, anda boleh melihat ikan lumba-lumba berenang di sekitar Taman Marin Wakatobi. Kebiasaanya, pemandu pelancong dan penduduk setempat tahu bila ikan lumba-lumba ini datang, dan selalunya, mereka akan berenang berhampiran kawasan pulau di antara pukul 6 hingga 7 pagi.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka