Penerbangan murah ke Wuhan (WUH)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Wuhan (WUH)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Nanning (NNG) → Wuhan (WUH)
Sichuan Airlines
Jumaat, 22 Mac 2024
RM 570.91
Pulau Pinang (PEN) → Wuhan (WUH)
Penerbangan
Jumaat, 29 Mac 2024
RM 696.46
Pulau Pinang (PEN) → Wuhan (WUH)
Penerbangan
Sabtu, 30 Mac 2024
RM 740.26
Pulau Pinang (PEN) → Wuhan (WUH)
Penerbangan
Sabtu, 30 Mac 2024
RM 806.03
Singapura (SIN) → Wuhan (WUH)
Penerbangan
Jumaat, 22 Mac 2024
RM 1,355.12
Kuala Lumpur (KUL) → Wuhan (WUH)
Penerbangan
Sabtu, 13 Apr 2024
RM 1,468.23
Chongqing (CKG) → Wuhan (WUH)
Penerbangan
Isnin, 08 Apr 2024
RM 1,483.70
Jakarta (CGK) → Wuhan (WUH)
Penerbangan
Jumaat, 12 Apr 2024
RM 1,697.85
Bali / Denpasar (DPS) → Wuhan (WUH)
Penerbangan
Selasa, 09 Apr 2024
RM 25,072.45

Tiket Pesawat Murah ke Wuhan, China

Wuhan adalah ibu kota wilayah Hubei, China. Ia adalah bandar yang paling ramai penduduk di China Tengah, dan salah satu daripada sembilan ‘National Central’ di Negara China. ‘National Central’ merupakan sebuah konsep yang diambil oleh kementerian pembangunan negara tersebut untuk memperbaharui pembandaran di negara China. Wuhan dikenali sebagai 'China's Thoroughfare' oleh kerana ia menjadi hab pengangkutan utama, dengan berpuluh-puluh stesen keretapi, jalan raya dan lebuhraya yang menghubungkan antara bandar-bandar utama. Memainkan peranan utama dalam pengangkutan domestik, Wuhan kadang-kadang disebut sebagai "Chicago of China" oleh pengunjung asing.

Lapangan Terbang di Wuhan

1. Lapangan Terbang Wuhan Tianhe

Lapangan Terbang Wuhan Tianhe dibuka pada 15 April 1995 dan terletak di Daerah Huangpi iaitu di pinggir bandar Wuhan. Ia dianggarkan 26 kilometer jauh ke utara pusat bandar Wuhan. Ia adalah lapangan terbang paling sibuk di China tengah kerana ia terletak secara strategik di tengah-tengah rangkaian laluan syarikat penerbangan negara China. Lapangan terbang ini menjadi tumpuan bagi beberapa syarikat penerbangan seperti Air China, China Eastern Airlines dan China Southern Airlines. Lapangan terbang ini mempunyai penerbangan ke destinasi antarabangsa seperti Bangkok, Moscow, Osaka, Paris, Seoul, dan Singapura.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Wuhan?

Traveloka adalah enjin carian yang membantu anda untuk mencari penerbangan ke Wuhan. Anda hanya perlu memuatturun aplikasi Traveloka ke dalam telefon mudah alih anda dan daftar masuk untuk mempunyai akaun anda tersendiri. Selepas itu, anda boleh mula meneroka aplikasi ini. Untuk mencari tiket penerbangan, and hanya perlu memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi ini akan mengesyorkan sejurus membandingkan harga penerbangan daripada beberapa syarikat penerbangan yang mengoperasikan penerbangan ke Wuhan. Bukan itu sahaja, dengan aplikasi ini juga, anda boleh mencari penginapan daripada pelbagai jenis syarikat dan taraf, sama ada penginapan bajet ataupun hotel mewah, semua boleh ditempah melalui Traveloka.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Wuhan?

Musim sejuk bermula dari Disember sehingga Februari dengan purata suhu pada bulan Januari ialah 4.5 ° C. Musim bunga bermula pada bulan Mac hingga Mei, dengan suhu pada mulanya sedikit sejuk dan kemudian perlahan-lahan berubah menjadi semakin suam. Musim panas bermula dari bulan Jun hingga September di mana suhu dan cuacanya menjadi panas dan lembab. Hujan sering turun pada bulan Jun dan Julai. Semasa hari cerah tiada hujan, suhu boleh menjadi sangat panas, iaitu sekitar 36 hingga 38 ° C. Musim luruh berlangsung pada bulan Oktober dan November, di mana suhu secara beransur-ansur menjadi semakin sejuk.Waktu terbaik untuk melancong ke Wuhan adalah ketika musim bunga iaitu sekitar Mac ke Mei. Pada musim bunga, pelancong boleh berjalan-jalan sekitar bandar Wuhan dengan selesa oleh kerana suhunya yang sederhana. Suhu yang sering direkodkan pada musim ini adalah sekitar 7.3℃ - 15.3℃.
Jika anda berkunjung ke Wuhan pada musim bunga, anda berpeluang melihat pelbagai perayaan. Jika anda berkunjung ke Taman Bunga Cherry Donghu, Festival Donghu Cherry Blossom akan diadakan di mana seluruh taman kelihatan cukup indah. Kegiatan utama termasuk pameran musim bunga untuk melihat bunga ceri, pameran sains popular, pameran fotografi, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, anda turut berpeluang melihat East Lake Plum Blossom Festival yang diadakan di Moshan Plum Garden, di mana anda boleh menonton lebih daripada 200 jenis plum serta pelbagai pameran dan persembahan.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Wuhan?

Sungguhpun Wuhan merupakan sebuah bandar yang sibuk dan padat, ia masih terdapat beberapa kecantikan alam semulajadi yang di pelihara kecantikannya sehinga berupaya menjadi pusat tarikan pelancongan. Antara pusat tarikan pelancongan di Wuhan adalah;
1. East Lake - East Lake adalah tasik air tawar yang terbesar di dalam bandar Wuhan, serta yang kedua terbesar di China. Luas keseluruhan pusat pelancongan East Lake ini adalah meliputi 88 kilometer persegi, di mana 33 kilometer persegi adalah luas tasik itu sahaja. Ia adalah salah satu daripada zon pelancongan popular di negara China, dengan menerima kunjungan lebih sejuta orang setiap tahun. Apabila berkunjung ke Eask Lake ini, jangan lepaskan peluang berkunjung ke ‘East Lake Cherry Blossom Park’.
2. Wuhan Greenland Centre - Wuhan Greenland Centre adalah sebuah bangunan pencakar langit di bandar Wuhan yang mula dibina pada tahun 2012. Jika mengikut pelan asal, bangunan ini akan mempunyai 126 tingkat. Sehingga kini, ia masih lagi dalam status pembinaan oleh kerana pembinaannya terpaksa dihentikan pada Ogos 2017 di tingkat 96. Hal ini adalah untuk mematuhi peraturan udara yang telah ditetapkan. Ia akan direka semula supaya ketinggiannya tidak melebihi 500 meter di atas paras laut. Bangunan ini adalah untuk kegunaan pejabat dan perhotelan.
3. Wuhan Botanical Garden - Wuhan Botanical Garden mempunyai koleksi lebih daripada 4000 spesies flora. Taman ini menyimpan koleksi tumbuh-tumbuhan untuk tujuan pameran, pemuliharaan, pendidikan dan penyelidikan. Wuhan Botanical Garden mempunyai 16 buah taman khusus. Antaranya adalah; Kiwifruit Garden dan Kiwifruit Germplasm Repository yang mengandungi lebih daripada 70 peratus spesies buah kiwi di dunia. Terdapat juga Taman Tumbuhan Akuatik, Taman Tumbuhan Terancam, Taman Herba serta banyak lagi. Ia turut menjalankan program-program untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kehidupan tumbuhan dan kepelbagaian biodiversiti dalam kalangan masyarakat.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka